5 Cara Meyelesaikan Hutang Dalam Islam

Melangsaikan hutang menurut Islam merupakan salah satu perkara yang diwajibkan. Walaupun dalam syariat islam hutang piutang sendiri merupakan sesuatu yang diperbolehkan, bahkan memberikan pinjaman kepada mereka  yang sangat membutuhkan akan dapat mendapat pahala.

Namun pada kenyataanya ramai orang yang berhutang namun, tidak memiliki kemamapuan untuk menyelesaikan hutang. Padahal membayar hutang merupakan sebuah kewajiban.

Hutang adalah sesuatu yang akan menjerat dan mengikat, tidak ada jalan lain selain dari pada anda melepaskan diri dari di jerat hutang.

Meskipun susah dan tiada jalan shortcut, namun tentunya dapat dilangsaikan. Yang penting anda berusaha dan jangan sampai terjerumus lagi.

1. Niat.

Niatkan dalam hati bahawa anda betul-betul nak segera menyelesaikan hutang yang dimiliki. Dari niat inilah Allah akan melihat kesungguhan kita. Ada orang yang niat pun tidak untuk membayar hutang yang mereka miliki dan berdalih serta banyak alasan.

Jika kita berniat maka insya-Allah akan dipermudahkan jalannya, sebagimana dalam hadis:

“Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.

Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

2. Hidup Bersederhana.

Kunci kedua adalah hidup bersederhana dengan menjadi diri sendiri.

Memang menjadi diri sendiri itu tidak mudah. ia lebih susah daripada menjadi ‘fake‘. Apatah lagi jika anda dikelilingi dengan mereka yang sukakan barang-barang mewah, pencinta fesyen sedangkan anda suka ke arah simple life.

Sedikit sebanyak anda akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu dan mulalah berpura-pura anda mengikut cara hidup mereka, membeli pakaian berjenama, makan di tempat mewah dan melancong ke sana sini.

Dengan berpura-pura, kita sebenarnya tidak bahagia. Kerana apa?

Kerana anda telah menipu diri sendiri. Sebab itu, ada keharusan dalam Islam memilih teman hidup yang sekufu supaya sesuai dengan pembawakan diri. Dengan demikian, anda akan bebas menjadi diri sendiri dan dapat menjalani kehidupan yang bahagia.

Insya-Allah dengan konsisten hidup sederhana, anda boleh langsaikan hutang.

3. Mengubah Gaya Hidup.

Keinginan manusia tidak ada batasnya. Sebab itu, ramai orang sedar dalam berbelanja kita perlu utamakan keperluan dari keinginan.

Sebenarnya kesedaran anda hanya setakat itu sahaja, belum cukup untuk menahan diri anda dari terus berbelanja. Lagi-lagi bila ada tawaran besar-besaran, kempen turun harga dan jualan akhir tahun yang sudah tentu menggoda anda untuk rebut peluang dengan berbelanja lebih.

Bukan tidak boleh untuk berbelanja lebih masa barang tengah murah, cuma perlu berhati-hati. Ingat, harus ada disiplin utamakan keperluan dahulu daripada kehendak.

4. Menjual Harta Yang Berharga.

Bila hutang terlalu banyak, tiba masa untuk anda terpaksa menjual harta anda yang berharga. Jangan mempertahankan harta berharga yang dimiliki padahal anda memiliki hutang.

Sebaiknya segera jual harta berharga anda agar anda boleh segera melangsaikan hutang anda. Jika tidak menyelesaikan kesemua hutang, sekurang-kurang jumlah hutang dapat dikurangkan. Insya-Allah.

5. Sedekah.

Mungkin ada yang anggap ia merepek tetapi ini janji Allah.

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)

Memiliki hutang bukan menjadi halangan untuk bersedekah sebab dengan sedekah akan dapat melancarkan rezeki. Ini kisah magik yang dikongsikan oleh Life & Business Growth Mentor Tuan Fahdi Ghazali anda bolik klik untuk tonton Kisah magik sedekah saya.

Jadi jangan jadikan alasan masih berhutang menyebabkan anda tidak bersedekah.

Ketahuilah, tiada jalan pintas untuk langsaikan hutang. Pahit untuk ditelan, tetapi itulah realitinya. Tetapi amalkan cara menyelesaikan hutang mengikut islam yang telah kami kongsikan ini supaya anda boleh bebas hutang.

Oleh itu, segera kenal pasti dan pilih teknik penyelesaian hutang yang terbaik untuk anda. Ingat, proses membayar hutang bukanlah proses yang singkat, dan ia memerlukan disiplin serta kecekalan yang tinggi.

Jika anda nak grow bisnes lebih laju, sila daftar ke Amazing Founder sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!