Ramai pemilik bisnes yang pemurah dan aktif menyumbang kepada komuniti. Tapi ramai juga yang terlepas peluang menjadikan sumbangan itu sebagai perbelanjaan sah dalam cukai syarikat. Ini 5 cara penting yang anda perlu tahu supaya sumbangan anda bukan saja sampai kepada yang memerlukan – tapi juga diiktiraf oleh LHDN.
1. Simpan Rekod dan Bukti Sumbangan
Setiap sumbangan perlu dibuktikan dengan dokumen. Antara bukti yang biasa digunakan:
- Resit pembelian barangan yang disumbangkan
- Gambar aktiviti semasa agihan sumbangan
- Surat pengesahan atau penghargaan daripada penerima
Rekod ini akan membantu anda menyokong tuntutan sumbangan jika diminta oleh pihak LHDN semasa audit.
2. Letakkan Logo Syarikat pada Item Sumbangan
Sumbangan mestilah jelas datang daripada syarikat, bukan individu. Anda boleh:
- Tampal pelekat logo syarikat pada bungkusan barangan
- Gunakan kotak khas yang dicetak dengan nama syarikat
- Cetak logo pada banner semasa program CSR
Ini bukan sahaja untuk tujuan cukai, tapi juga membantu membina branding positif syarikat di mata masyarakat.
3. Simpan Semua Dokumen Sebagai Bukti Sokongan Cukai
LHDN tidak akan minta anda hantar semua bukti semasa hantar e-filing. Tetapi jika berlaku semakan atau audit, anda perlu buktikan semua transaksi yang dilaporkan.
Simpan:
- Salinan resit dan invois
- Softcopy gambar dan video
- Email atau surat-menyurat berkaitan sumbangan
Tempoh simpanan: sekurang-kurangnya 7 tahun mengikut keperluan LHDN.
4. Rekodkan Dalam Akaun Syarikat di Bawah Kategori “Donation and Give”
Jangan hanya agih sumbangan tanpa rekod dalam sistem akaun. Pastikan:
- Setiap transaksi dimasukkan dalam sistem perakaunan
- Gunakan label atau kategori seperti “Donation”, “Charity” atau “CSR”
- Jika guna software akaun, pastikan ia dikelaskan dengan betul untuk laporan cukai
Ini akan bantu akauntan syarikat menyediakan penyata kewangan yang lebih tepat.
5. Rujuk Akauntan Bertauliah untuk Pengesahan dan Nasihat
Jika anda tidak pasti sama ada sumbangan anda boleh dituntut atau tidak, rujuk kepada akauntan bertauliah.
Mereka boleh:
- Semak dokumen anda
- Klasifikasikan transaksi dengan betul
- Elakkan anda daripada membuat kesilapan yang boleh menyebabkan penalti
Lebih baik tanya awal daripada menanggung akibat kemudian.
Buat baik berpada-pada – dan jangan lupa rekodkan! Sumbangan yang dilakukan dengan ikhlas boleh memberi impak yang besar kepada masyarakat, dan jika direkod dengan betul, boleh jadi manfaat cukai untuk syarikat. Urus dengan sistematik, simpan semua bukti, dan rujuk pakar bila perlu.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Nak Bisnes Anda Terus Berkembang? FunnelEvo Ada Jawapannya!
Serius nak capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta?
Kami di FunnelEvo sedia membantu anda dengan Business Review yang khas untuk usahawan seperti anda. Inilah peluang untuk dapatkan bimbingan eksklusif dari pakar-pakar kami yang sudah terbukti berjaya!
Apa yang anda dapat?
- Sesi Business Review PERCUMA!
- Panduan langkah demi langkah untuk melonjakkan jualan.
- Teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil bisnes secara konsisten.
Berminat?
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk sesi Business Review secara percuma bersama team FunnelEvo. Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk bisnes anda berkembang lebih pesat!