5 Cara Kurangkan Risiko Dalam Bisnes!

Dalam bisnes, setiap usahawan mempunyai keinginan untuk menghasilkan keuntungan. Namun mereka perlu bersedia untuk menghadapi cabaran ataupun risiko. Inilah yang disebut sebagai risiko bisnes.

Risiko bisnes adalah satu komponen yang wajib dihadapi di dalam setiap pendiri bisnes karena pada dasarnya, risiko adalah sebahagian dalam proses mencapai return on investment (ROI). Meski tidak dapat lari daripada risiko, namun setidaknya ada beberapa cara untuk mengurangkan risiko-risiko bisnes yang dapat dilakukan.

Ada ramai pendiri bisnes, majikan, atau founder yang pada akhirnya mengalami kegagalan karena mereka lambat dalam mengenalpasti kemungkinan risiko bisnes, serta tidak tahu bagaimana cara mengurangkan risiko-risiko bisnes.

Jom saya kongsikan bagaimana cara untuk mengatasi risiko-risiko bisnes.

1. Jangan Terburu-buru mengambil keputusan bisnes.

Dalam mengambil keputusan bisnes, sebaiknya anda sebagai usahawan tidak terlalu terburu-buru. Ambil masa untuk fikir lebih jauh apa keuntungan dan kerugian yang akan anda hadapi. 

Jika anda mengambil sebuah keputusan yang besar, tentu saja anda perlu membuat kajian yang lebih terperinci lagi, serta senaraikan faktor risiko apa saja yang mungkin timbul. Dengan membanding-bandingkan keuntungan dan kerugiannya, maka anda telah melakukan langkah yang betul untuk mengurangkan risiko risiko bisnes.

2. Membuat Perancangan Awal.

Membuat planning adalah satu langkah bijak untuk mengelakkan risiko terutamanya pendiri bisnes. Perancangan awal boleh mengelakan kerugian, dan anda boleh menyusun bajet anda mengikut kesesuaian.

‘Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal untuk merancang’. Perancangan adalah suatu perkara yang perlu untuk berjaya. Dalam mencapai matlamat, merancang mempersiapkan diri untuk bertindak mengikut keupayaan di samping bersedia menempuh cabaran dan situasi yang mungkin berlaku dengan lebih yakin dan efektif

3. Mengenali Sumber Risiko Bisnes.

Sebagai seorang pendiri bisnes atau majikan untuk mengurangkan risiko-risiko bisnes adalah mengenali sumber risiko bisnis. Bagi mengenali sumber risiko ini mungkin anda perlu melakukan survey atau turun padang untuk melihat keadaan untuk mengenalpasti sumber bisnes.

4. Sesuaikan dengan modal dan permintaan.

Setiap tindakan yang bakal diambil oleh Pendiri Bisnes dan Majikan perlu berdasarkan fakta untuk mengurangkan risiko.

Jika ingin membuat sesuatu perancangan mesti sesuaikan dengan modal dan permintaan, jika tidak anda akan menghadapi risiko yang besar seperti pembaziran.

Jika modal anda tidak mencukupi, jangan tergesa-gesa untuk buat pinjaman. Lihat dahulu permintaan pasaran supaya anda tidak menghadapi dengan cabaran yang lebih besar.

5. Sentiasa Semak Bisnes Secara Berkala.

Ini adalah langkah berjaga-jaga yang anda sebagai pendiri bisnes perlu ambil. Sentiasa semak keadaan bisnes secara berkala untuk anda mengenalpsti lebih awal risiko bisnes anda dan perbaiki lebih awal.

Nak mulakan bisnes semua orang boleh mulakan tetapi untuk bertahan dengan cabaran bisnes ini tidak semua mampu bertahan, lagi-lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Adakah anda usahawan yang menghadapi cabaran dalam bisnes? Atau anda nak upgrade ilmu untuk bersedia menghadapi cabaran tahun 2024?

Daftar sekarang ke Amazing Founder: Grow bisnes lebih laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !