5 Cara Hadapi Pelanggan Yang Asyik Bagi ‘Rejection’!

Kena reject adalah sebahagian daripada perjalanan seorang usahawan. Setiap usahawan berjaya pasti pernah berdepan dengan penolakan, terutamanya dari pelanggan.

Yang penting adalah cara kita respond kepada penolakan tu:

  1. Belajar dari Penolakan
    – Cuba kenal pasti sebab ditolak. Adakah produk belum cukup menarik? Adakah pendekatan jualan perlu diperbaiki?
  2. Gunakan Penolakan Sebagai Motivasi
    – Anggap ia sebagai cabaran untuk menjadi lebih baik. Setiap no yang diterima membawa kita lebih dekat dengan yes.
  3. Jangan Ambil Secara Peribadi
    – Penolakan biasanya berkaitan dengan situasi perniagaan, bukan serangan peribadi. Jangan biarkan ia melemahkan keyakinan diri.
  4. Teruskan Usaha
    – Konsisten dan terus berusaha. Rejection adalah ujian ketahanan mental dan semangat seorang usahawan.

Pengalaman sendiri pun membuktikan bahawa penolakan dan cabaran adalah batu loncatan ke arah kejayaan yang lebih besar. Bagaimana Menangani Pelanggan yang memerlukan masa untuk membuat keputusan membeli?

Dalam dunia perniagaan, berhadapan dengan pelanggan yang memerlukan masa untuk membuat keputusan membeli adalah perkara biasa. Namun, sebagai usahawan, penting untuk memahami cara yang berkesan bagi mengendalikan situasi ini tanpa mendesak pelanggan. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan:

  1. Tetapkan Masa untuk Follow-Up Apabila pelanggan memerlukan masa, penting untuk kekal berhubung tanpa kelihatan mendesak. Tetapkan masa yang jelas untuk follow-up. Contohnya:
    • “Boleh saya hubungi Puan lagi esok jam 10 pagi untuk mendapatkan maklum balas?” Cara ini menunjukkan anda menghargai masa pelanggan sambil mengekalkan komunikasi yang terbuka.
  2. Gunakan Pendekatan Sama-Sama Fikir Membantu pelanggan membuat keputusan dengan melibatkan mereka dalam proses perbincangan boleh meningkatkan kepercayaan mereka terhadap produk atau perkhidmatan anda. Contohnya:
    • “Mari kita lihat pilihan terbaik bersama-sama dan pastikan ia sesuai dengan keperluan Puan.” Pendekatan ini mewujudkan perasaan kerjasama dan memberi pelanggan ruang untuk berbincang dengan lebih selesa.
  3. Berikan Kesedaran Tentang Tawaran Terhad Untuk mendorong keputusan yang lebih pantas, maklumkan kepada pelanggan tentang tawaran terhad atau promosi istimewa yang sedang berlangsung. Contohnya:
    • “Promosi ini hanya sah sehingga hujung minggu ini, jadi ini adalah peluang terbaik untuk mendapat penjimatan.” Walaupun memberikan urgensi, pastikan ia disampaikan dengan cara yang profesional dan tidak mendesak.
  4. Berikan Maklumat Lengkap dan Jelas Pastikan semua maklumat penting berkaitan produk atau perkhidmatan dikongsi dengan jelas. Ini termasuk kelebihan, manfaat, testimoni pelanggan, dan jaminan kepuasan.
  5. Hormati Keputusan Pelanggan Akhir sekali, penting untuk menghormati masa dan keputusan pelanggan. Berikan mereka ruang untuk berfikir sambil menawarkan diri sebagai sumber rujukan jika ada sebarang soalan tambahan.

Dengan mengamalkan pendekatan yang profesional dan mesra, anda dapat membina hubungan baik dengan pelanggan serta meningkatkan peluang untuk menutup jualan dengan lebih berkesan.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Captain Azlan, Assistant Manager Business Consultant bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Rebut peluang hadir ke Amazing Founder:Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim perayaan.

Daftar ke Amazing Founder sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !