5 Cara Bina Engagement Di Sosial Media!

Viral ni bagus ke tak bagus? Betul ke kita perlu viral dulu baru boleh menjual? Atau sebenarnya kita tak perlu viral pun untuk berjaya?

Sebenarnya kita tak perlu nak serabut fikir cara nak buat semua orang terhibur. Yang lebih penting, kita perlu rajin untuk tonjol di media sosial.

Sebab apa? Viral memang best, tapi ia bukan satu formula yang boleh dijangka menghasilkan results yang bagus ataupun tidak. Apa yang kita boleh kawal adalah kewujudan kita dalam media sosial.

Media sosial macam jadi satu benda penting untuk semua orang. So, kalau kita aktif kat sana,buat konten yang menarik dan relevan, dan berinteraksi dengan pelanggan, kita dah pun jadi sebahagian daripada topik di media sosial.

Jangan risau kalau belum ada followers atau likes lagi. Yang penting, kita kena konsisten. Kita kena tunjukkan yang kita ada value dan passion untuk bisnes kita. Pelanggan akan rasa yang kita bukan sahaja nak jual produk, tapi juga nak beri manfaat.

Media sosial ni juga salah satu platform untuk kita bina trust. Pelanggan boleh tengok testimoni, review, dan interaksi kita dengan orang lain. Ia macam portfolio kita. Walaupun tak viral, kita boleh bina reputasi yang baik.

Jadi, bagaimana cara nak membina hubungan dan berinteraksi dengan pelanggan dengan baik?

1. Memahami TARGET AUDIENCE.

Mendalami siapa target audience anda, termasuk demografi, minat, dan keperluan mereka. Ini akan membantu anda membuat konten yang lebih relevan dan menarik bagi mereka.

Jika anda berniaga produk sabun, anda perlu faham lebih detail tentang target audience anda seperti keadaan kulit mereka, umur berapa sesuai pakai.

Dari sini anda bakal hasilkan content yang lebih dekat dengan audience anda, anda buat mereka rasa anda memahami mereka.

2. Content yang MENARIK!

Pastikan content yang anda publish berkualiti dan relevan dengan minat audiens anda. Jadualkan posting secara konsisten sehingga pelanggan tahu dan tertunggu-tunggu untuk melihat content baru dari anda.

Ada usahawan content mereka bagus, cuma mereka hanya publish 1 bulan sekali sahaja. Ingat, sebagai usahawan anda perlu tanam sikap berdaya saing yang sihat.

Jika anda tidak buat secara konsisten dan menarik, pesaing anda yang akan buat. Setuju?

3. Gunakan VISUAL yang berkualiti.

Gunakan gambar dan video yang menarik perhatian. Visual yang bagus lebih cenderung mendapatkan perhatian berbanding teks saja.

Namun ia juga bergantung kepada siapa target audience anda. Jika mereka adalah ‘ulat buku’ maka it’s okay untuk menggunakan teks sahaja tanpa visual dan ini juga anda perlu jelas di mana platform sosial media mereka berada.

Jadi ia akan lebih mudah untuk anda berinteraksi dengan pelanggan anda.

4. Gunakan HASHTAG yang Tepat!

Di Facebook, penggunaan hashtag tidak sekuat di Instagram. Kita boleh mencari apa sahaja perkataan di Facebook tanpa menggunakan hashtag.

Facebook berupaya mencari dan mendapatkan apa yang kita mahu melalui ruangan search sahaja. Namun jika kita menyusun content melalui hashtag tersendiri, maka ia berbaloi digunakan.

Ada banyak lagi hashtag yang di bina untuk susun setiap content. Apabila kita klik di situ, akan jumpa banyaknya posting yang disusun melalui topik tersebut. Strategi itu sangat bagus bagi mereka yang membangunkan content secara tersusun.

Ia memudahkan audience dan memberi audience selesa bab mencari posting yang mereka suka. Bagus dan memberi manfaat yang besar kepada pembaca.

5. Berikan LAYANAN YANG BAIK.

Memenuhi keperluan pelanggan adalah salah satu komponen penting yang perlu diketahui oleh setiap pemilik perniagaan untuk memastikan pelanggan kekal membeli daripada anda setiap bulan.

Oleh itu, setiap syarikat perlu mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang baik untuk menguruskan pertanyaan pelanggan dan pada masa yang sama membantu menjalin hubungan untuk membina kepercayaan dengan pelanggan anda.

Walaupun pasukan anda melakukan tugas yang sangat baik dalam menjawab pertanyaan pelanggan anda tapi ianya tidak mencukupi sekiranya pelanggan anda tidak gembira dan berpuas hati.

Memang rugi sangat jika anda tidak berusaha untuk sentiasa memberikan mutu perkhidmatan terbaik untuk pelanggan anda. Ini kerana dengan perkhidmatan pelanggan yang baiklah yang akan membuatkan pelanggan anda kekal setia dengan anda.

Berikut adalah beberapa tips mengenai bagaimana anda dapat menarik pelanggan dengan memberikan khidmat pelanggan yang baik.

Ingatlah untuk membangun engagement dengan pelanggan di media sosial memerlukan masa dan kerja yang konsisten. Selalu berfokus pada memberikan nilai tambah kepada audience anda dan menjaga hubungan yang positif dengan mereka.

Nak belajar Grow Bisnes Lebih Laju? Daftar sekarang di Amazing Founder!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!