4 Strategi Blast WhatsApp Tanpa Buat Prospek Rasa Rimas!

WhatsApp blast memang cara yang power untuk berhubung dengan pelanggan secara langsung. Tapi kalau tak kena gaya, mesej kita boleh dianggap sebagai spam – yang lagi teruk, akaun WhatsApp boleh kena banned! Jadi, macam mana nak buat blast WhatsApp tanpa buat orang rasa serabut?

Di sini ada satu formula mudah yang kita panggil konsep GAS.

Apa Itu Konsep GAS?

G – Give (Beri)
Sebelum kita terus menjual, mulakan dengan memberi tips atau info yang berguna untuk pelanggan. Contohnya, kalau kita jual produk kecantikan, mulakan mesej dengan tips penjagaan wajah yang mudah. Tips ni tak perlu panjang atau rumit; cukup bagi info yang berguna dan boleh diamalkan. Dengan cara ni, pelanggan rasa lebih selesa dan tak terus rasa “ini nak jual barang je.”

A – Ask (Tanya)
Selepas bagi info berguna, cuba buat sedikit engagement dengan bertanya sesuatu. Tanya pelanggan apa pendapat mereka atau minta maklum balas. Sebagai contoh, kalau kita bagi tips penjagaan wajah, boleh tanya, “Macam mana rutin penjagaan wajah awak? Ada tips best nak share?” Dengan cara ni, pelanggan rasa lebih dihargai sebab kita tunjuk minat untuk berhubung, bukan sekadar nak jual.

S – Sell (Jual)
Bila dah beri info dan engage dengan pelanggan, barulah kita mulakan proses menjual. Tapi, jangan buat jualan terlalu panjang atau “hard sell.” Beritahu manfaat produk dengan ringkas dan tunjukkan macam mana ia boleh selesaikan masalah pelanggan. Contoh ayat, “Kalau awak nak rutin penjagaan wajah yang lebih efektif, produk kita boleh bantu kurangkan masalah kulit kering.” Tunjukkan manfaat secara jelas dan santai.

Tips Penting untuk Blast WhatsApp yang Berkesan

  1. Jangan Terlalu Kerap Hantar Mesej.
    Kekerapan mesej yang terlalu tinggi boleh buat pelanggan rimas. Elakkan blast mesej setiap hari. Sebaliknya, tetapkan jadual yang sesuai seperti hari 1, 3, 5, 7, 14, 21, dan 30. Jadual yang berjarak ni bagi pelanggan masa untuk digest info kita tanpa rasa overload.
  2. Elak Gaya Menjual Terlalu Agresif.
    Kalau terlalu pushy, mesej kita cepat dianggap spam, dan lama-kelamaan pelanggan mungkin terus “mute” atau “block.” Pilih ayat yang santai, beri pelanggan pilihan dan biar mereka rasa selesa. Gaya agresif mungkin hasilkan jualan cepat, tapi tak bagus untuk hubungan jangka panjang.
  3. Gunakan Visual yang Menarik Tapi Ringkas.
    Tambahkan visual seperti gambar atau video pendek tapi jangan sampai overload. Pilih imej berkualiti dan sesuai dengan produk atau info yang nak dikongsi. Visual ni boleh bantu buat mesej kita lebih menarik dan mudah diingat.
  4. Segmentasi Pelanggan.
    Kalau boleh, segmentasikan pelanggan ikut minat atau keperluan mereka. Ini bermaksud kita hantar mesej yang betul pada orang yang betul, jadi mereka rasa mesej tu lebih relevan. Contoh, pelanggan yang pernah beli produk kecantikan mungkin berminat dengan tips skincare, manakala yang pernah beli produk sukan lebih suka tips kesihatan.

Blast WhatsApp yang berkesan bukan sekadar letupkan mesej tanpa henti. Kunci utamanya adalah beri nilai, bina hubungan, dan baru menjual – ikut konsep GAS tadi! Dengan cara ni, pelanggan rasa dihargai, mesej lebih berkesan, dan hubungan perniagaan kita jadi lebih mesra.

Nak dapatkan lebih banyak ilmu dan tips bisnes? Pastikan anda daftar ke daftar di amazingfounder.com sekarang! Jangan bertangguh lagi usahawan.

Jumpa di Amazing Founder!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !