Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

4 RAHSIA ‘MENJUAL’ DALAM EMAIL MARKETING


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Platform email adalah satu perbualan secara peribadi antara kita dengan pembaca yang membaca email tersebut. Dan hal ini sebenarnya amat bagus untuk anda manfaatkan sebagai salah satu kaedah marketing.

Di sebabkan email merupakan platform yang sangat peribadi, mesej yang kita hantarkan perlulah berhubung kait secara rapat dengan si pembaca. Dan anda juga perlulah pandai untuk menimbulkan minat setiap orang yang membaca email tersebut, untuk membeli dengan sebarang produk/servis yang cuba anda jual..

Isunya, macam mana cara yang mudah untuk timbulkan minat dari si pembaca email itu kan?

Haa.. Dibawah ini saya kongsikan 4 teknik & tips yang boleh digunakan dalam email marketing anda ;

  • ‘Pancing’ mereka dengan Headline/Subjek yang menarik perhatian

Subjek email merupakan penentu utama untuk perbualan di email bermula. Ia merupakan first impression yang anda berikan kepada pembaca untuk mereka buat keputusan samada ingin membuka dan seterusnya membaca email anda atau tidak.

Ada banyak cara untuk hasilkan headline/subjek email yang memukau, yang mampu menarik minat mereka untuk membaca. Antaranya adalah dengan bertanyakan soalan, atau menggunakan perkataan yang ada WOW factor seperti “Rahsia”, “Tips” dan lain-lain.

Pastikan juga subjek anda selari dengan content email yang anda ingin kongsikan kepada mereka. Anda perlulah elakkan mereka berasa kecewa bila membaca email anda.

  • Berkongsi cerita

Manusia mudah tertarik dan tersentuh emosinya dengan cerita berbanding fakta. Dengan cara bercerita, anda akan meletakkan personality dalam bisnes anda dan ini akan menyebabkan orang lebih selesa untuk membaca email anda.

Cerita yang paling berkesan untuk disampaikan adalah dengan menceritakan masalah anda. Anda boleh mula ceritakan masalah yang anda hadapi sewaktu ingin memulakan bisnes anda. Pembaca pasti akan dapat menyelami perasaan anda tentang kepentingan produk atau servis anda itu wujud. Dengan memahami cerita disebalik produk atau servis anda itu, ianya pasti akan memudahkan mereka untuk memahami keperluan untuk mereka mendapatkan produk ataupun servis anda.

Cerita yang mampu diolah dengan baik, dan juga cerita tersebut juga akan kaitan dengan masalah yang dihadapi oleh pembaca, pasti akan lebih akan membuatkan mereka lebih yakin untuk membeli.

  • Tuliskan email berbentuk “Peribadi

Email berbentuk peribadi mudah untuk ditulis dengan cara bercerita. Mengapa perlu berbentuk peribadi? Kerana manusia lebih suka membeli dari manusia berbanding membeli dari jenama.

Jadi pastikan anda seolah-oleh ‘bercakap’ dengan pembaca dan bina rapport yang baik dengan pembaca. Jangan lupa untuk gunakan sistem follow up secara automatik untuk memperkenalkan tentang diri anda dan orang yang bekerja bersama anda. Ini akan lebih menjadikan si pembaca merasakan mereka mengenali siapa manusia disebalik jenama produk ataupun servis anda.

Email adalah interaksi satu per satu, dengan menjadikan email anda lebih peribadi akan menyebabkan pembaca merasakan lebih selesa.

  • Berikan Call-to-Action (CTA) yang jelas.

Selepas si pembaca selesai membaca email anda, anda perlu beri arahan yang jelas untuk mereka melakukan sesuatu,. Apa yang anda hendak mereka lakukan? Itu dipanggil Call-to Action.

CTA yang berkesan adalah arahan yang jelas dan tidak terlalu banyak permintaan. Arahan seperti “Beli Sekarang!” merupakan arahan yang terlalu agresif dan akan menyebabkan pembaca tidak mahu membeli.

Jadi lebih baik untuk anda menggunakan ayat yang dapat membina hubungan dengan mereka dalam platform email ini. Anda boleh gunakan ayat softsell seperti “Dapatkan lebih info” atau “Baca selanjutnya disini” yang kebiasaannya nampak lebih mesra dan tidak terlalu menjual kepada pembaca terutama yang belum sedia untuk membeli.

Selain itu, langkah untuk meminta mereka supaya follow anda di platform sosial media merupakan salah satu cara yang bagus.

“Email adalah perbualan dan setiap perbualan mampu mendatangkan jualan..”

KESIMPULAN

Email marketing adalah satu kaedah pemasaran yang “evergreen”. Yang mana ianya tetap valid untuk digunapakai dari dulu sampai sekarang.

Tetapi, email marketing takkan mampu memberikan apa-apa impak kepada bisnes anda tanpa adanya DATABASE ! Bermaksud, sangatlah penting untuk anda kumpul & simpan Database untuk bisnes anda bermula dari sekarang..

Kunci kepada email marketing yang berkesan terletak kepada senarai Database anda!

Belajar sesuatu? KLIK SINI UNTUK BELAJAR LEBIH BANYAK

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !