4 Ciri Gagal Urus Kewangan Perniagaan.

Mengurus kewangan syarikat dengan baik sangat penting untuk kelangsungan dan kejayaan perniagaan. Ini 4 ciri-ciri usahawan yang gagal uruskan kewangan perniagaan:

1. Tiada akaun semasa.

Selepas sahaja berjaya daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk perniagaan. Mereka bertanggapan tidak membuka akaun semasa jadi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak boleh mencari mereka.

2. Tidak Menyimpan Bukti Pembelian.

Kegagalan mengurus kewangan perniagaan ini termasuk tidak menyimpan resit, invoice, sebutharga dan rekod-rekod kewangan penting perniagaan. Mereka ini ambil mudah segala rekod-rekod kewangan dan tidak simpan selama bukti pembayaraan yang melibatkan duit syarikat.

3. Tiada sistem perakaunan yang betul.

Kebanyakkan usahawan yang saya jumpa 80% masih gagal memahami duit masuk dan duit keluar. Mereka masih tidak ada kemahiran menggunakan komputer termasuk excel atau rekod manual. Tapi terer bermain dengan smart phone, buat content, buat marketing dan lain-lain.

4. Tidak monitor aliran duit.

Ciri senterusnya adalah tidak monitor aliran duit keluar masuk dan simpanan cash reserve perniagaan anda. Ada sesetengah usahawan langsung tiada cash reserve.

Usahawan penting untuk menjaga kewangan perniagaan kerana tidak menguruskan kewangan dengan baik dapat menyebabkan berbagai akibat yang merugikan anda dan syarikat.

Di sini saya kongsikan bonus kegunaan akaun bank semasa yang wajib ada terutamanya peniaga kedai makan.

Apabila kita bisnes kedai makan, kita mesti ada akaun bank semasa. Akaun bank semasa ini, memang khas untuk bisnes kedai makan sahaja. Buka dua akaun bank semasa di bank yang berlainan. Contohnya satu akaun bank di Maybank dan satu lagi di Bank Islam. Tiap akaun bank ini ada kegunaan masing-masing.

Akaun Maybank itu kita gunakan untuk tujuan jualan. Semua duit jualan akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank. Jika kita menggunakan platform seperti Foodpanda, Grabfood atau apa sahaja platform, duitnya mesti masuk dalam akaun Maybank sahaja.

Akaun CIMB Bank pula diguna untuk tujuan operasi. Nak bayar pembekal, gaji, sewa, bil utiliti semua guna akaun CIMB Bank . Duit dari Maybank kita masukkan ke akaun bank ini. Jadi duit di Maybank kita transfer ke CIMB Bank. Yang tinggal di Maybank itulah duit simpanan.

Apabila ada akaun bank semasa, barulah bank percaya yang kita betul-betul bisnes kedai makan. Membina kepercayaan bank sangatlah penting. Menjadi kesalahan jika kita bisnes kedai makan guna akaun simpanan. Nanti akaun kita itu ditutup oleh bank.

Dengan ada akaun bank semasa, kita boleh membina profil dengan bank. Pada masa akan datang apabila hendak buat pinjaman, proses itu akan jadi amat mudah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Jika bermanfaat kongsikan tips dan ilmu ini kepada kenalan-kenalan anda!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!