30 Tahun Saya Di Zon Selesa. Tapi Satu Hari, Saya Pilih Untuk Balik dan Bermula Dari Sifar.

“Bila Saya Pilih Untuk Bermula Dari Kosong.”

Saya dah bekerja lebih 30 tahun di Singapura dalam bidang Oil & Gas.
Kerjaya saya stabil, gaji melebihi RM20,000 sebulan.
Orang sekeliling selalu kata, “Kerja elok dah tu, buat apa nak susah-susah fikir bisnes.”

Tapi dalam hati saya, ada satu suara yang tak pernah senyap… Suara yang kata, “Sampai bila nak kerja untuk orang lain?”

Saya nak hidup yang lebih tenang. Saya nak masa dengan keluarga. Saya nak bina sesuatu yang milik saya sendiri.

Ramai kata saya gila bila saya umum nak berhenti kerja. Saya sendiri pun takut. Tapi saya tahu, kalau saya tak mula sekarang, sampai bila-bila pun saya akan terus “selesa” tapi tak pernah bebas.

Saya mula CLEAN WAVE SERVICES SDN. BHD. pada November 2024.
Jujur saya cakap, saya tak ada ilmu bisnes masa tu. Saya hanya tahu buat kerja bukan buat pemasaran.

Saya cuba buat iklan di Facebook, Google… Tiga bulan pertama, satu sen pun tak masuk.

Februari 2025, saya buat keputusan untuk sertai Program FunnelEvo Mastermind. Bila saya masuk, saya sedar dunia bisnes ni bukan sekadar kerja keras, tapi kerja dengan strategi.

macam mana nak kenal pelanggan, tulis ayat iklan, dan cipta video yang betul-betul “jual”. 26 Februari, saya buat iklan pertama di TikTok.
Mula-mula saya skeptikal TikTok ni bukan untuk anak muda ke?

Tapi saya ikut saja apa yang diajar. Saya hasilkan video setiap hari, walaupun rasa kekok depan kamera. Dan satu hari, saya buka telefon video saya FYP, 1.7 juta tontonan.

Leads mula masuk setiap hari. Panggilan dari pelanggan datang tak berhenti. Yang paling tak sangka, beberapa tender besar juga mula berminat dengan servis saya.

Dari situ saya nampak, bila buat dengan ilmu dan strategi,
rezeki tu datang dengan cara yang tak disangka-sangka.

Sekarang, jualan bulanan saya antara RM20,000 hingga RM30,000.
Saya dah ada pasukan tiga orang, dan client tetap yang ambil servis mingguan dan bulanan.

Malah baru-baru ini, syarikat WaterCo tawarkan penajaan penuh papan tanda baru syarikat saya sebagai penghargaan kerana kami berjaya menjual produk mereka.

Dulu saya fikir, untuk berjaya kita kena ada modal besar.
Tapi sekarang saya tahu, yang lebih penting ialah keberanian untuk bermula dan kesediaan untuk belajar.

Saya dah berpuluh tahun kerja di luar negara, tapi bila masuk dunia bisnes saya belajar balik dari bawah.

Saya pernah tak tahu apa itu “funnel”, “lead”, atau “content.”
Tapi hari ini, semua tu jadi bahasa harian saya.

Dan bila saya tengok semula perjalanan ni,
saya bersyukur sebab kalau saya tak berani tinggalkan kerja dulu,
saya takkan pernah tahu apa potensi sebenar diri saya.

Kalau anda rasa dah terlambat nak mula, ingat saya pun mula bila umur dah 50-an.

Kalau anda rasa takut kehilangan gaji tetap, ingat yang lebih rugi bila kita kehilangan peluang untuk hidup bebas.

Saya bukan orang luar biasa. Saya cuma seorang yang berani buat keputusan luar biasa. Dan hari ini, bila tengok papan tanda syarikat saya berdiri megah,

“Kadang-kadang, keberanian untuk bermula jauh lebih bernilai daripada kepandaian untuk merancang.”

Kerana saya bukan lagi pekerja di negara orang. Saya kini pemilik bisnes di tanah air sendiri.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !