3 Strategi Promosi Padu untuk Bisnes Catering Tarik Pelanggan Tanpa Tunggu Musim!

Ramai pemilik bisnes catering hanya tunggu musim kenduri baru nak buat promosi. Tapi… tahu tak, pelanggan sebenarnya boleh ‘dipancing’ lebih awal jika anda tahu caranya?

Berita baiknya ada strategi mudah tapi power untuk pastikan bisnes catering anda kekal laris dan tak ‘sunyi’ walaupun bukan musim! Berikut 3 strategi terbukti berkesan untuk bantu anda promosi bisnes catering secara lebih konsisten dan berkesan:

1. Kempen Tempahan Awal dengan Diskaun Eksklusif

Kenapa tunggu musim? Jemput pelanggan tempah dari sekarang.
Rancang satu kempen khas “Tempah Awal, Jimat Banyak!” untuk galakkan pelanggan buat tempahan lebih awal untuk majlis kahwin, aqiqah atau korporat. Berikan diskaun eksklusif, free gift seperti pencuci mulut atau tambahan menu menarik untuk yang tempah dalam tempoh tertentu.

Contoh:
“Tempah catering anda sebelum 15 Ogos dan nikmati diskaun 10% + set air percuma untuk 50 pax!”

2. Gunakan Lead Magnet Seperti “Checklist Persiapan Majlis Perkahwinan”

Ramai bakal pengantin tengah Google, “Apa nak buat bila majlis dah dekat?” dan di sinilah peluang anda.
Sediakan satu e-book percuma seperti “Checklist Persiapan Majlis Kahwin Tanpa Stress” yang mengandungi senarai semak bajet, vendor, dan termasuk bahagian tentang pemilihan menu catering.

Letakkan lead magnet ini di laman web atau iklan anda dan minta mereka isi nama + nombor telefon untuk muat turun. Anda dapat database, mereka dapat nilai win-win!

3. Iklan Berbayar yang Disasarkan kepada Pasangan Bertunang

Facebook dan Instagram Ads membenarkan anda sasarkan iklan kepada individu yang statusnya ‘engaged’ atau yang kerap cari info majlis perkahwinan. Gunakan visual makanan yang menggoda dan testimoni pelanggan lama.

Tips copy iklan:

“Majlis perkahwinan anda nanti… tak perlu pening soal makanan. Kami sediakan menu lengkap untuk 300 pax dengan harga mesra poket. Klik sini untuk dapatkan quotation PERCUMA!”

BONUS: Kolaborasi dengan Vendor Kahwin Lain
Gabungkan tenaga dengan photographer, wedding planner, atau butik pengantin. Buat pakej bersama atau promote silang di media sosial. Strategi ini bukan saja jimat kos promosi, malah bantu capai lebih ramai audiens.

Promosi catering tak perlu tunggu last minute. Dengan kempen awal, content yang bantu pelanggan, dan iklan yang disasarkan, anda boleh penuhi jadual tempahan bulanan lebih awal dan konsisten. Mula sekarang sebelum pesaing anda dulu yang buat!

Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Fudzail, Company Management Specialist.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !