3 Strategi Apple Membina Branding!

Bagaimana brand Apple jalankan launching sehingga orang tertunggu-tunggu setiap kali mereka launching produk baru?

Baru-baru ini Apple baru sahaja melancarkan iPhone 15. Pengenalan iPhone15 telah dibuat dalam satu majlis khusus yang menggunakan tema ‘Wonderlust’, yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia pada 12 September 2023 (13 September waktu Malaysia).

Jadi apa yang kita boleh belajar daripada strategi Apple membina branding?

1. Fokus pada Nilai Keunikan Berbanding Harga.

Jika ramai perniaga banyak bersaing harga murah tetapi ia tidak berlaku bagi jenama Apple. Biasanya akan timbul persoalan, bagaimana Apple masih dapat menjalankan perniagaannya, walaupun harga produk yang mereka miliki cukup tinggi?

Jenama Apple ini selalu mempunyai unique selling proposition (USP) tersendiri bagaimana menentukan harga untuk setiap produk.

Sebabnya ialah mereka lebih fokus pada pengembangan nilai unik produk daripada menghabiskan banyak masa untuk menentukan harga produk. Keunikannya adalah kekuatan berbanding pesaing.

Apple dapat mengembangkan produk yang bukan hanya memikat penampilan tetapi juga mampu melaksanakan pelbagai tugas peranti teknologi yang diperlukan oleh pembeli masa kini.

2. Bina Pengalaman, Bukan Sekadar Produk.

Langkah-langkah yang Apple ambil termasuk menjalankan program iklan kreatif dalam bentuk filem yang melibatkan pengguna. Ini hanya dilakukan untuk memberi pengalaman kepada pelanggan.

Kuncinya adalah untuk selalu melibatkan pengguna dan pengguna setia untuk dapat menjana kesetiaan terhadap perniagaan kita.

Walaupun untuk perniagaan kecil, mencipta pengalaman pengguna tidak mustahil. Kerana sebenarnya mewujudkan hubungan melalui pengalaman antara perniagaan dan pengguna dapat dilakukan dengan pelbagai cara.

Salah satunya adalah yang termudah melalui media sosial, selain itu kita juga dapat memanfaatkan aplikasi sembang yang juga semakin menawarkan kemudahan.

3. Mewujudkan Perniagaan Yang Mementingkan Branding.

Apple ini dapat mengembangkan atau membuat aura dari apa yang sedang dilakukan. Pasti masih ingat ketika pengembangan versi iPhone pertama, pada masa itu Apple berusaha menutup dengan ketat pelbagai jurang yang dapat menunjukkan apa produk terbaru dari syarikat Apple.

Kesannya, timbul rasa ingin tahu yang luar biasa dari orang ramai untuk mengetahui bagaimana produk tersebut.

SPerasan tak sebenarnya orng yang nak pakai product Apple ni biasanya akan pakai full range. Kalau dah pakai iPhone mesti akan pakai Mac Book kemudian akan pakai Apple Watch.

Kalau sekadar beli iphone sahaja, akan rasa tak best sebab dia akan jadi entiti yang terasing dengan daily life kita.
Nak tahu kenapa? Sebab produk Apple punya synchronization sangat smooth.

Kesimpulannya, kalau kita pakai barang Apple untuk produktiviti kerja, saya sangat rekemen. Kalau pakai semata-mata iPhone sebab nak gambar cantik, baiklah beli kamera, lagi puas hati. Betul tak?

Jadi adakah bisnes atau produk anda bersedia untuk jadi seperti Apple?

Nak belajar grow bisnes lebih laju? Daftar sekarang di Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !