3 Perkara Perlu Di Titik Berat Untuk Mulakan Bisnes Secara Online!

Nak memulakan sesuatu bisnes online, anda perlu ketahui langkah-langkah yang betul untuk mengelakan anda mengalami kerugian.

Anda perlu tahu beberapa perkara supaya anda lebih mudah untuk lakukan langkah seterusnya.

Saya kongsikan 3 Perkara Perlu Di Titik Berat Untuk Mulakan Bisnes Secara Online!

1. Konsep Bisnes Online.

Ini adalah perkara paling asas untuk anda memulakan bisnes online. Anda perlu faham bagaimana bisnes online berlaku. Pilih platform mana anda nak gunakan sama ada Google, Facebook, Instagram ataupun TikTok.

Dalam bisnes online, apa yang perlu anda ketahui adalah;

  • Produk apa yang sesuai untuk dijual secara online?
  • Siapakah bakal pelanggan anda?
  • Produk atau servis apa yang mempunyai permintaan yang tinggi?
  • Bagaimana cara anda promote produk atau servis anda?

2. Pemilihan Idea Bisnes.

Sebelum memulakan apa-apa bisnes, anda perlu PERAH OTAK dulu untuk cari idea yang sesuai dengan diri anda. Lebih baik buat bisnes untuk LONG TERM. Di sini saya beri beberapa tips untuk memilih idea bisnes;

1) Kepakaran

Kepakaran anda boleh dijadikan sebagai bisnes. Jangan sia-siakan dengan KELEBIHAN yang anda ada. Ada juga sesetengah orang yang mempunyai minat atau hobi yang biasa anda lakukan setiap hari. Anda boleh ubah dari hobi ke model bisnes anda.

Yang paling mudah adalah biasa dengar tak, setiap masalah adalah PELUANG untuk jana pendapatan? Setiap orang pasti mempunyai masalah yang ingin diselesaikan. Sekarang, cuba lihat di sekeliling anda, apa masalah yang sedang dihadapi dalam masyarakat sekeliling.

3. Test Market.

Selepas anda dah tahu mana nak dapatkan produk tersebut, sekarang anda perlu TEST MARKET untuk lihat sama  ada produk anda tersebut mempunyai permintaan atau pun tidak.

Anda boleh test market dengan menggunakan teknik survey, senaraikan beberapa soalan yang berkaitan dengan produk anda.

Teknik ini juga sesuai digunakan untuk kaedah pre-order, di mana anda boleh ambil tempahan daripada pelanggan terlebih dahulu untuk dapatkan produk.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !