3 Hari “Berdarah”, 3 Hari “Berangka”, 3 Hari Berdebat

Inilah Hakikat Strategi Sebenar Membina Legasi Bisnes

Bukan semua orang sanggup duduk tiga hari untuk berdepan realiti bisnes sebenar.

Realiti yang penuh dengan angka.
Keputusan yang tak semua orang setuju.
Perbincangan yang panas, emosi yang diuji, ego yang perlu ditundukkan.

Tetapi itulah yang berlaku dalam Strategic Planning FunnelEvo Group of Companies 2025–2026.

Tiga hari yang bukan untuk suka-suka.
Tiga hari yang bukan untuk bergambar cantik atau ayat motivasi kosong.

Ini adalah perjuangan.

10 Tahun FunnelEvo Bukan Cerita Manis, Tapi Cerita Bertahan

Sepuluh tahun FunnelEvo bukan dibina dengan satu keputusan besar.
Ia dibina daripada ratusan keputusan kecil yang sukar.

Ada luka yang orang tak nampak.
Ada keputusan silap yang mahal harganya.
Ada fasa jatuh, bangkit, jatuh lagi sebelum sistem mula stabil.

Setiap tahun bukan tentang “nak grow cepat”.
Tetapi tentang nak bina dengan betul.

Kerana bisnes yang salah dibina,
akan runtuh bila pemiliknya penat.

Fasa Seterusnya Kami Tambah “Peluru”

Masuk tahun ke-10, FunnelEvo tak bercakap tentang bertahan.

Kami bercakap tentang mempercepatkan impak.

Strategi 2025–2026 dibina dengan satu misi besar membantu pendiri bisnes berhenti bergantung pada nasib, dan mula bergantung pada sistem.

Fokus kami jelas:

Memperkasa pendiri bisnes
Supaya bisnes bergerak dengan struktur, bukan harapan.

Membimbing bisnes untuk berkembang
Bukan sekadar cukup makan, cukup bayar gaji.

Membina ekosistem sihat
Kerana bisnes toksik tak pernah bertahan lama.

Memberi impak sebenar kepada masyarakat
Bisnes bukan sekadar untung, tapi alat perubahan.

Satu Haluan. Satu Strategi. Satu Matlamat.

FunnelEvo bukan bergerak secara solo. Setiap unit, setiap jabatan, setiap inisiatif bergerak dengan arah yang jelas dan sasaran yang diukur.

Dalam Strategic Planning 2025–2026, setiap FunnelEvo Group Of Companies telah ditetapkan haluan, target dan pelan tindakan masing-masing, namun semuanya diikat kepada satu strategi besar FunnelEvo.

Kerana bisnes yang serius tidak membenarkan pergerakan rawak.

Setiap entiti memainkan peranan strategik:

  • Kuasa sebagai penggerak kepimpinan dan keputusan strategik.
  • Telen AI memacu automasi, kecekapan dan data pintar untuk pertumbuhan mampan.
  • BuatSaja Podcast sebagai medium suara, pemikiran dan positioning kepimpinan.
  • FunnelEvo College membina ilmu, struktur dan kompetensi pendiri bisnes.
  • Nexus Memberi Servis kewangan dan pengurusan akaun syarikat.

Setiap department ada KPI sendiri, timeline sendiri dan accountability sendiri.
Tetapi tiada satu pun bergerak sendirian.

Semuanya align ke satu matlamat:

Membina ekosistem bisnes yang boleh berkembang tanpa bergantung kepada individu, dan memberi impak sebenar kepada masyarakat.

Inilah sebabnya Strategic Planning FunnelEvo bukan tentang idea.
Ia tentang penjajaran, keberanian membuat keputusan, dan komitmen untuk bergerak serentak.

Kerana bila semua bergerak ke arah yang sama,
pertumbuhan bukan lagi kebetulan ia adalah hasil perancangan.

Ini Bukan Tempat Cari Semangat

Mari kita jujur.

Kalau anda datang untuk dengar ayat sedap hati nak cari “charge” emosi sementara atau nak disedapkan perasaan tanpa tindakan

Ini bukan tempatnya.

Tetapi kalau anda serius untuk:

  • Susun bisnes supaya boleh berkembang tanpa bergantung sepenuhnya pada anda.
  • Bina pasukan yang faham arah, bukan tunggu arahan.
  • Pimpin bisnes dengan data dan strategi, bukan emosi.
  • Automasikan operasi supaya bisnes bergerak lebih laju.
  • Tingkatkan keuntungan dengan cara yang betul dan beretika.

Selamat datang ke FunnelEvo.

Bisnes Besar Tak Lahir Dari Niat Baik Semata-mata

Ramai orang baik dalam bisnes.
Tetapi tak semua bisnes orang baik akan besar.

Kenapa?

Kerana niat baik tanpa strategi hanya akan melahirkan, majikan yang penat, pasukan yang keliru dan bisnes yang statik.

Bisnes yang besar lahir daripada strategi yang jelas, sistem yang boleh diskalakan dan keberanian untuk buat keputusan sukar. Itulah yang kami sedang bina.

FunnelEvo 10 Tahun. Bukan Sekadar Bertahan. Kami Sedang Membina Legasi. Dan ini baru permulaan.

Nantikan pengumuman khas yang bakal membantu majikan dan pendiri bisnes untuk mengurus bisnes dengan lebih kemas, membina pasukan dengan lebih berkesan dan mengembangkan bisnes dengan lebih laju.

Standard sedang dinaikkan.
Permainan sedang berubah.

Soalnya sekarang adakah anda bersedia untuk naik bersama?

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !