Sekarang kita di penghujung bulan September, musim hujan telah mula di semenanjung Malaysia. Kebimbangan mungkin berlaku berikutan musim monsun timur laut atau musim tengkujuh yang sekali gus mengakibatkan hujan berterusan melanda.
Akibatnya, risiko untuk kawasan-kawasan rendah di tenggelami banjir. Namun ia merupakan perkara biasa pada musim tengkujuh di mana hujan lebat turun berterusan untuk tempoh tiga hingga lima hari, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.
Jadi usahawan Pantai Timur terutamanya, apa persediaan yang perlu anda lakukan?
1. Bersedia Fizikal dan Mental.
Jika anda telah berniaga lama di tapak yang sama, pasti anda dah tahu tentang kawasan anda. Adakah itu kawasan yang biasanya banjir atau sebaliknya. Jika banjir anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental anda.
Kadang-kadan apabila berlaku banjir, jika kita tidak bersedia kita akan lebih mudah ‘koyak’. Apa yang anda perlu buat untuk persedian mental dari pihak usahawan?
Anda perlu merancang kemana tempat pindahan sementara anda, di mana anda perlu letak stok anda dan yang paling penting ambil tahu pekerja anda yang mungkin juga akan turut menjadi mangsa banjir.
Jangan lah nanti anda panggil staf kemas pejabat dia tidak datang sebab tengah kemas rumah sendiri sebab dia pun mangsa banjir.
2. Pindah Lokasi Sementara.
Bagus, jika anda telah pindahkan barang-barang atau stok anda di tempat yang tinggi. Namun kita tidak dapat jangkakan berapa tinggi air akan naik dan berapa lama masa untuk banjir surut, keadaan kembali semperti asal.
Jadi nasihat saya sebaiknya anda mencari lokasi baru untuk jadikan pusat pindahan sementara.
3. Tukar Platform Perniagaan Buat Sementara Waktu.
Jika anda mempunyai perniagaan fizikal seperti ada kedai yang orang perlu datang ke kedai untuk membeli, untuk sementara waktu tengkujuh ini anda perlu tukar platform perniagaan anda ke online buat sementara waktu.
Sekurang-kurangnya pelanggan masih boleh reach/ membeli atau menggunakan pengkhidmatan anda walaupun kedai anda telah ditenggelami banjir.
Usahawan berhati-hati di musim tengkujuh, semoga bisnes dan anda setiasa dalam keadaan yang baik-baik. Insya-Allah.
Jika anda nak grow bisnes lebih laju, sila daftar ke Amazing Founder sekarang!