3 Cara Mengambil Staf Pertama- Khas Untuk Bisnes Baru!

Kami jumpa ramai usahawan suka buat kerja secara bersendirian. Katanya takut ambil staf.

“Saya teringin sangat nak ambil staf . Tapi saya takut dan saya tak ada modal yang besar. Apa patut saya buat?”

Cara hire pekerja akan berubah ikut level bisnes. Pada level mula bisnes, kita akan cuba untuk minimum kos pembayaran gaji sekecil yang boleh.

Which is good. “You pay peanut you get monkey” Pernah dengar quote ni?

Bila bayar gaji kecil, kita dapat kualiti pekerja yang setimpal dengan nilai gaji tersebut. Disini saya akan buktikan bagaimana quote ni adalah satu perumpamaan yg salah. Dengan modal (gaji) yang rendah (ikut gaji minimum), pemilik bisnes yang baru mula masih boleh dapat pekerja yang bagus dan sekaligus membantu perkembangan bisnes dengan sihat.

Alhamdulillah ramai anak didik FunnelEvo yang dulunya takut nak ambil staf selepas dapat bimbingan di FunnelEvo kini mereka lebih berani mengambil staf dan tahu bagaimana nak set KPI, nak training staf dan urus staf dengan cara yang betul.

1) ATTITUDE

Akhlak tak perlu tunggu gaji tinggi baru dapat yang bagus. Passionate, sifat menghormati, disiplin kerja, positive mindset, komited, bersungguh-sungguh dan amanah. Macamana nak tahu? Observe kelakuan, cara bercakap, eye contact dan body language. . .

2) SKILLS

Apabila merujuk kepada bakal staf, saya tidak pernah gunakan perkataan ‘monkey’. Mereka mungkin kekurangan skill pengalaman, exposure tetapi jika mereka ada great attitude dan right training, mereka boleh naik dengan laju. Jadi, sekurang-kurangnya pilih mereka ada yang ada basic background dan train. Sebelum hire, buat skill test untuk tahu skills level bakal staf, jangan percaya resume semata-mata. . .

3) CHARACTER

Pilih character yang serasi dengan jawatan yang diambil. Bila character match, mereka boleh perform jauh lebih pantas, kualiti dan effortless berbanding unmatched character. Untuk tahu character talents, gunakan character tests. Character test ada pelbagai jenis, antaranya adalah DOPE test, temperament dan lain-lain. Pilih ikut keselesaan.

Berdasarkan DOPE test, contoh untuk jawatan accountant perlu character owl, untuk sales perlu dominant character peacock. Pilihan test lain juga anda boleh guna DISC test.

Di FunnelEvo kami adalah on stop center untuk anda belajar urus dan kembangkan bisnes!

Anda juga boleh dapatkan konsultasi bisnes secara percuma.

Boleh hubungi kami di talian whatsapp +6018-4092766 (Tuan Azlan) atau anda boleh hadir ke himpunan 1000 usahawan seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. 300 Slot yang terakhir!

Daftar di AmazingFounder.com

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!