Dalam era digital hari ini, mesej broadcast menjadi salah satu cara paling pantas dan efektif untuk berhubung dengan pelanggan. Namun, ada satu cabaran besar yang sering dihadapi oleh usahawan mesej yang dihantar disalah anggap sebagai mesej penipuan (scam). Bila ini berlaku, bukan sahaja mesej kita diabaikan, malah kepercayaan pelanggan juga boleh terjejas.
Jadi, bagaimana nak pastikan mesej broadcast kita sampai dengan selamat dan dipercayai?
Berikut adalah 3 langkah penting untuk memastikan mesej anda tidak dianggap sebagai scam oleh pelanggan:
1. Jangan Terus “Menjual” Mulakan Dengan Engagement
Salah satu kesilapan biasa adalah terus menghantar mesej berbentuk promosi atau tawaran jualan. Ini boleh buat pelanggan rasa terganggu dan curiga. Sebaliknya, mulakan dengan mesej engagement contohnya:
“Assalamualaikum Puan, semoga sihat selalu. Kami dari [Nama Syarikat] ingin ucapkan terima kasih kerana pernah berurusan dengan kami.”
Mesej seperti ini nampak lebih mesra dan personal, dan membuka ruang untuk pelanggan rasa selesa sebelum anda mula berkongsi sebarang info atau promosi.
2. Ingatkan Pelanggan Tentang Hubungan Lampau
Ramai pelanggan mungkin dah lupa mereka pernah beli atau berurusan dengan anda. Jadi, penting untuk ingatkan mereka tentang pengalaman lepas ini akan beri isyarat bahawa mesej tersebut datang dari sumber yang sah.
Contohnya:
“Puan pernah dapatkan [produk/perkhidmatan] dari kami semasa [nama kempen/tarikh]. Terima kasih atas sokongan Puan!”
Dengan cara ini, pelanggan lebih mudah mengingati anda dan kurang kemungkinan untuk menandakan mesej anda sebagai spam atau scam.
3. Minta Pelanggan Simpan Nombor Anda
Salah satu cara terbaik untuk pastikan mesej anda sampai terus ke “inbox utama” dan tidak ditapis oleh sistem adalah dengan minta pelanggan save nombor anda.
Contoh ayat:
“Untuk pastikan Puan tidak terlepas info penting dan promosi eksklusif, mohon simpan nombor ini sebagai ‘[Nama Syarikat]’ dalam telefon ya.”
Apabila nombor anda disimpan, mesej anda lebih dipercayai dan tidak akan ‘ditolak’ oleh sistem WhatsApp atau aplikasi lain.
Komunikasi yang baik bermula dengan kepercayaan. Jangan terburu-buru menjual bina hubungan dahulu. Bila pelanggan rasa dihargai dan kenal siapa yang hubungi mereka, lebih mudah untuk anda sampaikan mesej dan dorong kepada pembelian.
Broadcast dengan bijak, bina kepercayaan, dan elakkan disalah anggap sebagai scammer.

Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Fudzail, Company Management Specialist.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!