3 Cara Elak Akaun Iklan Meta Kena Ban Bila Jual Produk Kesihatan!

Akaun iklan Meta kena ban memang mimpi ngeri untuk peniaga online, lebih-lebih lagi kalau anda jual produk kesihatan. Sekali kena ban, habis semua kempen tergendala. Tapi ada cara nak elak benda ni – ikut strategi yang betul, dan Meta takkan ganggu iklan anda.

Berikut adalah 3 strategi utama yang boleh bantu anda kekalkan akaun iklan dengan selamat:

1. Guna Content Educate, Bukan Jual Terus

Meta sangat sensitif kalau iklan terus “menjual” produk kesihatan tanpa beri nilai dulu. Jadi, tukar strategi kepada content yang mendidik audiens dahulu. Contoh:

  • Cerita tentang masalah kesihatan tertentu dan bagaimana ia memberi kesan dalam kehidupan harian.
  • Kongsi fakta sains atau statistik yang berkaitan.
  • Beri tips gaya hidup sihat tanpa terus sebut produk.

Akhir video atau posting, barulah letakkan CTA (Call-To-Action) seperti:
👉 “Nak tahu solusi yang kami cadangkan? Klik link di bio.”
👉 “Kami ada cara bantu atasi masalah ini – DM kami ‘Info’ sekarang.”

2. Elak Guna Ayat Overclaim atau Misleading

Meta sangat ketat dengan ayat yang menjanjikan penyembuhan mutlak atau terlalu menjual. Contoh ayat yang boleh menyebabkan iklan kena reject atau akaun kena flag:

🚫 “100% sembuh dari diabetes!”
🚫 “Mujarab hilangkan semua jeragat dalam 3 hari!”
🚫 “Dijamin berkesan tanpa gagal!”

Ganti dengan ayat yang lebih neutral dan bersifat “sharing”, contohnya:

✅ “Ramai pelanggan kami berkongsi kesan positif selepas mencuba…”
✅ “Membantu menyokong gaya hidup sihat dan pengurusan berat badan.”
✅ “Formula ini disusun berdasarkan ramuan semula jadi yang terbukti secara tradisional.”

3. Gunakan Testimoni dengan Strategi yang Betul

Testimoni sangat berkesan, tapi pastikan ia tidak mendakwa penyembuhan secara langsung. Elak testimoni seperti:

🚫 “Selepas guna produk ni, terus sembuh sakit lutut!”
🚫 “Tak perlu ubat hospital dah, ini je saya guna!”

Sebaliknya, gunakan pendekatan seperti:

✅ “Selepas amalkan produk ini, saya rasa badan lebih ringan & bertenaga.”
✅ “Perubahan ketara yang saya alami ialah tidur lebih lena & kurang lenguh.”
✅ “Produk ni bantu saya rasa lebih sihat dalam rutin harian saya.”

Pastikan testimoni disampaikan dalam bentuk pengalaman peribadi, bukan janji kepada pengguna lain.

Meta bukan tak benarkan jual produk kesihatan, tapi mereka mahu pengguna dilindungi dari maklumat yang mengelirukan. Jadi sebagai peniaga, kita kena bijak sesuaikan content dengan polisi yang ditetapkan.

Bila anda mula fokus kepada educate first, sell later, dan elakkan overclaim, akaun iklan anda bukan saja selamat – malah akan dapat kepercayaan pelanggan dengan lebih mudah.

Sesi ini di petik khas dari sesi Amazing Breakfast FunnelEvo bersama Tuan Rahman Basri, Marketing Specialist.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !