25 Tahun Berniaga Biskut Raya, Kini Puan Zuhailah Mula Langkah Baru Dengan Laziz Pizza

Nama saya Puan Zuhailah Ibrahim. Saya merupakan founder kepada Jue Cookies & Cakes. Menjalankan bisnes biskut raya yang sudah beroperasi hampir 25 tahun. Sepanjang perjalanan bisnes ini, saya banyak belajar tentang jatuh bangun berniaga, mengurus permintaan pelanggan dan memastikan produk kekal diterima ramai.

Bisnes utama saya adalah biskut raya. Alhamdulillah, walaupun selama ini saya tidak buat marketing secara agresif, sales bulanan masih boleh capai sekitar RM40,000 hingga RM50,000.

Tapi sampai satu tahap, saya mula fikir…

Kalau tanpa marketing pun bisnes boleh pergi sejauh ini, macam mana pula kalau saya susun bisnes dengan lebih betul? Macam mana kalau saya belajar cara untuk grow, bina sistem, kuatkan operasi dan buka peluang yang lebih besar untuk tahun 2026?

Sebab itu saya buat keputusan untuk sertai Mastermind di FunnelEvo APEX Consulting. Baru 2 minggu daftar, saya sudah mula nampak kepentingan berguru dan berada dalam circle usahawan yang sama-sama mahu berkembang.

Pada 1 Julai, saya juga baru buka kiosk untuk fokus jual Laziz Pizza. Sambutan awal sangat menggalakkan. Operasi bermula jam 2 petang hingga 5 petang sahaja, dengan kekuatan 3 orang staf, kiosk ini sudah mampu capai sales RM400 dalam tempoh beberapa jam.

Bagi saya, ini petanda baik. Kalau operasi kecil pun sudah ada demand, maksudnya potensi untuk grow memang ada. Cuma sekarang saya perlu susun strategi, sistem dan hala tuju dengan lebih jelas.

Melalui Weekly Group Coaching bersama Tuan Haris Ghazali, Chief Growth Officer FunnelEvo saya makin yakin untuk bawa bisnes ini ke tahap seterusnya. Saya tidak mahu hanya bertahan.

Saya mahu berkembang. Saya percaya, dengan ilmu, bimbingan dan tindakan yang konsisten, 2026 boleh jadi tahun yang lebih besar untuk bisnes saya.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!