Menjadi pemimpin bukan sekadar memegang jawatan tinggi atau memberi arahan. Seorang pemimpin yang berpengaruh adalah individu yang mampu menggerakkan pasukan ke arah kejayaan dengan cara yang berkesan dan dihormati. Jadi, bagaimana caranya untuk menjadi pemimpin yang benar-benar memberi impak kepada pasukan? Jom kita bincangkan!
1. Lead by Example.
Nak pasukan kerja keras? Pemimpin kena tunjuk contoh dulu! Kalau kita sendiri tak menunjukkan disiplin kerja, susah nak harapkan orang lain ikut. Pemimpin yang hebat adalah mereka yang bukan sahaja bercakap, tapi buat dulu. Bila pasukan nampak kita berusaha bersungguh-sungguh, mereka pun akan lebih bersemangat untuk ikut.
Selain itu, karakter pemimpin juga memainkan peranan penting. Tegas tapi adil, komited, dan boleh dipercayai – semua ini akan membina kepercayaan dalam pasukan. Orang tak akan mudah terpengaruh kalau pemimpin sendiri tidak menunjukkan kualiti yang baik.
2. Tingkatkan Pengaruh Melalui Hasil Kerja.
Kata orang, “action speaks louder than words.” Kalau nak pasukan hormat dan ikut kepimpinan kita, tunjukkan hasil kerja yang berkualiti. Pastikan setiap proses kerja ada SOP yang jelas, dan sebagai pemimpin, kita sendiri kena jadi orang pertama yang mengikutinya sebelum minta pasukan buat perkara yang sama.
Selain itu, pemimpin yang hebat juga tidak hanya fokus pada diri sendiri, tetapi berusaha untuk melahirkan pemimpin lain dalam pasukan. Beri peluang kepada mereka untuk berkembang, latih mereka, dan percaya pada kebolehan mereka. Bila setiap ahli pasukan rasa dihargai dan diberikan ruang untuk maju, mereka akan lebih setia dan termotivasi untuk mencapai matlamat bersama.
3. Bina Hubungan Baik dengan Pasukan.
Pemimpin bukan robot yang hanya tahu bagi arahan! Nak jadi pemimpin yang dihormati, kena ada hubungan baik dengan pasukan. Sentiasa mendengar pendapat mereka, tunjukkan penghargaan atas usaha mereka, dan beri sokongan ketika diperlukan.
Kadang-kadang, satu pujian kecil boleh beri kesan besar kepada semangat seseorang. Jadi, jangan kedekut dengan kata-kata penghargaan. Jika ada masalah, selesaikan dengan cara yang matang dan hormati setiap individu dalam pasukan. Bila wujud kepercayaan dan hubungan yang baik, pasukan akan lebih mudah bekerjasama dan mencapai kejayaan bersama.
Menjadi pemimpin yang berpengaruh bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam sehari. Ia memerlukan usaha, kesabaran, dan kesedaran yang tinggi untuk terus berkembang. Tunjukkan contoh yang baik, hasilkan kerja yang cemerlang, dan bina hubungan yang kukuh dengan pasukan. Insya-Allah, bukan sahaja pasukan akan lebih berjaya, malah kepimpinan kita akan lebih dihormati dan disegani!

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Captain Azlan, Assistant Manager Business Consultant bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!