11 Cabaran Utama Nak Mula Bisnes!

Bila nak mulakan bisnes pasti ada cabaran-cabaran yang menganggu fokus kita. Itu antara punca banyak bisnes gagal, on off dan akhirnya ‘gulung tikar. Jadi kali ini kami kongsikan 11 cabaran utama nak mula bisnes dan cara atasinya. Pastikan anda baca sampai habis.

1. Cabaran dari orang terdekat atau keluarga sendiri.

Ada orang sangat pandai berurusan dengan pelanggan, tetapi gagal untuk menyakinkan keluarga kenapa mereka mahu memulakan bisnes mereka.

Ada juga cabaran bagi seorang anak, ibu bapa sarankan untuk bekerja kerajaan atau bekerja dengan orang sahaja bagi mengelakan risiko kerugian. Hal ini bukan salah ibu bapa tetapi mereka mungkin tidak mahu melihat anak mereka susah.

Ada juga keluarga pada awalnya menyokong namun apabila perniagaan berkembang, macam-macam tentangan terjadi.

Cara terbaik adalah membina hubungan dan komunikasi yang baik dengan keluarga anda. Dapatkan kepercayaan mereka agar apa yang anda lakukan mendapat restu. 

Yang paling baik adalah berikan mereka perancangan dan perincian perniagaan yang anda nak jalankan. Jelaskan kepada mereka, hala tuju perniagaan anda. Jika mereka jelas dan reda dengan keputusan anda insya-Allah urusan anda juga dipermudahkan.

2. Cabaran Diri Sendiri.

Salah satu cabaran penting usahawan yang baru bermula adalah kurang sabar dan kurang fokus. Sebenarnya mereka perlu mempunyai semangat yang konsisten seperti awal-awal mereka nak berniaga. Situasi ini berlaku kerana dalam diri kita mempunyai satu keinginan untuk sempurna dan pantas.

Dalam perniagaan, tidak ada istilah perjalanan yang sempurna tanpa cabaran. Begitu juga soal kepantasan. Tak ada orang yang berniaga hari ini terus kaya esok harinya.

Jadi, asuh diri anda untuk bersabar dan fokus. Abaikan suara negatif dalam diri dan bina keyakinan serta semangat yang positif sentiasa.

3. Cabaran Masa.

Memang benar sebagai usahawan secara fulltime anda akan mempunyai masa sendiri untuk membuat keputusan sendiri. Namun situasi ini tidak terjadi bagi perniagaan yang baru bermula.

Anda perlu tahu menguruskan masa dengan lebih efisyen. Malah, bagi perniagaan yang baru, anda perlu berikan komitmen masa sepenuhnya untuk memastikan ianya berkembang. Mungkin pada peringkat awal anda akan mengalami burn out dan stress sebab semua perkara anda buat sendiri.

Bagi mereka yang mempunyai komitmen lain, buatlah satu jadual supaya masa terbahagi dengan adil dan anda tidak kepenatan kerana kekurangan masa.

4. Cabaran Membina Pasukan.

Pada satu peringkat bisnes anda memerlukan sebuah pasukan yang bagi menguruskan syarikat bersama-sama anda. Mereka perlu berupaya menggalas beberapa tanggungjawab pada masa yang sama dan yang boleh bekerja tanpa bimbingan.

Bagi peringkat permulaan siapa anda perlu hire? Bagi peringkat permulaan anda perlu ambil orang yang boleh bawa masuk duit iaitu team sales.

Namun untuk mencari team yang terbaik dalam industri dan kemungkinan besar tidak akan bersetuju dengan pembayaran gaji yang lebih rendah di samping risiko kerjaya yang mungkin perlu ditangani. Sudah pasti bagi bisnes yang baru, mereka tak mampu membayar gaji yang tinggi.

Bagi cabaran ini, anda perlu ambil orang yang sanggup dan memberi latihan kepada mereka sehingga mereka pakar dalam membuat tugasan mereka.

Gunakan rangkaian keluarga dan rakan-rakan anda untuk mengenal pasti bakat-bakat yang teruja untuk mengikut serta dalam perubahan dan kembangkan perniagaan anda yang baru bermula ini.

Bak kata CEO FunnelEvo Tuan Shariffudin Sahedan “Jangan ambil orang sebab terdesak, ambil sebab skill mereka.”

5. Cabaran Dalam Kepimpinan.

Apabila anda telah mempunyai team atau pasukan sudah tentu ada cabaran seterusnya iaitu kepimpinan. Dah ada team sudah tentu kita perlu tahu bagaimana nak uruskan mereka.

Nak uruskan team perlu anda perlu ada skill leadership. Ramai yang bergantung dengan anda termasuk pasukan anda. Jadi, anda perlu mempunyai kepimpinan yang tinggi dalam membuat keputusan. Fahamilah bahawa anda tidak mengetahui segala-galanya, dan ia sebenarnya normal bagi peniaga yang baru bermula.

Dapatkan seorang mentor di mana anda boleh merujuk tindakan anda dan meminta pertolongan apabila anda tersilap langkah. Mentor anda akan memastikan anda bertanggungjawab kepada rancangan perniagaan dan perkembangan peribadi serta menentukan  dan menyelesaikan kesilapan yang dilihat.

6. Cabaran Menguruskan Duit.

Berapa ramai dari anda yang pernah berniaga sebelum ini, tapi kerap gagal? Apa puncanya? Kesilapan ramai usahawan buat ialah mereka gagal untuk menguruskan duit bisnes mereka. Bila mereka dah mula nampak duit masuk, cabaran mengawal nafsu berbelanja menjadi faktor utama kerana mereka tak sedar duit bisnes yang masuk bukan duit mereka 100% peratus.

Bila gagal urus duit bisnes, mereka akan mengalami masalah untuk kekurangan tunai atau cash flow yang perlu mereka gunakan untuk memastikan operasi bisnes berjalan lancar. Mereka akan ada masalah nak beli stok, nak tambah stok, nak bayar gaji pekerja, nak bayar kos operasi bisnes dan lain-lain lagi. Silap-silap ini boleh menyebabkan usahawan terpaksa berhutang.

Elakkan berhutang terutamanya jika anda masih belum tahu ‘game’ bisnes anda. Mulakan dengan yang ada dahulu, bisnes dah mula stabil baru anda fikirkan bagaimana cara untuk kembangkan bisnes anda.

7. Cabaran Dalam Persaingan.

Satu perkara yang ada perlu pahat dalam hati dan minda pesaing bukan musuh. Itu pun jika anda pandai berurusan dengan mereka. Kesilapan ramai usahawan buat ialah bermusuh dengan pesaing sehingga ada yang sanggup lakukan perkara di luar batasan agama.

Pesaing sebenarnya boleh dijadikan guru. Pesaing juga boleh dijadikan ‘business partner’. Bahkan, pesaing boleh juga dijadikan sebagai satu cabaran yang sihat untuk jadikan kita lebih baik dari hari ke hari. Isunya bagaimana kita nak menguruskan persaingan ini dengan cara terbaik supaya ianya tak memakan diri kita sendiri?

8. Cabaran Ekonomi.

Faktor-faktor lain seperti ekonomi dan mata wang yang lembap perlu diambil kira. Contohnya jika mata wang merundum. Jika anda menjual produk berasal dari luar negeri, harganya mungkin meningkat.

Selain itu, cukai barangan juga boleh menyebabkan harga produk menjadi lebih tinggi berbanding produk tempatan. Begitu juga dengan perubahan cukai lain yang berlaku mengikut keperluan ekonomi masyarakat. Sebagai peniaga baru bermula, anda perlu kaji situasi ini sebelum membuat keputusan untuk perniagaan anda. 

9. Cabaran Dalam Pemasaran.

Usahawan kena tahu ilmu pemasaran. Cabaran yang dihadapi oleh usahawan ialah sama ada mereka tak tahu langsung macam mana nak buat marketing, tak tahu macam mana nak buat marketing dengan kos yang efektif, atau mereka hanya buat marketing ikut-ikut orang. Mereka tak ada target untuk setiap strategi marketing yang mereka nak guna.

Paling malang bila mereka buat kesilapan dengan mengeluarkan kos yang tinggi untuk buat marketing, tetapi tidak berhasil dan tidak membantu dalam peningkatan jualan.

10. Cabaran dalam menguruskan stok.

Sepanjang kami mengadakan program untuk membantu usahawan, kami dapati situasi yang selalu dihadapi oleh peserta program marketing kami ialah, selepas mereka aplikasikan ilmu marketing, mereka akan ada masalah menguruskan stok.

Stok jadi cepat habis dan susah nak tambah stok baru. Supplier pula ada yang tak mampu mengeluarkan stok seperti jumlah yang dipinta dan stok yang tak mengikut permintaan.  Ada juga usahawan yang tak ada ilmu marketing yang betul terpaksa menyimpan lebihan stok yang banyak kerana tidak tahu macam mana nak menghabiskannya. Stok yang tidak dicairkan atau tak terjual akan mengganggu aliran tunai bisnes.

11. Cabaran Pengurusan Risiko.

Perniagaan yang baru bermula sebenarnya lebih terdedah pada risiko. Namun, jika anda asyik mengambil posisi yang selamat, anda tidak akan ke mana dan ia juga tidak dapat membuktikan perniagaan anda berjaya atau tidak.

Namun, kemalangan tidak berbau. Dugaan berniaga selalu terjadi. Pekerja meletak jawatan, bangunan bermasalah, jentera rosak, disaman dan macam-macam lagi. Jadi pastikan anda mendaftar perniagaan secara legal dan mempunyai insurans. Anda juga perlu memastikan anda pembayar cukai yang berdisiplin. Semua ini melindungi anda juga ada sesuatu yang berlaku

Macam mana? Adakah anda mendapat gambaran jelas tentang cabaran dalam perniagaan? Sebenarnya, kami boleh senaraikan banyak lagi cabaran namun kami nak anda tahu, jika anda ada keinginan yang kuat dan strategi yang betul, semua cabaran ini sebenarnya dapat diatasi. Malah, adakalanya cabaran membuatkan anda kuat mampu mengenal pasti kesilapan yang anda lakukan. Jangan pula melihat pada cabaran ini, anda jadi takut berniaga.

Sebenarnya, bisnes itu bagus tapi bisnes tanpa ilmu hanya akan membuatkan perniagaan anda semakin susah dan bermasalah. Sebelum kita terlalu teruja nak bergelar usahawan berjaya, pastikan kita ada ilmu terlebih dahulu dan bersedia untuk hadapi cabaran dalam dunia bisnes. 

Anda mempunyai cabaran-cabaran ini? Jom bersama kami di Amazing Founder sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !