1.6 JUTA DALAM 2 MINIT 35 SAAT.

Dari Drama Ke Dompet – Strategi Gila Tapi Genius Dato’ Aliff Syukri

Kalau tengok dari mata kasar,
nampak macam drama je marketing Dato’ ni…
Naikkan Ammar, naikkan Cess.
Masuk ward, kambing beranak.
Live menangis, live menjerit.
“Guna modal anak-beranak je,” katanya sambil senyum.

Tapi bila kita selam dari sudut strategi marketing,
apa yang nampak macam gimik tu
rupa-rupanya satu perancangan besar, penuh kira-kira.

Satu persatu langkah dia susun.
Setiap babak tu, bukan spontan semata.
Itu semua adalah skrip marketing yang kemas.
Skrip yang akhirnya… pecahkan rekod:

💰 RM1.6 juta
dalam masa 2 minit 35 saat.

Apa yang kita boleh belajar dari game plan ni?
Jom tengok satu-satu. Dan hayati betapa geniusnya kerja belakang tabir ni.

1. Main Dengan “Masa” Teknik FOMO Versi Mega.

Sebelum jualan dibuka, Dato’ dah declare:

“Aku nak pecahkan rekod jualan paling laju di Malaysia!”

Ayat tu bukan biasa-biasa.
Itu ayat tekanan psikologi.
Dia cipta satu “urgency” siapa lambat, memang melepas.

Masa tu jadi faktor paling bernilai.
Bila jam berdetik ke 8 malam…
orang bukan beli sebab nak sangat bag,
tapi sebab tak nak terlepas moment bersejarah tu.

Powernya FOMO.

2. Serangan Serentak Influencer Bukan Sekadar Posing.

Ramai founder guna influencer,
tapi Dato’ naikkan ke tahap gerila digital.

Lebih kurang pukul 6 petang
semua influencer dia serang TikTok secara serentak,
buat live sambil pegang bag,
ulang ayat sama:

“Jam 8 malam open order!”

Bayangkan kita scroll TikTok…
Tiba-tiba semua live pasal bag yang sama.
Tsunami exposure.
Tak minat pun jadi nak tahu,
tak tahu pun jadi nak beli.

Ini multiplier effect yang susah nak lawan.

3. Naikkan Value Dengan Elemen Eksklusif Swarovski

Dato’ keluarkan 1 unit bag yang rare
versi Swarovski, harga RM10,000.

Walaupun yang beli cuma sorang,
tapi dia cipta satu “standard” dan “prestij” untuk keseluruhan koleksi.

“Kalau bag tu sampai RM10,000…
aku punya RM300 pun dah kira berbaloi.”

Psikologi harga dan nilai.
Bukan semua nak beli yang mahal,
tapi semua nak jadi sebahagian dari benda ‘rare’ dan eksklusif.

4. Cerita & Watak – Drama Marketing Yang Melekat di Hati

Dato’ bukan jual bag.
Dia jual cerita.

Watak Ammar & Cess bukan watak kosong.
Itu watak branding.
Mereka ni jadi sebahagian dari naratif
buat penonton rasa terlibat dalam drama keluarga ni.

Yang kecam pun tak sedar sebenarnya dia tengah jadi sebahagian dari kempen marketing.

Orang beli bukan sebab cantik je.
Tapi sebab nak ‘support’ watak yang mereka suka.
Nak rasa dekat, nak jadi sebahagian dari kisah tu.

5. Live Lebih Awal – Bagi Masa Bersedia, Bayar Dengan Kelam Kabu

Dia mula live awal-awal lagi.
Tunjuk semua warna, reveal harga, bag kuning RM10 ribu keluar dulu.

Kenapa?

Sebab bila orang dah bersedia,
dah pilih warna, dah topup e-wallet…
mereka akan beli tanpa fikir panjang bila jam 8 tiba.

Dan betul
Tepat jam 8, countdown bermula…
10… 9… 8… BOOM!
Orang tekan bayar dalam keadaan emosi, bukan logik.

Kelam kabut yang dirancang,
itulah ‘push’ terakhir ke arah payment.

6. Hadiah Umrah & Kereta – Beli Dengan Harapan

Setiap pembeli automatik masuk cabutan bertuah.
Hadiah? Umrah & Kereta.

Ini bukan gimmick murahan.
Tapi ini strategi main dengan emosi & impian.

“Beli bag, dapat peluang…
Mana tahu rezeki aku malam ni?”

Orang bukan beli semata sebab bag.
Tapi sebab nak rasa peluang.
“Sayang kalau tak grab.”

Dan Akhirnya… Bag Sampai, FYP Penuh Unboxing

Produk sampai je rumah pembeli,
mereka terus buat video unboxing.
TikTok penuh dengan konten user-generated,
jadi viral tanpa perlu bayar.

Ini bukan lagi marketing.
Ini dah masuk kategori gerakan digital.

Dari Drama Ke Dompet – Semua Dirancang

Marketing Dato’ bukan sekadar tangkap muat.
Bukan sebab dia “Dato”, bukan sebab dia viral je.

Tapi sebab dia rancang.
Dia faham psikologi pembeli.
Dia cipta naratif.
Dia bangunkan watak.
Dia serang dengan team.
Dia susun flow dari awal sampai habis.

Orang beli sebab emosi terlibat.
Bila hati dah melekat,
baru tangan buka dompet.

Belajar dari ni.
Apa yang nampak macam “gila”…
rupanya genius bila kita tengok dari lensa strategi.

💡 Jangan sekadar buat konten,
buat cerita.

💡 Jangan sekadar nak jual,
bina dunia di sekeliling produk kau.

Itulah kuasa marketing era baru.
Dato’ dah buktikan dari drama, boleh tukar jadi jutaan.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !