Peluang mempelajari kemahiran baharu termasuk dalam bidang teknologi penting bagi memastikan setiap individu kekal relevan dalam perkembangan pantas dunia digital hari ini.
Berdasarkan statistik, sebanyak 60 peratus populasi dunia atau seramai 4.57 bilion menggunakan internet sepanjang tahun 2020 dan daripada angka itu, 27 juta daripadanya terdiri daripada penduduk di negara Malaysia.
Daripada angka 27 juta, seramai 26 juta menggunakan media sosial dan ini masa tepat untuk menguasai bidang ini untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang digital.
Salah satu bidang digital yang WAJIB untuk dikuasai adalah DIGITAL MARKETING, Digital Marketing adalah satu kemahiran yang sangat penting untuk semua orang dalam era sekarang. Syarikat, pemilik bisnes dan usahawan sangat memerlukan kemahiran ini. Digital marketing bukan setakat promosi di media sosial sahaja. Banyak cara yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk dengan kini pelbagai platform media sosial wujud.
Program ini dirangka khas untuk membentuk DIGITAL MARKETER untuk memahami ilmu teori dan praktikal strategi yang dirangka dan disusun khas untuk memahami bagaimana mengintegrasikan semua saluran pemasaran di online seperti Facebook, Google, Website, Instagram dan Tiktok agar untuk mendominasi segmen pasaran platform digital dengan lebih cepat.
Dengan gabungan semua saluran digital pemasaran, ia dapat meningkatkan kemahiran individu tersebut seterusnya dapat menguasai bidang pemasaran digital dengan mudah dan cepat. Kuncinya adalah menguasai strategi pemasaran terkini dan kemahiran teknikal setiap platform digital atau media sosial.
Perlaksanaan program ini membuka peluang dan ruang untuk membantu peserta memahami beberapa strategi menguasai semua saluran pemasaran dalam tempoh masa yang singkat. Usaha ini adalah mengembangkan potensi peserta ke arah melahirkan peserta mengetahui cara mewujudkan semua iklan pemasaran di semua saluran pemasaran untuk mengimplementasikan dalam perniagaan atau organisasi.
Melalui penglibatan dalam program ini, kelebihan kepada peserta adalah mereka didedahkan dengan ilmu paling UP-TO-DATE dan cepat supaya jenama produk atau servis dikenali ramai, dapat meningkatkan jualan yang banyak dan belian ulangan yang tidak putus-putus dari pelanggan.
Program ini menerapkan elemen A, B, dan C yang merangkumi:
- Appearance
Mempelajari teknik mengurus kempen pemasaran dan imej jenama perniagaan. - Behaviour
Meningkatkan kemahiran pemasaran secara praktikal dan mampu menguasai pelbagai platform media sosial. - Communication
Mempelajari strategi dan teknikal pemasaran yang terkini dengan lebih mendalam selama 3 bulan.
Apa Yang Akan Diperoleh Para Peserta:
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam dunia pemasaran digital
- Memahami konsep dan kepentingan kuasai semua medium saluran pemasaran yang terkini dan mengikut trend semasa.
- Meningkatkan pengetahuan bagaimana untuk integrasikan semua medium pemasaran perniagaan di mana ia memberi kelebihan kepada peserta.
- Memahami tujuan dan fungsi setiap saluran pemasaran diintegrasikan untuk meluaskan jenama sesebuah perniagaan.
Hasil Pembelajaran:
- Peserta dapat memahami dan mengimplementasi strategi untuk menguasai pasaran dalam tempoh masa yang singkat.
- Mampu menguasai pemasaran menggunakan saluran pemasaran yang terkini seperti Facebook, Instagram, Tiktok, dan
- Mampu melaksanakan kempen pemasaran dengan lebih efektif melalui integrasi pemasaran bagi setiap platform.
- Peserta dapat mengetahui penanda aras industri yang sebenar yang memerlukan pemasaran digital sebagai satu kemahiran yang diimpikan oleh setiap majikan.
Apakah Kelebihan Kursus Ini:
- Program ini ditauliahkan daripada UTM SPACE melalui Universiti Teknologi Malaysia.
- Bengkel ini dikendalikan oleh pensyarah yang pakar dalam bidang pemasaran digital. Program ini menekankan 80 peratus praktikal dan 20 peratus teori.
- Pensyarah berpengalaman dalam bidang pemasaran digital dan telah lalui pelbagai cabaran dalam melaksanakan kempen pemasaran untuk setiap platform digital. Ini menjadi nilai tambah kepada peserta dalam bengkel.
Perincian Modul:
Modul 1 : Introduction Of Digital Marketing
Modul 2 : Content & Copywriting Strategy
Modul 3 : Branding Strategy
Modul 4 : Social Media Strategy
Modul 5 : Step-by-Step Ads Setup
Modul 6 : Data Analytics
Modul 7 : Digital Customer Experience & Relationship Management
Kaedah Penilaian:
Presentation : 35%
Assignment : 15%
Test : 50%
Jumlah Kredit:
98 Jam
Kelas:
100% Online
GALERI
CASE STUDY ALUMNI
antara Organisasi Yang Pernah Kami Berkolaborasi
Klik butang di bawah untuk melihat testimoni pelanggan kami