Kenapa Short Video Antara Marketing Trend 2023 Yang Paling Berkesan?

Nak tahu tak yang sebenarnya Short video akan jadi trend paling hot untuk tahun 2023 ni!

Ruginya, kalau anda lambat rebut peluang ni! Cuma anda kena faham satu perkara tentang video pendek ni.  Kenapa video pendek wujud?

Saya percaya dalam masa 1 tahun kedepan juga orang masih nak tengok video pendek, sebab attention orang semakin pendek, itulah masalah kita sekarang.

Tugas kita adalah untuk menghasilkan short video dengan banyak. Walaubagaimana pun yang pertama tetap dapatkan duit dahulu, kemudian perlu invest untuk orang buat video pendek. 

Video pendek akan berikan milerange untuk kita pergi jauh. Kalau ada bajet lebih boleh hired videographer kalau tak ada bajet pun jangan risau, anda masih boleh guna stand lepas tu bagi orang lain untuk edit video tu.

Bagaimana video pendek memberi kesan kepada pembeli? Ada seorang anak didik saya beliau memaklumkan bahawa sales beliau tidak naik, apabila saya tanya beliau kenapa? Lalu dia menjawab orang ingatkan dia adalah scammers

Saya mencari jawapan kepada soalan itu dengan melewati sosial media beliau. Apabila saya memerhati, patutlah nampak seperti scammers. Gambar produk beliau seperti gambar google. Ada orang mata dia tidak sensitif, bagi beliau dah ‘okey’ tetapi bagi orang lain memang tak okey

Saya nasihatkan beliau untuk buat live, beliau buat live tetapi masih nampak scammers sebab gambar yang di upload masih kabur, tiada kualiti. Jadi nasihat saya hired orang yang tahu buat video pendek, namun ambil orang memerlukan kos.

Saya nasihatkan anda editor ini buat contract for service, boleh jadi dia tak perlu masuk office dia boleh edit di rumah sahaja. Kita juga sebagai majikan boleh membayar mereka hanya untuk kerja yang mereka buat sahaja tak perlu ada EPF, SOCSO dan sebagainya. 

Kenapa perlu ada editor? Sebab kita tak perlu ada banyak video tetapi perlu ada editor adjust video sahaja mungkin angle dan pelbagaikan persembahan video yang ada.  

Ini antara 3 platform utama untuk anda publish video pendek anda!

Anda nak lebih banyak tips Marketing Trend 2023? Apa yang anda nak kami kongsikan? Tuliskan di bawah!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!