Harga Barang Tak Seharusnya Naik Dengan Penyasaran Subsidi Diesel

Baru beberapa hari sahaja pengguna kenderaan perlu membayar harga baru minyak diesel sebanyak RM3.35 seliter berbanding harga lama RM2.15 seliter di semua stesen runcit, harga pasir pembinaan pula dikatakan turut naik.

Menerusi perkongsian satu mesej tular, sekeping notis yang mengandungi harga kenaikan pasir mengikut jenis kenderaan yang digunakan untuk membawanya mencetuskan kebimbangan di kalangan pengguna.

Bagi kenderaan van (lori satu tan) tambahan harga sebanyak RM20, lori enam tayar (tiga tan), tambahan harga RM30 dan lori 10 tayar pula, ada penambahan harga RM50.

Selain itu, di media sosial juga mendapati, ada pengusaha bahan binaan mula menaikkan harga pasir seiring dengan kenaikan harga minyak tersebut.

Penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya mengakibatkan kenaikan harga barangan.

Ini kerana pengusaha sektor logistik menerima subsidi diesel dan masih membayar harga bahan bakar itu pada kadar RM2.15 seliter.

“Harga barang tidak sepatutnya naik. Di Mydin sendiri kita minta fleet card pasal kita juga (terlibat dalam sektor) pengangkutan (atau logistik). Barang sampai di gudang di Shah Alam, kita pakai lori diesel juga hantar barang hari-hari tapi kita ada fleet card. Kita (masih) bayar (diesel pada harga) RM2.15 (seliter).

“Ramai tanya (harga) barang bila nak naik, saya kata kenapa nak naik sebab kos pengangkutan adalah sama. Jadi kadang-kadang peniaga ini ada yang ambil kesempatan (menaikkan harga barang) bila harga diesel naik,” katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menetapkan bahawa peniaga tidak boleh menaikkan harga barang sesuka hati serta perlu memberikan justifikasi sebelum dibenar berbuat demikian.

Nak belajar lebih banyak ilmu grow bisnes? Khas untuk pendiri bisnes! Himpunan Usahawan Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju 31 Julai & 1 Ogos 2024 di SACC Shah Alam. Dapatkan tawaran tiket serendah RM29 di AmazingFounder.com atau hubungi team FunnelEvo, Captain Azlan disini —> https://www.wasap.my/60184092766

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!