Ini Punca Kenapa Anda Sering Salah Ambil Pekerja!

Jom kali ini kami kongsikan tentang DOPE test. DOPE test ini adalah tentang mengenal karakter dan personaliti seseorang seperti cara mereka berfikir dan cara mereka respons atas sesuatu yang berlaku.

Keputusan test ini bukanlah tepat 100% tapi sekurangnya anda mendapat panduan kasar tentang karakter seseorang. Penting juga sebenarnya untuk anda buat test ini sebelum memasukkan mana-mana pekerja ke dalam syarikat.

Apa kepentingan tahu personaliti team ni?

Setiap karakter seseorang boleh menentukan bidang dan tugas apa yang sesuai untuknya dalam syarikat. Apabila anda meletakkan pekerja di tempat yang betul jadi pekerja akan seronok dan selesa bekerja dengan anda.

Jom kita lihat karakter berdasarkan D.O.P.E di bawah.

DOVE.

  • Peramah.
  • Suka bekerja dalam kumpulan.
  • Suka mengelak dari konflik.
  • Tak suka mengambil risiko.
  • Setia.
  • Rajin.
  • Berfikir menggunakan emosi.
  • Sentiasa utamakan orang lain.

Jadi jika anda mempunyai team yang mempunyai personaliti DOVE di bahagian mana sesuai untuk mereka?

Team anda yang mempunyai personaliti DOVE sesuai di bahagian Human Resource kerana mereka mempunyai watak yang peramah dan mempunyai sikap yang sentiasa dahulukan orang lain.

OWL.

  • Berfikir ikut logik.
  • Mementingkan kesempurnaan.
  • Hebat dalam menyelesaikan masalah.
  • Sukakan matematik, puzzle dan logik.
  • Bekerja dengan sistematik.
  • Tak suka langgar peraturan.
  • Lambat bertindak dan buat keputusan.
  • Suka berfikir.

Saya pasti jika di lihat pada ciri-ciri ini pastinya anda dah boleh menjangkakan position apa yang sesuai dengan seseorang yang berpewatakan OWL.

Tidak lain lagi mereka adalah orang-orang di department Finance sebab mereka minat matematik, numbering dan kira-kira. Yang paling penting di posisi finance adalah detail. Salah tengok number, salah transfer amount kan dah jadi masalah besar.

Peacock.

  • Sukakan perhatian.
  • Suka menarik perhatian.
  • Suka dipuji.
  • Suka bergaul dan bercakap.
  • Sombong dan bangga diri.
  • Lemah dalam pengurusan masa.

Oleh kerana mereka mempunyai personaliti sukakan perhatian dan suka menarik perhatian mereka lebih sesuai bekerja di bahagian Sales dan Marketing.

EAGLE.

  • Berani.
  • Suka mendominasi dan memimpin.
  • Suka menganalisis.
  • Berani buat keputusan.
  • Pentingkan diri.
  • Selalunya tiada emosi.

Eagle adalah sikap seorang leader, orang yang mempunyai personaliti ini mempunyai watak yang agak keras kerana mempunyai pendirian yang tetap.

Sebelum anda membuat DOPE test, anda perlu tahu prosesnya terlebih dahulu.

Anda perlu briefing mereka terlebih dahulu. 

  1. Pastikan calon jelas bahawa test ini bukanlah satu-satunya parameter yang digunakan untuk terima mereka bekerja. Test ini hanya untuk tahu cara mereka bekerja.
  2. Setiap calon diberikan masa 5 hingga 7 minit sahaja untuk menjawab ke semua soalan yang diberikan.
  3. Tidak perlu masa yang lama untuk memilih jawapan setiap soalan.

Selepas briefing, bagi mereka masa untuk menjawab DOPE test tersebut dengan menandakan Y atau N pada kotak kosong. 

Tujuan DOPE Test ini adalah untuk menguji mereka punya komunikasi dan membantu kita mengenal pasti dan memilih staf berdasarkan karakter yang sesuai dengan job scope dan untuk kita tahu personaliti mereka ketika bekerja ia memudahkan kita sebagai majikan untuk meletakan mereka di posisi yang mana dalam syarikat kita.

Selain itu kita juga tahu bagaimana untuk kita bagi semangat kepada mereka. Adakah mereka perlukan perhatian, pujian atau kata-kata semangat. 

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!