Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

9 Strategi Gandakan Jualan Yang Berkesan!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Menggandakan sales adalah matlamat utama setiap pendiri bisnes, tetapi dengan strategi yang betul, ia adalah sesuatu yang boleh dicapai. Berikut adalah beberapa strategi yang telah saya senaraikan yang boleh membantu anda meningkatkan jualan bisnes anda secara berkesan.

1. Faham Pasaran & Pelanggan Anda.

Sebelum anda nak tingkatkan jualan, anda perlu memahami dan menjawab beberapa soalan seperti :

1. Siapa pelanggan anda?

2. Apa keperluan mereka?

3. Dimana mereka berada?

4. Apa yang mereka cari daripada produk atau perkhidmatan anda?

Ini juga di kenali sebagai Customer Avatar. Bila anda dah kenal customer anda ini membolehkan anda mengubah strategi pemasaran dan penjualan anda untuk lebih berfokus dan berkesan.

Ingat! Tak semua orang pelanggan anda, jangan buang masa dengan orang yang bukan target market anda.

2. Peningkatan Pemasaran Digital.

Tahun 2023 ialah zaman semua perkara di hujung jari. Di mana semua perkara orang akan cari di internet, jadi rugilah jika anda sebagai usahawan tetapi tidak muncul di online.

Ini antara perkara yang anda perlu buat untuk kembangkan bisnes anda.

Melibatkan diri dalam pemasaran digital yang komprehensif adalah penting. Bina laman web yang profesional. Jangan lupa untuk menghadirkan diri dalam media sosial, dan gunakan strategi pemasaran online seperti iklan berbayar, pemasaran melalui emel, dan meningkatkan carian anda di enjin carian (SEO) untuk meningkatkan kewujudan anda secara online.

3. Tawarkan Promosi dan Diskaun.

Kita semua mengetahui bahawa semua pelanggan tak kira lapisan umur pasti nak membeli dengan harga yang mereka rasa bebrbaloi. Jadi anda kena lah beri tawaran yang ‘seksi’ kepada mereka supaya pelanggan membeli dengan anda Haa… Baru lah mereka membeli dari anda sebab mereka rasa harga produk atau servis anda tawarkan itu ‘berbaloi’. Betul tak?

Promosi khas, penjimatan harga, atau tawaran potongan boleh memberi insentif kepada pelanggan untuk membuat pembelian. Ini boleh menjadi strategi yang berkesan untuk menarik pelanggan baru dan menggalakkan pelanggan sedia ada untuk membuat pembelian tambahan.

Jangan lupa cuba cara ini untuk naikkan jualan anda tau!

4. Perbaiki Pengalaman Pelanggan.

Pengalaman pelanggan yang baik dapat memenangi kesetiaan pelanggan dan merangsang mereka untuk menarik rakan-rakan mereka tentang perniagaan anda. Percaya? Kalau anda nak tahu marketing mouth to mouth ni strategi marketing yang paling berkesan tau!

Pastikan bahawa perkhidmatan pelanggan adalah baik, penghantaran tepat pada masanya, dan pertanyaan atau aduan pelanggan diuruskan dengan efisien.

Zaman yang moden ini, komunikasi antara pelanggan dan peniaga adalah amat penting sekali. Perkhidmatan yang mesra serta pantas pasti memudahkan segala urusan jual beli dengan pelanggan.

Contoh macam ni la, anda nak beli sesuatu produk tu. Kemudian, seller tu acuh tak acuh layan anda. Mesti anda rasa tak nak beli kan? Haa.. Macam tu lah juga dengan pelanggan anda.

Selain itu, ketika bercakap dengan pelanggan tu, kena la senyum sikit. Barulah ceria. Senyum juga satu ibadah tau!

5. Meningkatkan Kualiti Produk Atau Perkhidmatan.

Pastikan produk atau perkhidmatan anda memberikan nilai yang tinggi kepada pelanggan. Jika pelanggan mendapati produk anda berkualiti dan memenuhi keperluan mereka, mereka lebih cenderung untuk membeli semula dan memberitahu orang lain tentangnya.

Dalam sesuatu pemilihan produk, aspek yang paling diutamakan adalah KUALITI. Kualiti sesebuah produk akan memainkan peranan penting dalam perniagaan anda. Tak kan lah anda nak jual produk yang nampak macam bagus tapi hakikatnya kualiti ketahanan produk itu tidak bertahan lama. Lari la pelanggan tu nanti, betul tak?

6. Pengembangan Produk atau Bina Jenama.

Cara sesebuah bisnes berkembang ada 2 cara. Yang pertama vertical dan yang kedua adalah horizontal.

Jadi produk atau servis anda sesuai berkembang melalui Vertical atau horizontal?

Mungkin ada ruang untuk mengembangkan produk atau perkhidmatan baru yang berkaitan dengan pasaran sedia ada atau pelanggan sedia ada. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk meluaskan jenama anda ke pasaran yang baru atau segmen pelanggan yang belum anda sasar.

7. Bina Hubungan dengan Pelanggan.

Berinteraksi dengan pelanggan anda melalui media sosial, emel, atau platform komunikasi lain. Membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan boleh membantu meningkatkan kepercayaan mereka kepada jenama anda dan memotivasikan mereka untuk membuat pembelian.

Menjaga pelanggan sedia ada lebih mudah berbanding mencari pelanggan baru, jadi nasihat saya jaga dan binalah hubungan yang baik dengan setiap pelanggan yang datang kepada anda.

8. Mengkaji Pesaing.

Mengkaji pesaing anda boleh memberikan anda pandangan tentang apa yang relevan dalam pasaran dan bagaimana anda boleh membezakan diri anda.

Pelajari strategi pemasaran, penghargaan harga, dan nilai tambah pesaing anda. Bukan tiru pesaing bulat-bulat tau!

Buat lebih baik daripada pesaing anda.

9. Kolaborasi & Rakan Strategik.

Kenapa saya letak point ini yang terakhir? Sebab ini adalah tips untuk usahawan yang dah berjaya hit sales RM1 juta, untuk bisnes yang dah besar tetapi nak lebih besar.

Bekerjasama dengan rakan strategik atau bekerjasama dengan pihak lain dalam industri anda boleh membantu anda mencapai pasaran yang lebih besar atau mengakses pelanggan yang baru.

Tetapi untuk buat pihak lain percaya dan setuju untuk berkolaborasi dengan anda bukanlah perkara yang mudah.

Kesimpulannya adalah nak kembangkan bisnes tidaklah sukar jika anda bersedia, mempunyai ilmu dan bimbingan yang betul.

Jika anda berminat untuk grow bisnes lebih laju daftar ke Amazing Founder: Grow Bisnes Lebih Laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!