Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

3 Content Untuk Pelanggan cakap Servis Atau Produk Kita Bagus!

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Apa maksud inbound

Inbound ni adalah orang tanya, orang tanya produk kita bagus. Inbound marketing ini maksudnya orang yang cari kita. Apa strategi untuk orang cari kita?

Strategi pertama adalah cipta content yang memberi value. Content yang baik yang menyebabkan prospek berminat dan bercakap tentang kita.

“Your customers are your customers because you provide a solution to their problem. “

Mendapat kerpercayaan dari orang ramai dalam melakukan bisnes online adalah satu hal yang sangat penting. Dengan adanya banyak kes yang melibatkan scammer dari hari ke hari, ia membuatkan ramai pembeli sangat berhati-hati untuk membeli di internet.

Baiklah, sekarang ini, jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk buat pelanggan bercakap tentang produk atau servis anda terutamanya jika anda masih baru di dalam pasaran.

1. Artikel

Nak tulis artikel mudah je, susah tu hanya berlaku bila anda tak nak menulis langsung. Sudah tentu anda semua pernah menulis sekurang-kurang tulis karangan masa SPM kan?

Ok, biasanya apa persoalan yang selalu kita gunakan? Asas je ni, iaitu

  1. Why?
  2. When?
  3.  Who?
  4. How?
  5. Where?

Perkara ni kan kita selalu guna dalam kehidupan. Ni semua persoalan yang sangat biasa. Inilah asas nak menulis. Kalau anda ada topik, anda boleh tulis berdasar 5 soalan asas ni.

2. Video

Anda memang akan tertinggal jika anda masih belum gunakan video sebagai bahan content marketing. Video ni sangat powerful.

Lagipun kalau anda post video dalam media sosial terutamanya dalam TikTok, anda akan perasan iklan tu sangat murah, view lebih banyak orang, dan kemungkinan untuk jadi viral sangat tinggi.

Macam-macam video anda boleh buat dan pelbagai teknik yang anda boleh guna untuk hasilkan video.

Yang penting video perlu publish setiap hari. Kalau belum ada, usahakan sampai ada!

3. Story

Content yang paling menarik adalah berbentuk pengkisahan, penceritaan atau bahasa paling mudah, story. Yap, tak kiralah samada dalam bentuk video, audio ataupun tulisan, story paling tinggi orang suka.

Sekarang ni dalam media sosial, paling ramai orang suka kongsi adalah story tak kisah dalam bentuk video ataupun artikel tulisan. Nak tahu kenapa? Sebab manusia perlukan ‘makanan’ minda, antara ‘makanan’ minda adalah story (kisah orang lain).

Bila dah suka story tu, satu lagi sifat manusia dia tak boleh duduk diam, mesti dia nak share. Sebab tu antara indikator nak ukur content yang bagus atau kurang bagus adalah berapa ramai share content yang di hasilkan.

KENAPA PENTING HASILKAN CONTENT UNTUK INBOUND MARKETING NI?

Selepas covid susunan funnel ini telah menjadi old school, kenapa menjadi old school? Dahulu orang mudah membeli, bila kita buat marketing dia akan buat pembelian dan jadi pelanggan kita.

Tetapi sekarang, pasaran telah berubah ke flywheel. Orang sangat memilih untuk membeli, apa yang berlaku sekarang.

Konsep dahulu tapis, buat marketing, dapat database buat sales. Konsep sekarang ia akan berpusing buat marketing, dapat prospek jadi customer, kemudian ke promotion pula. 

Kita tak ada strategi untuk orang kata kita bagus, bukanya buat ads yang kosnya semakin mahal. 

Inbound yang kita faham sebelum ini bagus, membekalkan produk yang berkualiti, tetapi kita perlu tambah satu perkara lagi iaitu promot untuk encourage orang bercakap tentang kita. Mereka tidak semestinya ejen kita, mungkin pelanggan kita yang bagi feedback produk kita di sosial media atau berkongsi tentang produk kita. Mereka bercakap tentang kita kepada orang lain. 

Kalau satu orang boleh bercakap kepada 10 orang kita boleh dapat pelanggan yang lebih banyak tanpa kita mengeluarkan kos pemasaran. 

Flywheel ini adalah konsep baru dan perlu ada DELIGHT

Kesimpulannya adalah 3 jenis konten ni pun kalau anda boleh buat, anda boleh tengok perubahan pada bisnes anda. Tak percaya? Memang tak perlu percaya tapi #BuatSaja

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!