Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

7 Sebab Usahawan Perlu Kuasai Dunia Digital!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Tahun 2023 anda masih guna marketing offline sahaja? Anda akan tertinggal jika anda belum kuasai dunia digital. Ruginya jika anda masih belum kuasai market online.

Kenapa usahawan perlu terokai dunia digital? Insyaa-Allah di hujung artikel ini anda akan dapat jawapan kenapa anda perlu mula onlinekan bisnes anda sekarang!

Usahawan perlu terokai dunia digital kerana terdapat pelbagai kepentingan yang berkaitan dengan perkembangan teknologi dan trend perniagaan semasa di dalam dunia digital. Berikut saya senaraikan beberapa sebab mengapa usahawan perlu melibatkan diri dalam dunia digital:

1. Perkembangan Teknologi Digital.

Perkembangan teknologi digital terkini membawa perubahan model perniagaan sedia ada dan mencipta ruang dan platform yang baru, pengenalan produk dan perkhidmatan baharu serta peningkatan kecekapan proses perniagaan yang akhirnya menjadikan perniagaan lebih berdaya saing.

2. Peralihan Ekonomi.

Peralihan ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital penting mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional, dengan tenaga penggerak kebanyakannya usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Jika kita tengok kebelakang semula, dulu-dulu hanya jenama besar sahaja yang kita boleh tengok di kaca televisyen atau di sosial media tetapi sekarang baru buka bisnes semalam pun, hari ni dah boleh kuasai sosial media dengan kuasa viral. Betul tak?

3. Akses Kepada Pasaran Global.

Melalui platform digital, usahawan dapat menjual produk atau perkhidmatan mereka kepada pelanggan di seluruh dunia tanpa had. Ini membuka peluang baru untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan.

Jika anda telah mempunyai kedai secara offline ia bagus unutk pelanggan datang ke tempat anda tetapi jika anda ada platform online anda boleh menjalankan jual beli secara atas talian tanpa batas.

Orang di luar negara pun boleh beli dan guna perkhidmatan atau produk anda. Syok kan? Bayangkan jual Keropok Lekor tetapi ada yang membayar menggunakan mata wang USD, fuhh!

4. Penyediaan Maklumat dan Pemasaran.

Internet adalah sumber utama maklumat dan sumber rujukan utama bagi ramai orang, namun tidak dinafikan media arus perdana masih lagi relevan untuk sesetengah orang.

Dengan memiliki laman web, media sosial, dan strategi pemasaran digital, usahawan boleh menyampaikan maklumat tentang produk mereka kepada potensi pelanggan dengan lebih berkesan dan luas.

Bayangkan orang di Canada boleh baca khasiat jamu anda…

5. Kos Operasi yang Rendah.

Berbanding dengan perniagaan fizikal, perniagaan atas talian mempunyai kos operasi yang lebih rendah. Usahawan boleh mengurangkan kos penyewaan ruang kedai, perbelanjaan inventori besar, dan kos operasi harian yang tinggi.

Bayangkan anda mempunyai kedai, anda perlu bayar pekerja, electric dan sebagainya. Manakala jika anda mempunyai kedai online kemungkinan anda hanya perlukan handphone/laptop dan internet sahaja unutk pastikan bisnes anda berjalan.

Bukankah ia lebih jimat? Tetapi ini hanya untuk usahawan baru nak bermula, yang dah berpengalaman mungkin ada juga berniaga secara online secara besar-besaran yang memerlukan menyewa pejabat, pekerja dan lain-lain.

6. Data Dan Analisa Yang Jelas.

Dalam dunia digital, usahawan dapat mengukur kesan iklan pemasaran mereka dengan lebih terperinci. Data analisis membantu mengenal pasti strategi yang berfungsi dengan baik dan yang perlu ditingkatkan terutamanya yang meilbatkan kos seperti iklan berbayar.

Sebagai usahawan kita perlu tahu ke mana wang kita mengalir, ‘kesihatan’ kewangan adakah dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Ada orang memilih untuk menggunakan kaedah offline tetapi kita tak dapat mengira atau melihat dengan jelas investment yang kita buat.

Sebagai contoh kita keluarkan Banner tetapi kita tak dapat agak secara details

7. Interaksi Pelanggan yang Lebih Baik.

Platform digital membolehkan usahawan berinteraksi secara langsung dengan pelanggan. Ini memberi peluang untuk menerima maklum balas secara langsung, memahami keperluan pelanggan, dan memperbaiki produk atau perkhidmatan berdasarkan maklum balas tersebut.

Secara keseluruhannya, terlibat dalam dunia digital bukan sahaja memberikan usahawan akses kepada peluang global, tetapi juga memperkuatkan keupayaan mereka untuk berinovasi, berkomunikasi, dan berkembang dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Anda nak belajar strategi Grow Bisnes Lebih Laju? Sertai Amazing Founder: Grow Bisnes Lebih Laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!