5 Sebab Video Penting Untuk Perniagaan KECIL!

5 Video merupakan salah satu strategi yang paling relevan dan berkesan terutamanya kepada perniagaan kecil. Pada zaman digital ini 90% masyarakat malaysia kini suka menonton video.

Video marketing mempunyai beberapa faktor penting yang dapat menarik pelanggan untuk terus menonton video anda. Berikut kami kongsikan 5 sebab kenapa anda perlu buat video content marketing untuk bisnes kecil anda.

1. Lebih Mudah Untuk Jelaskan Produk atau servis.

Tidak dinafikan melalui video anda akan lebih mudah untuk jelaskan tentang produk atau servis anda. Sebagai contoh anda muat naik video anda untuk terangkan kaedah cara guna. Ia menjadi sukar jika ia dibuat melalui penulisan atau gambar.

Ia menjadi lebih mudah dan yang penting mudah difahami oleh audience anda kerana mereka lebih jelas dengan kuantiti yang anda ambil, kaedah yang digunakan dari A hingga Z.

2. Variasikan content video.

Ramai usahawan yang ‘stuck’ hasilkan video kerana mereka cuba create bukan document it. Sebenarnya buat video tak susah jika anda tahu bagaimana nak variasikan video anda.

Anda boleh klik untuk tonton bagaimana Life & Business Growth Mentor Tuan Fahdi Ghazali membina content di TikTok Beliau.

3. Percuma tapi view dan reach tinggi!

Untuk menghasilkan video, ianya percuma sahaja. Pastinya anda pengguna smartphone yang dapat mengambil video. Tak perlu pun dapatkan profesional untuk mengambil video produk atau perkhidmatan anda. Zaman sekarang semua orang boleh buat video.

Kini, media sosial seperti FB dan IG dan TikTok memberi keutamaan untuk video mendapat reach yang lebih tinggi dibandingkan dengan teks (artikel) dan juga gambar. Rugi jika tidak mengambil peluang ini.

Ramai yang mengeluh reach di media sosial adalah rendah. Mulai sekarang cuba hasilkan video untuk mendapat reach yang lebih tinggi. Tak percaya, anda perlu cuba!

4. Membina Kepercayaan.

Zaman sekarang banyak isu scammer secara online. Jadi usahawan perlu bekerja lebih keras untuk dapat kepercayaan pelanggan melalui media sosial.

Melalui video percakapan, kongsi tips, kongsi tutorial ataupun kongsikan feedback pelanggan dapat membina kepercayaan pelanggan-pelanggan baru.

5. Orang lebih suka menonton video berbanding membaca atau melihat gambar.

Tidak dinafikan, orang zaman sekarang lebih ramai yang suka menonton video betul tak? Mungkin anda juga begitu, lebih suka menonton video dari membaca.

Lebih 80% content di internet adalah dalam bentuk video oleh kerana, video adalah media pilihan ramai. Rugi sangat jika anda tidak menggunakan media pilihan ramai ini untuk meningkatkan jualan perniagaan anda.

Secara keseluruhan, pemasaran video mempunyai kelebihan dalam memaparkan ekspresi yang lebih jelas berbanding elemen penulisan dan gambar. Ini kerana pergerakan yang melibatkan suara, video serta interaksi semulajadi yang menarik audiens untuk menonton dari sekadar membaca.

Sungguh pun begitu, ia tidaklah bermaksud bahawa penulisan dan gambar tidak memainkan peranan penting, tetapi dengan kreativiti video, penulisan serta gambar di platform digital dan media sosial dapat memberi impak yang lebih besar dalam trend pasaran hari ini. 

Jika anda nak grow bisnes lebih laju, sila daftar ke Amazing Founder sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!