5 Rahsia Mulakan Perniagaan Tahun 2024!

Nak tahu anda boleh bertahan dalam perniagaan atau tak?

Mulakan dengan menjual sendiri dengan zero kos marketing. Jika sendiri tak boleh jual lupakan sahaja kalau nak bergantung harap kepada team sahaja.

Sebelum saya teruskan ini tips untuk usahawan yang baru nak mula je tau, kalau syarikat dah besar bagi je lah CEO yang uruskan.

Tak pandai? Mula belajar tentang marketing. Mulakan dgn jadi ahli dropship kemudian tu bila dah ada kemampuan mulakan dengan belian stok pukal. Bila dah rasa keyakinan dan ramai follower barulah mula bina produk jenama sendiri.

Nampak macam mudah je kan? Jom saya kongsikan secara step by step!

1. Mulakan perniagaan atas talian atau online dengan modal yang rendah.

Jangan mulakan perniagaan terus nak ada jenama sendiri, nak terus ada kedai. Jangan ulang kesilapan orang lain. Ada je modal rendah tapi profit tinggi kena pandai kaji dan pilih.

Tetapi jika anda ada ilmu bisnes mungkin anda boleh mulakan bisnes tanpa modal tau!

2. Tetapkan masa untuk perniagaan anda.

Biasa kita buat bisnes sambil sambil jaga anak. So tetapkan masa sendiri dan pastikan ikut jadual yang ditetapkan agar kerja rumah berjalan seiring dengan bisnes anda.

3. Pasarkan jualan secara konsisten.

Produk atau serivis anda haruslah di iklan secara konsisten agar orang nampak dan tahu korang buat bisnes apa. Bagi memudahkan anda, anda boleh menggunakan feature schedule apa yang nak di iklan setiap hari

Jadi ia tidak mengambil masa anda yang lama setiap hari fikirkan apa yang ingin promote kan.

4. Kukuhkan platform perniagaan dan belajar teknik pemasaran.

Cari bisnes yang provide ilmu-ilmu bisnes terutamanya Online Marketing. Jika anda main hentam saje bisnes anda mungkin mengalami lebih banyak kerugian dari keuntungan.

5. Kukuhkan jaringan internet rumah anda.

Bagi peniaga online, wajib ada jaringan internet yang laju dan kukuh agar mudah untuk lakukan aktiviti online.

Tahun 2024 keadaan ekonomi semakin mencabar, mungkin ada diantara anda yang ingin menyertai bidang perniagaan buat pertama kali, saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Jika ia memberi manfaat, jangan lupa kongsikan kepada rakan dan kenalan anda!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!