Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

5 Panduan Menjadi Majikan Yang Pakar Dalam Menguruskan Syarikat!

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Menjadi majikan adalah tanggungjawab yang penting dan memerlukan pemahaman tentang undang-undang, etika, dan praktik terbaik dalam pengurusan pekerja. Berikut adalah panduan umum untuk menjadi majikan yang berkesan.

1. Tetapkan MISI dan VISI yang jelas.

Tugas anda sebagai pendiri bisnes adalah tetapkan Misi dan Visi yang jelas dan pastikan team anda align dengan apa yang nak dicapai.

Pastikan team anda tahu apa tugas mereka dan bagaimana kerja-kerja mereka menyumbang kepada kejayaan dan kemajuan keseluruhan syarikat.

Dengan cara ini mereka akan rasa dihargai dan mempunyai kepentingan dalam perkembangan syarikat.

2. Berikan feedback secara berkala. 

Jangan tunggu sehingga semakan prestasi atau Operating Performance Report (OPR) untuk memberikan feedback kepada pekerja anda mengenai kerja mereka. 

Berikan maklum balas secara berkala supaya mereka dapat berada di landasan yang betul dan membuat peningkatan dari masa ke masa.

Jika lambat tindakan maka lambatlah perubahan. 

3. Cipta persekitaran kerja yang positif. 

Persekitaran kerja yang positif adalah di mana pekerja rasa dihargai, dihormati, dan disokong. Ini akan membantu mereka menjadi lebih produktif dan terlibat dalam kerja mereka.

Sebagai majikan, ringankan mulut memuji staf yang bagus dan memberikan penghargaan kepada mereka yang mempunyai attitude atau performance yang bagus.

4. Beri kepercayaan dan kuasa kepada pekerja anda. 

Berikan pekerja anda kuasa untuk membuat keputusan dan bertindak. Ini akan membantu mereka merasakan tanggungjawab terhadap kerja mereka dan lebih bermotivasi untuk berjaya.

Ada majikan yang takut nak lepaskan kerja kepada stafnya. Takut jika staf buat tak sempurna mereka buat sendiri. Majikan yang tidak delegate tugasan akan selamanya tenggelam dalam kerja-kerja operasi. 

Belajar untuk lepaskan sedikit demi sedikit tugasan kepada staf anda. Bagi mereka masa untuk belajar, walau bagaimanapun masih di bawah pengawasan anda.  

5. Galakkan berkerjasama.

Di peringkat permulaan staf sering kali berlumba-lumba, jadi penting untuk anda sebagai majikan menggalakkan kerjasama di kalangan pekerja. 

Galakkan kerjasama ini akan membantu mereka berkongsi idea dan bekerjasama menyelesaikan masalah. Secara tidak langsung juga boleh mengeratkan silaturahim sesama staf. 

Belajar teknik menerima idea yang bagus dari kalangan staf. Supaya tidak timbul iri hati dari staf lain dan menggalakkan kerjasama dalam pelaksanaan idea tersebut dalam pasukan.

Perkongsian ini khas kami tujukan kepada anda majikan yang serius nak membina syarikat yang mampu bertahan lama. Nak lebih banyak panduan majikan? Dapatkan Ebook 20 Panduan eBook 20 Panduan Untuk Jadi Majikan Good To Great! secara percuma sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!