5 Langkah Strategi Kembangkan Perniagaan Tahun 2024!

Semua usahawan pasti inginkan perniagannya berjaya dan sudah pasti telah memikirkan cara bagaimana nak menjual produk yang ada.

Oleh yang demikian, disarankan beberapa platform strategi pemasaran mengikut kepada kesesuaian serta budget yang ada untuk tahun 2024 yang bakal menjelang ini.

Jika ingin kembangkan perniagaan ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira iaitu :

  • Hasil Jualan
  • Pemasaran
  • Kewangan

1. Bina Sales Funnel.

Sebagai peniaga, anda perlulah rangka strategi untuk mendorong lebih ramai pelanggan untuk masuk ke Sales Funnel dan buat pembelian dengan anda.

Konsep ini adalah sangat penting untuk anda faham customer’s journey ketika berurusan strategi pemasaran anda.

Sales Funnel ini mengandungi tiga bahagian iaitu :

Top of Funnel (ToFu) – Audiens sasaran baru mengenali produk atau perkhidmatan anda. Kumpulan ini adalah pelanggan berpotensi untuk bisnes anda.

Middle of Funnel (MoFu) – Dalam fasa ini pelanggan berminat dengan jenama anda dan sedang membuat keputusan untuk membeli daripada jenama anda.

Bottom of Funnel (BoFu) – Fasa terakhir ini menunjukkan bilangan pelanggan yang akhirnya menjadi pelanggan. Dengan strategi yang tepat, mereka juga boleh jadi pelanggan setia jenama anda.

Setiap bahagian ini memerlukan strategi pemasaran yang berbeza untuk mendorong minat dan pembelian pelanggan.

2. Rangkain Sosial dan Pemasaran Viral.

Pemasaran di media sosial memfokus kepada menyampaikan maklumat kepada pelanggan mengenai produk jualan anda. Kongsi melalui rangkaian sosial yang ada seperti Facebook, Twitter, Youtube, Instagram, dan Tik Tok serta enjin pencarian seperti Google.

Anada boleh mempebagaikan maklumat yang disampaikan adalah dalam bentuk penulisan, video, atau gambar. Sekiranya maklumat yang disampaikan meningkat dari segi jumlah yang melihat dan trafik, ia membantu mempengaruhi pencarian di Search Engine Optimization (SEO).

Walaupun begitu, trend masa kini lebih kepada mempromosikan produk melalui video TikTok dan menggunakan selebriti atau influencer.

3. Tingkatkan Kesetiaan Pelanggan.

Untuk memastikan bisnes anda kekal berkembang, anda tidak boleh bergantung kepada pelanggan baharu sahaja.

Sebaliknya, anda perlu lancarkan inisiatif dalam mengekalkan kesetiaan pelanggan sedia ada. Berbanding pelanggan baharu, pelanggan lama lebih cenderung untuk buat lebih banyak pembelian dan mampu memberikan sokongan pada tempoh yang lebih lama pada bisnes anda.

Antara taktik yang anda boleh jalankan untuk kekalkan kesetiaan pelanggan adalah dengan menubuhkan loyalty program sambil menawarkan keistimewaan kepada ahli berdaftar.

4. Pelbagaikan Produk dan Perkhidmatan.

Jika anda berjaya menjual produk utama kepada pelanggan, anda perlu giat untuk hasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan.

Ini adalah salah satu cara untuk kembangkan bisnes supaya anda apat kekal bersaing dalam dunia perniagaan. Tawarkan sesuatu yang bernilai tinggi, unik dan sukar untuk ditolak.

Kenalpasti peluang untuk jenama lancarkan produk atau perkhidmatan baharu bagi memenuhi keperluan pelanggan. Strategi ini dapat membantu dalam mengekalkan minat pelanggan jenama anda di samping menarik lebih ramai pelanggan baru.

5. Manfaatkan Pemasaran Digital.

Pada zaman ini, bisnes anda akan ketinggalan sekiranya anda tidak memanfaatkan pemasaran secara digital. Banyak bisnes yang memanfaatkannya bagi mencapai pelanggan dengan lebih mudah dan luas. 

Antara platform yang anda boleh gunakan adalah pemasaran di pelbagai platform seperti SMS, e-mel, media sosial serta yang mempunyai kelebihan masing-masing dalam mendatangkan pulangan lumayan untuk bisnes anda.

Bagi memastikan bisnes anda berjaya, anda perlulah berani mencuba dan mengambil risiko. Rancang strategi yang mudah untuk diukur dan dianalisa supaya anda boleh sentiasa baikinya demi perkembangan bisnes secara positif.

Tidak kira apa perniagaan yang ingin dimulakan, ilmu dalam bidang pemasaran harus di titk beratkan bagi memastikan produk dan servis yang dijual terjual dan diterima oleh pengguna.

Lambat atau cepat bergantung kepada berapa tinggi usaha yang di lakukan.

Ada yang serius nak kembangkan bisnes lebih laju pada tahun 2024? Daftar Amazing Founder- Grow Bisnes Lebih Laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!