5 Kesilapan Bisnes Yang Majikan Selalu Buat…

1. Tak Buat Sesi Interview Staf Dengan Betul.

Ini bahagian paling penting, kalau salah interview. Kesilapan ramai usahawan tak buat background check, tak cuba berhubung dengan majikan tempat lama pekerja boleh jadi haru-biru. Dalam interview bakal pekerja akan yakinkan anda dengan 1000 janji dan manifesto.

Pastikan semak dahulu latar belakang mereka tau.

2. Tak ambil Staf Untuk Posisi Dan Tugasan Yang Betul.

Ini masalah kebanyakan majikan. Kadang-kadang tu pekerja bagus, tapi tersalah ambil dan diminta untuk isi tempat yang bukan habitat asal mereka. Ya mereka boleh belajar, tapi anda juga perlu belajar bersabar sebab bukan salah mereka, tapi salah majikan yang ambil mereka bekerja dan letak di posisi yang salah.

3. Ambil staf bukan serba boleh, tapi asal boleh.

Ada masa syarikat akan kekurangan orang kan? Ini kritikal! Mestilah akan terus sambar pekerja yang nak kerja nanti kan? Ha ini pun salah satu silap utama. Staf sebelum ni bukan dah lama buat dan perform, bila ambil pekerja baru asal ada, mereka ni bermula dari kosong. Jangan salahkan mereka bila mereka tak capai expectation anda tau!

4. Tak Sediakan Offer Letter.

Offer Letter sangat penting untuk kedua dua pihak. Perlu ada untuk majikan ,perlu ada untuk pekerja. Jika anda pekerja dan nak masuk kerja tanpa offer letter, fikir semula. Bahaya tak ada offer letter bila satu ketika nanti ada isu antara pekerja dan majikan. Waktu tu dah terlambat.

5. Ambil Adik Beradik & Saudara-Mara Sebagai Staf.

Ini terpaling dilema. Ambil adik beradik masuk syarikat. Nak mula mungkin mudah, tapi dah lama-lama adik beradik mungkin boleh jadi beban untuk syarikat berkembang. Nak tegur tak boleh, nak arah tak boleh, akhirnya bisnes anda bukan grow, tapi statik atau terkubur. Boleh nak ambil JIKA masing-masing jelas tugasan dan hala tuju syarikat.

Tidak kira apa perniagaan yang ingin dimulakan, ilmu dalam bidang pemasaran harus di titik beratkan bagi memastikan produk dan servis yang dijual terjual dan diterima oleh pengguna.

Lambat atau cepat bergantung kepada berapa tinggi usaha yang di lakukan.

Ada yang serius nak kembangkan bisnes lebih laju pada tahun 2024? Daftar Amazing Founder- Grow Bisnes Lebih Laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!