5 Fakta Menarik Mengenai Minyak Afiat!

Boleh bayangkan bisnes anda bertahan hingga 100 tahun?


Pernah dengar minyak Afiat? Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan memenuhi jemputan anak murid FunnelEvo dalam sesi pembukaan galeri Afiat di Kuala Kangsar sempena Ulang Tahun ke-100 Syarikat Afiat! Nak berniaga perlu berimpian besar dan rancang bisnes supaya jadi legasi. Alhamdulillah Minyak Afiat sudah berada lebih 10 dekad dalam pasaran.

Baru-baru ini Tuan Shafiq Supenah Chief Growth Officer FunnelEvo ditemani Pengurus Besar Afiat, Abdul Raof Ahmad Zakaria. Mereka berniaga memang dah lama dan memang berpengalaman dalam bisnes. Tapi dalam menghadapi cabaran semasa, beliau buat keputusan untuk sertai sesi Ejenpro Bisnes Consulting untuk pastikan bisnes terus tersusun dan berkembang. Antara fakta menarik tentang minyak Afiat :

1. Minyak afiat ini telah diasaskan oleh Allahyarham Tn Hj Panjang Kamaruddin dan telah beroperasi di negara ini dan menghampiri 10 dekad bermula dari tahun 1924.

2. Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2 pada masa itu, Minyak Afiat diisi didalam botol mula dijual maka bermulalah episod baru Minyak Afiat dalam kancah meniaga kecil-kecilan di kaki-kaki lima, di pasar minggu, di pasar malam dan sebagainya sambil memetik Gambus menyanyikan lagu lagu seperti “Pak Ngah balik”.

3. Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bertaraf Bumiputera dan memberi fokus kepada pengedaran produk-produk berasaskan kesihatan dan penjagaan diri.

4. Minyak afiat sesuai digunakan untuk menghilangkan angin, sengal badan, melegakan sendi dan otot ddan banyak lagi.

5.  Syarikat Minyak Afiat telah membina sebuah kilang bertaraf GMP (Amalan Perkilangan Baik) yang mana syarikat ini adalah di antara kelompok pertama syarikat Bumiputera yang memperolehi pengiktirafan tersebut dari Kementerian Kesihatan dalam tahun 1996.

Saya nak tanya founder bisnes. Agak-agak bisnes anda boleh capai 100 tahun tak?

Jika ya, tidak kira apa perniagaan yang ingin dimulakan, ilmu dalam bidang pemasaran harus di titk beratkan bagi memastikan produk dan servis yang dijual terjual dan diterima oleh pengguna.

Ada yang serius nak kembangkan bisnes lebih laju pada tahun 2024? Daftar Amazing Founder- Grow Bisnes Lebih Laju sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!