1. Semak Trend Pasaran
Semak apa yang trending dan produk apa yang ramai orang cari. Sekiranya trend tersebut berkaitan dengan bisnes anda, maka lebih mudah untuk anda ikutinya.
Sebagai contoh, sekiranya anda dapati ramai pada waktu ini ambil berat tentang teknologi Ai, mungkin sudah tiba masanya untuk anda hasilkan servis penggunaan Ai.
2. Sasarkan Pasaran Yang Betul
Untuk pastikan bisnes berjaya, anda perlulah tetapkan target market yang tepat. Contohnya, jika anda menjual barangan bayi, anda perlulah target pada pelanggan yang baru mendirikan rumah tangga atau ibu bapa muda.
Pastikan pelanggan yang berada dalam sasaran betul-betul berminat dengan produk atau servis yang kita tawarkan.
3. Kuasai Digital Marketing
Pada zaman ini, sesebuah bisnes tak kiralah kecil atau besar boleh ketinggalan sekiranya tidak menggunakan digital marketing.
Memandangkan terdapat jutaan pengguna di media sosial, anda juga perlulah rajin kemaskini bisnes di platform tersebut. Sekiranya dimanfaatkan dengan baik, media sosial juga boleh menjadi lubuk menjual yang lumayan.
Tentukan jenis kandungan yang sesuai serta waktu yang optimum untuk kemaskini kandungan bagi menarik perhatian pelanggan.
Untuk kekal relevan dalam industri, anda perlu rajin ikuti trend terkini dan pelajari teknik digital pemasaran. Pada masa yang sama, anda juga perlulah membuat rancangan kewangan dan hasilkan backup plan untuk bisnes. Barulah perkembangan bisnes anda lebih terjamin.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang strategi dan kickstart bisnes dengan lebih baik pada tahun ini. Selamat mencuba!