1001 Satu Impian di Jakarta.

Jakarta , Indonesia Kota Seiras Kuala Lumpur, Malaysia.

Bila FunnelEvo nak bawa anak didik High Level Coaching ke sini, ramai yang seronok dan excited! Tapi ada sebab mengapa FunnelEvo pilih Jakarta. Kami percaya ini peluang untuk ruang belajar dan menguji usahawan-usahawan FunnelEvo.

Selalu kita dengar, susahlah berniaga di Malaysia! Betul ke susah berniaga di Malaysia? Jom kita tengok satu persatu.

1. Jakarta cukup maju, Tapi kerana jumlah penduduk terlalu ramai, jadi peluang jadi semakin kecil dan perang harga berlaku besar-besaran. Bagaimana dengan Malaysia?

2. Setiap penjuru ada manusia! Sama ada jual ayam penyet, soto, bakso , hiburan tepi jalan dan macam-macam lagi. Tempat parking dan simpang-simpang juga ada orang jaga lalu lintas dan minta bayaran. Sama ada keluar parking, masuk parking, keluar simpang. Bagaimana dengan Malaysia?

3. Bila assigment aktiviti dagangan di Tanah Abang, banyak yang usahawan perlu fikirkan. Komunikasi , kewangan, jumlah transaksi Malaysia Indonesia, cara bayaran, logistik dan bermacam perkara lagi! Bagaimana pula dengan Malaysia?

4. 8 kilometer di sini, “macet” hampir satu jam pak! Dah dekat, tapi kenderaannya bergerak sikit-sikit. Jadi tidur dalam kereta, pulang lewat malam tu biasa.

Ini bukan perbandingan kemajuaan ekonomi. Tapi ini adalah peluang untuk menguji daya tahan dan naluri usahawan itu sendiri. Usahawan perlu kental. Usahawan perlu berani. Usahawan perlu keluar dari zon selesa. Usahawan perlu ada GRAND WHY yang cukup besar dan jelas untuk bawa kemana perniagaan anda, kemana hala tuju yang anda nak pergi?

Ya tak mudah, tapi tak mustahil. FunnelEvo cuba berikan anda ruang dan peluang untuk ‘berkarya’ untuk menjadi usahawan yang ada GROWTH mindset. Insya-Allah hampir 120 jemaah usahawan FunnelEvo sama-sama berjuang dalam sesi Misi Bisnes Di Jakarta kali ini.

Kita boleh susun strategi yang mantap. Kita boleh ada ilmu yang luar biasa.vKita boleh ada team yang super luar biasa.

Tapi semua tu hanya PINJAMAN. Dengan izin Allah!

Kalau satu dunia, 7 billion manusia bertolong-tolongan untuk bagi rezeki pada kau, kalau Allah SWT kata tidak, TIDAK

Tapi kalau satu dunia, bertolong-tolongan untuk jatuhkan kau, kalau Allah SWT kata tidak, TIDAK. Kau akan naik.

Fahamkan benda tu, the concept rezeki adalah hak kita usaha, hak Allah SWT nak capai ke tak capai.

Kalau Allah boleh cipta bumi dan alam. Takkan Allah tak boleh makbulkan doa kita yang mudah?

Yakin pada Allah. Buat apa yang Allah suka, Allah beri apa yang kita suka.

Kami mohon maaf segala kekurangan dan terkasar bahasa dan segala yang baik datang dari Allah SWT. Tahniah dan terima kasih! Lawan tetap lawan!

#TeamFunnelEvo #RoadToJakarta #HighLevelCoachingFunnelEvo

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!