Sambungan dari email semalam…

 
——

Jam 9 pagi keesokkan harinya, saya menunggu Ali sampai di pejabat. Dalam hati memang saya tak percaya yang si Ali ni akan bawa duit ‘modal’ berniaga berjumlah RM2,500.

Mana mungkin mat rempit macam dia ada modal sebegitu banyak. Dan mana mungkin orang yang tak pernah berniaga, akan ‘gila’ untuk keluarkan duit sebanyak itu semata-mata untuk bina mahligai bisnes yang entah jadi entah tidak.

Tapi tetap ada sekelumit dalam hati saya, jika benarlah dia datang… dia akan saya usahakan jadi ‘manusia’ dan saya akan pastikan dia berjaya dengan ilmu yang saya ada walaupun sekelumit ini. Insya-Allah.

Sebab?

Sebab saya juga pernah susah dan saya juga ada mentor yang sentiasa ‘push’ saya. Sampai satu tahap, bangun pagi pun mentor saya akan kejutkan dan marah saya kalau lambat!

Seperti yang dijangka, tepat jam 9 pagi, Ali tiba didepan pejabat saya.
 
Dengan senyuman yang manis, dengan muka yang confident, dia serahkan duit RM2500 kepada saya.
 
“Nah En Fahdi! Ni duit modal yang En suruh saya cari. Saya nak mula sekarang!”
 
Gulp! Saya tergamam!
 
“Mana dapat duit banyak ni? Tak kan semalam tak ada duit hari ni tiba-tiba ada macam tu je?”
 
Saya bertanya untuk kepastian.
 
“Saya jual motor kesayangan saya en!”
 
Wow! Sekali lagi saya tergamam. “Dia jual motor? Biar betul?”
 
Saya bercakap seorang diri.
 
“Betul ke sampai jual motor? Biar benar??”
 
“Betul En Fahdi. Saya jual motor kesayangan saya! Saya tak kira. Saya nak berjaya juga”.
 
Benarlah… jika kita nakkan sesuatu, bulat hati, kita akan usahakan semahu-mahunya. Lawan tetap lawan!
 
Bermula hari itu, Ali akan berjumpa saya setiap hari. Pagi mesti dia datang ke pejabat. Dengan modal yang diberikan, saya berikan produk dan tunjuk ajar.
 
Menariknya, dia tidak pernah mempersoal setiap yang saya cakap.
 
Dia jadi anak murid yang sangat taat. Betullah, kalau kita belajar terlalu tinggi, kita jadi lebih susah nak terima nasihat dan teguran orang. Tapi kalau kita belajar pun lebih kurang, kita akan lebih mudah terima.
 
Alhamdulillah, Ali memang gila. Dia sangat ‘firm’. Saya nasihat beliau tinggalkan dunia rempit seketika, dia memang tinggalkan. Saya nasihatkan beliau buang ekor rambut, dia buang. Saya suruh dia pakai baju smart setiap hari, dia pakai!
 
Begitulah…
 
Saya pernah cuba ‘test’ si Ali waktu mula-mula hari pertama dia nak belajar FB Ads. Waktu itu tahun 2014.
 
Saya tetapkan 1 syarat. Syaratnya, beli 1 laptop. Esoknya, dia beli! Tanpa banyak soal. Dan beli laptop itu pun dengan duit terakhir dalam akaunnya.
 
Lupa saya nak inform, beliau BUTA IT!
 
Dan… hari ini, saya boleh salute si Ali. Dia dah ada produk sendiri dan sedang aktif buat jualan online.
 
Dari mat rempit, sekarang peniaga, produk owner, dan ehem… sekarang dah tak main rempit motor kecik, dia sekarang dah pakai superbike yang di beli CASH!
 
 
p/s : Insya-Allah saya akan berkongsi banyak lagi dalam seminar saya yang terdekat. KLIK SINI UNTUK INFO.


 

อั่งเปาโจ๊กเกอร์ufabet

Isikan Maklumat Untuk Anda Hadir Ke Digital Business Award 2021 Ini

Sila Pastikan Maklumat Anda Adalah SAH & TEPAT

Dapatkan Sementara PERCUMA!

(Terhad Untuk 300 Orang Sahaja!)

Isikan maklumat SAH anda dibawah sekarang;