Saya ada mengenali seorang remaja lelaki, saya gelarkan dia ‘Ali’

Saya kenal beliau pada tahun 2013. Pada waktu itu saya buat 1 perniagaan yang melibatkan saya perlu berjumpa dengan ramai pelanggan setiap hari.

Satu hari, Ali jumpa saya dan beritahu yang dia adalah anak orang susah dan mahu kerja. Maknya hanya bekerja sebagai cleaner dan tidak ada cukup wang setiap bulan.

Dia mencari kerja kosong. Kot-kot ada peluang.

Saya keberatan untuk terima beliau.

Beliau budak kampung, tidak ada pelajaran tinggi. Ada diploma pun belajar separuh jalan. Tak minat katanya. Lagi best, beliau ni mat rempit. Tiap-tiap hari mesti berlumba motor. Rambut pun ada ‘ekor’.

Dia bersungguh-sungguh nak kan kerja.

Saya pula bersungguh-sungguh tidak mahu. Saya tidak mahu ‘menanggung’ satu lagi beban dalam syarikat.

Saya katakan padanya.

“Sini tak ada kerja, tapi peluang berniaga ada”

Dia yang tak pernah berniaga nampak sukar menerima. Yelah.. nak kerja, di offer pula berniaga. Kan lain tu?

“Ok En Fahdi. Kalau berniaga, berapa modal perlu ada?” Tanya beliau…

“RM2500 minimum!”

Saya selamba bagitahu. Sebab bagi saya, hanya orang yang benar-benar nak berubah boleh hadirkan jumlah sebanyak itu.

“Ok, esok saya bawak modal! Saya nak ubah hidup! Saya tak mahu dah hidup macam ni”.

Saya tergamam waktu itu. Saya anggap dia bergurau. Nak cari duit sebab tak ada duit. Tapi bila suruh keluar modal dia cakap ada pula?

“Saya akan usahakan. Saya tak ada sebanyak tu. Tapi saya ada impian yang saya nak capai. Kalau RM2500 aje, saya sanggup usaha!”

“Ok, kalau gitu, esok saya tunggu di pejabat. Jam 9 pagi esok kita jumpa. InsyaALLAH…”

Bersambung…..

Oh ya, Jom saya nak Berikan BONUS MISTERI kepada anda. KLIK SINI SEKARANG

p/s: Esok saya akan sambung cerita ini. Jadi tunggu ok? Saya akan cerita bagaimana Ali ‘transform’ diri beliau. Sekarang beliau dah ada perniagaan dan siap jadi produk owner lagi. Nak tahu? Reply email ini 🙂

อั่งเปาโจ๊กเกอร์ufabet

Isikan Maklumat Untuk Anda Hadir Ke Digital Business Award 2021 Ini

Sila Pastikan Maklumat Anda Adalah SAH & TEPAT

Dapatkan Sementara PERCUMA!

(Terhad Untuk 300 Orang Sahaja!)

Isikan maklumat SAH anda dibawah sekarang;