Kelmarin…
 
Sewaktu tiba waktu lunch, saya yang kelaparan cepat-cepat turun dari office untuk cari makanan.
 
Tepat jam 1 tengah hari, saya biarkan semua komputer, barang-barang di pejabat. Yang dibawa hanya wallet yang berisi RM50.
 
Perut yang seolah-olah menekan dan menjerit mahu disuap sesuatu menyebabkan saya jadi tidak tentu arah. Bukan main berkeroncong lagi.
 
Tiba di pintu bahagian bawah pejabat, saya toleh kiri dan kanan, lihat kereta lalu lalang… dan… soalan paling susah nak dijawab.
 
“Nak makan kat mana eh?” Disebelah pejabat saya di Kubang Kerian Kota Bharu ini ada 2 kedai makan tengah hari yang best. Satu tu Nasi Kukus Zaeman, satu lagi Nasi Kak Wook. Orang Kelantan terutama Kota Bharu mesti kenal 2 ‘brand’ nasi tengah hari ini.
 
Saya perlu buat keputusan segera.. Zaeman atau Kak Wook? Saya jenguk kedai Zaeman, penuh! Kebanyakkannya staff HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) makan tengah hari disitu.
 
“Ah! Tak ada tempat duduk pula” Kecewa, saya teruskan ke kedai Kak Wook yang jauhnya extra 50m dari Kedai Zaeman tadi. Orang ramai, tetapi masih ada kerusi kosong yang boleh saya duduk.Saya memesan sebungkus nasi dan air kosong dan makan sehingga kenyang.

 
====== SOALAN 1 : Sudah berapa kali saya makan di kedai Nasi Kak Wook =====                                                                             
 
Perniagaan yang menguntungkan adalah perniagaan yang mempunyai daya tahan untuk mengekalkan pelanggan sedia ada dan mencari pelanggan-pelanggan baru.
 
Seingat saya, Kedai Nasi Kak Wook baru sahaja dibuka berdekatan dengan pejabat saya. Jika tidak silap baru 2 bulan. Pun begitu, saya sudah menjadi salah seorang pelanggan tetapnya.
 
Kalau tak salah, saya sudah membeli hampir 10 bungkus keatas! Jika satu bungkus RM5, dari saya seorang, Kak Wook sudah ‘sedut’ hampir RM50. Jika Kak Wook boleh menjual 1000 bungkus sehari untuk 1 lokasi, (Kak Wook ada banyak lokasi termasuk di Kuala Lumpur), jualan sudah boleh mencecah RM5,000.
 
Dan paling best, majoritinya adalah belian ulangan. Pelanggan tetapnya adalah staff HUSM dan pejabat-pejabat disekelilingnya. Dan setiap yang datang, biasanya akan datang bersama dengan kawan. Mereka akan ‘rekeman’ kawan yang lain untuk makan di kedai tersebut.
 
============= SOALAN 2 : Bagaimana dengan bisnes anda? =============

Adakah anda boleh jadi seperti Kak Wook? Adakah anda boleh mengekalkan pelanggan setia membeli paling kurang pun sekali sebulan? Jika anda masih belum berjaya untuk membina pelanggan setia, perniagaan anda dalam bahaya!
 
Oh ya, Masih belum lagi dapatkan Bonus 3 Month Gathering. KLIK SINI untuk dapatkan bonus tersebut. Tiket PERCUMA untuk ke Kuasa Lonjakan Jualan.
 
>> KLIK SINI untuk Dapatkan Bonus Tiket Percuma.
 Cara yang paling berkesan untuk dapat pelanggan setia adalah dengan membina DATABASE!
Nak tahu cara nya? Saya akan Dedahkan Nanti. NANTIKAN!
 
 
อั่งเปาโจ๊กเกอร์ufabet

Isikan Maklumat Untuk Anda Hadir Ke Digital Business Award 2021 Ini

Sila Pastikan Maklumat Anda Adalah SAH & TEPAT

Dapatkan Sementara PERCUMA!

(Terhad Untuk 300 Orang Sahaja!)

Isikan maklumat SAH anda dibawah sekarang;