Dah Ada Jualan RM30,000 Keatas Sebulan? Macam Mana Nak Tambah Lagi?

(Amaran: Jika jualan anda belum capai RM30,000 sebulan, jangan ikut strategi ini bulat-bulat, strategi ini mungkin tak sesuai untuk anda dan akan memakan diri dan bisnes yang anda jalankan. KLIK DISINI untuk ketahui strategi yang lebih sesuai untuk anda.)

Baiklah.. Jom kita teruskan.

Mencapai jualan RM30,000 sebulan mungkin adalah sesuatu yang biasa kita dengar dalam dunia keusahawanan. Tapi, walaupun normal, ianya juga boleh dikatakan satu tanda aras yang boleh mengubah bisnes seorang usahawan.

Angka ini menunjukkan yang kemungkinan besar, anda dah bersedia, dah serius, dah sebati dengan dunia bisnes dan berpotensi untuk kembangkan bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi.

Demand terhadap bisnes anda dah mula ada, pelanggan pun dah mula kenal jenama anda, dan mungkin juga anda dah ada dua atau lebih ahli dalam team anda.

Tetapi, untuk capai ke satu tahap yang baru bukanlah sesuatu yang mudah. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh usahawan ditahap ini adalah mereka terlalu selesa dengan ilmu dan strategi lama, dan terlalu yakin strategi yang telah mereka gunakan untuk sampai ketahap itu boleh bertahan selama-lamanya.

Menurut pengalaman kami berurusan dengan ribuan usahawan, kami dapati antara punca terbesar dan paling “common” yang menyebabkan mereka “stuck” di tahap ini adalah kerana mereka tak ada sistem yang ampuh untuk tingkatkan jualan.

Tanpa sistem yang jelas, ini menyebabkan jualan bisnes mereka terumbang-ambing dan boleh dikatakan ikut nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Jadi kami nak kongsikan kepada anda satu formula yang kami dah kongsikan kepada usahawan ditahap ini, dan kebanyakan dari mereka berjaya memecah jualan 6 ke 7 angka sebulan hanya dengan ikut formula simple ini.

Formula ini kami namakan A + B + C.

A = Jualan Baru

B = Tambah Nilai / Harga barang

C = Repeat order

Komponen A – Jualan Baru

Tak dapat dinafikan lagi, mencari pelanggan baru adalah penting untuk kelangsungan dan perkembangan bisnes anda.

Tetapi kesilapan yang ramai usahawan lakukan adalah mereka terlalu fokus untuk cari pelanggan baru, sehingga mereka tak ada strategi langsung untuk mendapatkan jualan dari pelanggan sedia ada.

Jadi, teruskan membaca untuk strategi “perah duit” pelanggan sedia ada anda.

Komponen B – Repeat order

Kos untuk mendapatkan seorang pelanggan semakin meningkat dari hari ke hari. Kalau anda hanya buat marketing untuk cari pelanggan baru sahaja, kos marketing anda akan jadi makin mahal, dan untung anda makin lama akan makin nipis!

Jadi, anda kena ada sistem untuk memastikan pelanggan anda bukan sahaja membeli sekali dari anda, tapi mereka membeli berulang-ulang kali.

Matematiknya mudah. Setiap kali pelanggan membeli dari anda, semakin kurang kos marketing yang anda laburkan, semakin bertambah sales, dan semakin tebal keuntungan anda.

Komponen C – Tambah nilai / harga barang

Tambah nilai barang adalah antara cara yang setiap usahawan wajib buat untuk meningkatkan jualan mereka.

Jika anda menjual produk komoditi, anda tak boleh naikkan harga barang sesuka hati, sebab anda bersaing dengan banyak lagi jenama lain. Dah tentu pelanggan pun akan cari produk yang paling murah!

Tapi apa yang anda boleh buat adalah tingkatkan nilai produk atau servis yang anda buat.

Contohnya, anda boleh buat packaging yang unik dan eksklusif, atau kenalkan inovasi terbaru, atau gabungkan dengan produk lain menjadi satu set.

Gunakan kreativiti anda untuk tingkatkan nilai produk atau servis anda, dan InshaAllah jenama anda akan menang dipasaran dan jualan anda akan meningkat berganda-ganda.

KESIMPULAN

Ini adalah apa yang and

Mulai sekarang, anda boleh fikirkan macam mana untuk anda tekankan 3 aspek ini untuk tingkatkan jualan anda.

อั่งเปาโจ๊กเกอร์ufabet

Isikan Maklumat Untuk Anda Hadir Ke Digital Business Award 2021 Ini

Sila Pastikan Maklumat Anda Adalah SAH & TEPAT

Dapatkan Sementara PERCUMA!

(Terhad Untuk 300 Orang Sahaja!)

Isikan maklumat SAH anda dibawah sekarang;