Cara Hasilkan Copywriting Power Yang Buat Pelanggan Terpukau!

Ultimate_copywriting_guide_FI

KENAPA PERLU COPYWRITING YANG POWER UNTUK BISNES ANDA?

.

.

Copywriting yang power akan menjadi satu ‘alat bantuan’ yang sangat bagus untuk bisnes anda. Disini kami kongsikan kenapa anda sangat-sangat perlukan copywriting yang POWER untuk bisnes anda.

Nanti dah faham, anda boleh terus apply dalam posting anda ye…

Tapi, majoriti dari kita mesti masih buntu untuk hasilkan copywriting kan?

Ini boleh jadi kerana anda tidak tahu struktur dalam membina copywriting yang berkesan. Kami dah buat kajian sebelum ini, dan anda tidak perlu pening-pening lagi nak pikir apa struktur yang terbukti.

Biasanya audience tidak akan ALERT dengan copywriting anda disebabkan oleh struktur copywriting yang berterabur! Dan kemungkinan audience tidak RESPON adalah kerana anda tidak menjaga elemen ini.

Jika semua struktur dimasukkan dengan betul ke dalam copywriting anda, pasti akan wujud WOW FACTOR! Faktor inilah yang akan menyebabkan audience tertarik untuk membaca keseluruhan ayat iklan anda sehingga habis.

Kalau perasan, inilah teknik copywriting yang kami gunakan untuk sebarang iklan seminar FunnelEvo.

Paling best, copywriting yang strukturnya MENARIK akan buatkan audience mudah untuk membaca dan memahami mesej yang ingin disampaikan.

SELAMAT MENONTON VIDEO DIBAWAH INI ;

Sekarang anda dah tahu macam mana nak rangka copywriting anda?

Biasanya, selepas kita dah siapakan copywriting untuk sesuatu posting, kita akan jalankan kempen pemasaran di Facebook dan Google. Ada yang guna kaedah berbayar, dan ada juga yang post di personal profile sahaja.

Cumanya, cuba semak dan jawab soalan-soalan ini dahulu sebelum anda post ;

  1. Adakah copywriting iklan anda dah cukup power untuk menarik minat audience dan buatkan mereka membaca sehingga habis?
  2. Adakah copywriting iklan anda, mempunyai elemen-elemen EMOSI yang mampu memukau audience untuk terus bertindak?
  3. Adakah anda menggunakan struktur copywriting iklan yang meyakinkan dan berkesan?

Kenapa saya minta anda jawab soalan diatas ini?

.

Anda WAJIB ingat! Bukan anda seorang sahaja yang menjalankan iklan di Facebook atau Google. Jadi macam mana anda nak bersaing dengan peniaga lain dan memastikan audience yang melihat iklan anda akan berhenti dan membaca copywriting iklan anda sehingga habis?

Artikel ini adalah jawapannya..

Ia akan membantu anda memahami bagaimana cara untuk anda menghasilkan copywriting yang dapat memukau audience anda!

1. HEADLINE

good headline

Headline selalu disebut sebagai “MAIN ATTRACTION” untuk sesebuah iklan. Headline merupakan perkara yang paling penting kerana ia merupakan perkara pertama yang audience akan nampak. Dan disinilah bermulanya penilaian audience sama ada mereka mahu terus membaca atau tidak.

“Headline yang berkesan adalah ianya TEPAT ditujukan kepada pelanggan sasaran. Ia akan membuatkan audience yang betul-betul ada masalah saja akan berikan respon kerana mereka nak tahu @ nak dapatkan penyelesaian kepada masalah mereka”

NAK BUAT HEADLINE NI, SUSAH KE?

Sebagai contoh, kita ambil satu produk yang menjual produk kecantikan wajah. Anda hanya perlu tanya dua jenis soalan ini sahaja ;

1. Siapa yang nak cantik? (kepada siapa)
===
Biasanya, majoriti yang nak nampak cantik ni adalah kaum perempuan. Kaum lelaki yang meminati dan memberi perhatian kepada penjagaan wajah ini amatlah sedikit berbanding kaum hawa.

2. Siapa pula yang nak sangat dan perlu nampak cantik? (siapa yang terdesak)
===
Perempuan yang berkerjaya selalunya akan jumpa ramai orang dan malu kalau muka mereka tidak cantik. Sebabnya ia akan memberi kesan kepada mereka. Mereka ini malu kerana wajah mereka berjerawat dan berjeragat.

Antara kerjaya wanita yang memerlukan mereka sentiasa tampil dengan wajah yang cantik dan berseri adalah mereka yang sentiasa berinteraksi dengan orang lain, seperti contoh ;
– Jurujual
– Pramugari
– Cikgu
– Setiausaha
– Jururawat

Jadi ini adalah contoh headline yang anda boleh hasilkan:

1. KEPADA CIKGU-CIKGU WANITA YANG NAK NAMPAK CANTIK, WAJIB CUBA!

2. SETIAUSAHA YANG CANTIK BIASANYA MUDAH NAIK PANGKAT!

Ini pula adalah 4 tips tambahan “Bagaimana anda boleh menulis headline yang betul-betul menarik minat audience dan memukau mereka..”

Selepas anda dah hasilkan headline bagi copywriting iklan anda, semak semula untuk mendapatkan hasil yang terbaik ;

1. Pelanggan : Adakah tajuk anda mempunyai kaitan dengan pelanggan sasaran anda, ataupun adakah anda menggunakan bahasa prospek anda?

2. Emosi : Adakah anda memasukkan elemen emosi yang tepat untuk mengekspresikan sesuatu topik dan penggunaan kosa kata yang membuatkan audience berasa dekat dengan diri dan situasi mereka?

3. Daya tarikan : Mampukah iklan anda menarik minat audience untuk berhenti dan timbulkan keinginan untuk membaca dengan hanya membaca headline tersebut?.

4. Momentum : Adakah headline anda akan membuatkan audience anda merasa ingin tahu lebih lanjut tentang cerita ataupun fakta yang bakal di sampaikan?

2. SUB-HEADLINE

sub headline

Sub-headline ataupun dipanggil “mini-headline” adalah tajuk kecil, yang merupakan perkara kedua yang penting dalam iklan.

Ianya merupakan satu elemen tambahan untuk mengukuhkan headline. Sudah semestinya, jika kita meletakkan diri kita sebagai audience, kita ingin melihat apakah ISI KANDUNGAN iklan tersebut dari skop yang yang lebih ringkas.

Tetapi, ada juga sesetengah usahawan yang memilih untuk tidak meletakkan sub-headline pada permulaan iklan untuk membuatkan audience tertanya-tanya apakah yang ingin mereka sampaikan dan ‘memaksa’ audience membaca keseluruhan iklan tersebut..

Jom kita gunakan contoh supaya anda nampak dengan lebih jelas.

KEPADA CIKGU-CIKGU WANITA YANG NAK NAMPAK CANTIK, WAJIB CUBA! 

HAMPIR RATUSAN CIKGU PANTAI TIMUR TELAH BERUBAH DAN NAMPAK MAKIN COMEY LOTEY! TERUSKAN MEMBACA, JIKA ANDA CIKGU YANG INGIN TAMPIL CANTIK & DIPUJI & DISUKAI ANAK MURID.(Sub-Headline)

Terpulang kepada anda, untuk memasukkan elemen ini ataupun tidak. Jika anda memilih untuk membuat sub-headline, perkara yang perlu ditanya dan dikaji adalah ;

1. Kaitan: Adakah subheadline anda berkait dengan headline sebelum itu?

2. Skop: Adakah subheadline anda memberikan gambaran dan skop yang lebih kecil bagi memudahkan audience menilai?

3. Nilai tambah: Adakah subheadline anda menguatkan lagi salah satu point utama dalam headline sebelum itu?

4. Tekanan: Adakah subheadline anda memberikan GESAAN kepada audience untuk meneruskan pembacaan?

3. INTRODUCTION

intro3

Bagaimana untuk menghasilkan introduction ataupun perenggan pengenalan iklan yang power dan mampu memukau audience?

JANGAN RUNSING!

KAMI ADA PANDUAN 8 JENIS INTRO YANG POWERFUL YANG ANDA BOLEH GUNAKAN !

Sebagai contoh kali ini, kita gunakan intro jenis testimoni :

KEPADA CIKGU WANITA YANG NAK NAMPAK CANTIK, WAJIB CUBA! 

HAMPIR RATUSAN CIKGU PANTAI TIMUR TELAH BERUBAH DAN NAMPAK MAKIN COMEY LOTEY! TERUSKAN MEMBACA JIKA ANDA CIKGU YANG INGIN TAMPIL CANTIK & DIPUJI & DISUKAI ANAK MURID.

“Dalam masa beberapa bulan lepas saya cuba amalkan XXXX, Alhamdulillah muka sekarang dah banyak berubah, makin comey lotey!. Kawan-kawan puji dan anak murid pun siap tegur lagi, cikgu ni makin cantik la.. Macam tak percaya je.” – CIkgu Siti, SMK Kota Tinggi, Johor.(Intro jenis testimoni)

Sebolehnya, jika ingin gunakan intro jenis testimoni, letakkan tiga atau empat testimoni yang berbeza yang menonjolkan hasil yang mampu memberi inspirasi kepada audience yang membacanya.

Jika anda sudah berjaya hasilkan intro, tugas anda sekarang adalah untuk buatkannya kelihatan kemas dan menarik.. Sila double check ;

1. Struktur Pembinaan : Adakah struktur pengenalan ayat anda menaikkan emosi dan energy audience serta mengekalkan momentum yang telah digambarkan dalam headline dan subheadline anda?

2. Aliran: Adakah aliran dan susunan ayat anda pada pengenalan lancar, dan mudah dibaca serta difahami?

3. Rangka: Bina perenggan pertama kemudian kembangkan ia kepada isi penting yang disebut dalam headline dan juga subheadline.

4. F.A.B (CIRI-CIRI & KELEBIHAN & MANFAAT)

Kenapa TARGET AUDIENCE anda perlu membeli produk/servis yang ditawarkan oleh anda daripada membeli dengan PESAING (usahawan) anda yang lain?

Soalan ini boleh diselesaikan dengan adanya nilai manfaat.

Nilai atau manfaat yang anda berikan kepada bakal pelanggan haruslah bertepatan dan mencapai keinginan serta kemampuan mereka. Ia juga haruslah jelas dan mudah difahami oleh mereka.

Setelah anda dah menerangkan nilai yang anda tawarkan di dalam iklan tersebut, ini adalah soalan yang perlu diajukan kepada diri anda sendiri ;

1. Jelas : Adakah nilai yang disebutkan jelas dan mudah difahami oleh audience?

2. Wajar : Adakah nilai itu realistik dengan kata-kata yang boleh menarik minat audience?

3. Unik : Adakah manfaat itu unik dan boleh dibezakan sekiranya dibandingkan dengan tawaran orang lain?

4. Pasaran sasaran : Adakah nilai yang ditawarkan mempunyai keserasian dengan audience sasaran anda dan mengambil kira kemampuan mereka?

5. Simple : Adakah nilai anda simple tetapi padat dengan informasi dan mudah difahami serta mudah untuk diingati audience?

6. Kuantiti : Adakah nilai manfaat anda disokong oleh sekurang kurangnya satu data / fakta yang berkaitan?

5. OFFER

Special-Offer copywriting

Sekarang kita sudah hampir sampai ke penghujung struktur iklan. Jadi, anda perlu hasilkan satu SEBAB untuk menarik minat prospek supaya bertindak segera untuk mendapatkan barangan atau servis yang anda iklankan itu.

Cuba lihat sama ada, anda ada menyediakan OFFER yang sukar ditolak atau tidak?

1. Single : Adakah jenis OFFER yang boleh diambil audience? Adakah hanya 1 option sahaja?

2. Janji : Adakah anda menjanjikan sesuatu sekiranya audience mengambil tindakan segera untuk mendapatkan barang atau servis tersebut?

3. Trial : Adakah anda menawarkan satu item atau satu kali percubaan kepada audience bagi mengelakkan mereka berasa tidak yakin untuk mencuba produk/servis yang sebenar?

4, Jaminan : Adakah anda menyediakan sebarang jaminan kepada audience anda untuk mengelakkan mereka berasa tidak selamat dengan produk ataupun servis anda?

5. Terhad : Adakah offer anda menggunakan teknik untuk memujuk pelanggan mendapatkan produk atau servis anda dalam masa yang terhad, supaya mereka tidak mengambil masa yang lama untuk bertindak?

6. CALL TO ACTION (CTA) UNTUK BERTINDAK

call-to-action copywriting

Elemen yang terakhir ini, adalah MEMINTA AUDIENCE ANDA UNTUK BERTINDAK!

Jika anda tidak meletakkan CTA dalam ayat copywriting anda, iklan anda itu adalah sia-sia! Dan amatlah penting, untuk anda kenalpasti tujuan CTA anda.

Adakah anda mahu mereka komen untuk tingkatkan engagement, ataupun anda mahu mereka terus ke link website anda?

Antara contoh CTA yang biasa digunakan ;

1. PM

2. Whatsapp
3. Komen
4. Link Website

Sebab itu pentingnya audience perlu tahu dengan jelas apakah arahan dan tindakan yang mereka perlu ambil..

4 Startegi CTA Paling Efektif

1. Kena Jelas

Tugas anda adalah memudahkan audience membuat keputusan. Jangan sukarkan audience dengan memberi banyak arahan sekaligus dalam satu copywriting.

Contoh ;

Komen “YES PROMO” dan sila share posting ini.. atau anda juga boleh whastapp saya di no 013.XXXXXX.

Bila audience sukar membuat pilihan mereka akan stress dan akhirnya niat mereka untuk mengambil tindakan akan terbantut.

2. Mudah & Simple

Jangan buat CTA yang terlampau panjang dan melalut. Hal ini akan membuatkan audience rasa serabut. CTA yang bagus adalah arahan yang ringkas semudah 1 baris sahaja. Bila nak bagi orang baca mudah jaga space, jaga perenggan supaya arahan anda dapat difokuskan

Contoh ;

Taip “YES OHSEM” ke 013XXXX

atau

Komen “PM” dan kami akan berikan details.

3. Letak di bahagian format yang betul

Jangan sesuka hati meletakkan CTA dibahagian yang anda suka. Menurut kajian, respon rate akan sedikit meningkat diantara 2-5% jika diletakkan CTA pada awal selepas testimoni dan diakhir bahagian copywriting.

4. Gabungkan CTA dengan Offer

CTA + Offer dalam bentuk :

1. PROMOSI
2. URGENCY
3. SCARCITY

Contoh ;

Harga asal Produk (Nama Produk ) adalah RM300, tapi harini ada tawaran has untuk anda.

Lepas tu masukkan CTA

Yang nak tawaran ini komen “ NAK “ dibahagian ruangan bawah.
Kami nak bagi RM150 sahaja, bukan semua orang dapat hanya open kepada 15 orang terawal sahaja. Lepas 72jam offer ni akan ditarik balik. Anda tak akan dapat lagi OFFER ni dari kami.

So far macam mana.? Sudah boleh hasilkan copywriting yang memukau?

kesimpulan -copywriting

Didalam artikel Cara Hasilkan Copywriting Power Yang Buat Pelanggan Terpukau ini, anda telah belajar dengan lanjut dan jelas cara untuk hasilkan copywriting yang berkualiti dan mampu membuatkan bakal pelanggan anda terpukau!

Anda juga dah jelas bahawa copywriting perlu ada struktur seperti dibawah ;

1. STRUKTUR HEADLINE

2. STRUKTUR SUB-HEADLINE

3. STRUKTUR INTRO

4. STRUKTUR FAB

5. STRUKTUR TAWARAN SUKAR DITOLAK

6. STRUKTUR ARAHAN UNTUK BERTINDAK (CTA)

Sekiranya anda berminat untuk belajar lebih banyak lagi tentang copywriting dalam Integrated Online Marketing menggunakan Facebook, Messenger, Google, Website, Email dan Database, jemput hadir ke seminar anjuran FunnelEvo.

–> KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT

Terima kasih. Jangan lupa SHARE ye!

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

23 thoughts on “Cara Hasilkan Copywriting Power Yang Buat Pelanggan Terpukau!”

  1. Allahu..Sangat-sangat best membaca cara hasilkan copywriting yg power dari tuan Fahdi Ghazali..Sangat-sangat manfaat..Saya akan teruskan membaca tips yg lain pula dari tuan.. Terima kasih tuan krn sudi berikan ilmu yg sangat2 berharga ini.. inshaaAllah saya akan menggunakannya sebaik yg mungkin..

  2. Alhamdulillah , Barulah tahu macam mne nk buat copywriting yg lengkap dan kemas. Kalau tidak , Berterabut CTA , OFFER dan F.A.B?

  3. Terima kasih cikgu kerana share ilmu yg sngt bermanfaat bg kami yg buat bisnes.Segala tunjuk ajar akn kami praktis.Doakn semoga sale kami senantiasa melimpah -ruah.Semoga Allah membalas kebaikn cikgu.Aamiin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Scroll to Top