Mari Kita Mulakan Dengan Ambil Tahu Apa Content Marketing?

Dan Betul Ke?

Ia Mampu Dan Boleh Membantu Meningkatkan Jualan Bisnes Anda!

 

content-marketing gambar

Definisi content marketing

 

Dalam dunia internet bisnes, kita sering mendengar istilah content marketing ini. Tidak dapat dinafikan lagi, content yang memberi banyak manfaat adalah tunjang kepada marketing untuk bisnes zaman ini. 

 

Menurut Content Marketing Institute :

Content marketing adalah teknik pemasaran yang dilakukan dengan cara membuat dan memberi content yang bermanfaat, relevan dan konsisten untuk memberi nilai kepada bakal audien dengan tujuan untuk memujuk audien melakukan tindakan yang memberi pulangan keuntungan kepada perniagaan pada jangka panjang.

 

Menurut Seth Godin pula, pakar pemasaran terkenal US

Content marketing adalah satu-satunya marketing yang tinggal zaman ini.

 

Bahkan, usahawan yang terkenal satu dunia menyatakan :

Content is King – Bill Gates (1/3/1996)

 

Jadi sudah terang dah bersuluh apa itu content marketing. Selain itu, salah satu sebab yang kukuh kenapa setiap bisnes perlukan content marketing adalah kerana google sukakan website, blog atau media sosial yang mempunyai content yang banyak dan releven dengan carian di google.

 

Disebabkan hampir 70 peratus orang mencari sesuatu menggunakan platform google. Jadi, amatlah penting untuk bisnes kita wujud dan muncul dihalaman utama di google.  Jika pelanggan sukar mencari maklumat kita, seolah olah bisnes kita tidak wujud.

 

Kajian Kes 1

 

Sebagai contoh, jika kita ingin mendapatkan servis membaiki peti ais. Jika kita akan masukkan keyword “servis mencari peti ais”. Google akan index halaman website atau mana-mana carian sosial yang mempunyai paling banyak content  yang yang relevan dan paling hampir kepada penggunanya.

 

content marketing- peti ais

Gambar Rajah 1- Mencari servis peti ais

 

Apa yang akan keluar adalah dihalaman utama adalah senarai carian yang paling relevan kepada penggunanya.  Dalam kes ini, page Facebook ini mendapat carian paling relevan berdasarkan google. Banyak maklumat yang dikongsi di laman sosial itu dan banyak “engagement” yang terjadi disana menyebabkan google suka dan meletakkannya diatas sekali.

 

Google merasakan, halaman sosial Facebook page ini sangat relevan dengan penggunanya. jadi google meletakkannya di halaman paling atas walaupon tidak menggunakan servis berbayar (Google adwords).

content marketing peti ais

Gambar Rajah 2- Carian utama di google

 

Ini adalah contoh yang paling mudah, untuk anda nampak kesan besar penggunaan content marketing yang betuk kepada bisnes anda.

 

Kajian Kes 2

 

Mari kita lihat, contoh lain yang berada dihalaman utama google disebabkan, penggunaan content marketing yang relevan dan berkesan kepada audien mereka.

 

Dibawah ini, adalah gambar rajah, pelanggan yang mencari “cara nak kurus”. Page sirap limau berada pada halaman utama yang paling atas disebabkan, dihalaman website mereka mempunyai content yang sangat relevan kepada pencarinya.

cara nak kurus

 

 

Artikel berkenaan “10 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!” ini mendapat 698 shares. Ini menunjukkan content ini disukai oleh mereka yang mencari maklumat ini. Pelanggan tidak teragak-agak untuk berkongsi artikel atau apa sahaja content yang bermanfaat kepada mereka atau kepada rakan mereka.

 

cara nak kurus disebabkan content marketing

Gambar rajah 5- Cara nak kurus disebabkan content marketing

 

Penggunaan content marketing tidak terhad kepada maklumat di online sahaja. Apa sahaja boleh dijadikan tool untuk memberi maklumat kepada bakal prospek kita.

 

Jika melihat kepada contoh diatas, pastinya banyak kesan positif content marketing  kepada bisnes betul? Mari kita lihat dengan lebih terperinci.

 business-impact

 Kesan Positif Content Marketing Kepada Jualan Bisnes ?

 

1.Anda Mendapat Trafik Berkualiti Yang Tinggi

Trafik berkualiti adalah sesuatu yang sangat penting dalam menghasilkan sales funnel. Lebih banyak trafik berkualiti yang anda mampu tapis, lebih mudah untuk anda membuat closing.  Bahkan, peratusan mereka yang membeli akan semakin tinggi disebabkan mereka ini adalah orang yang mencari servis dan perkhidmatan anda.

 

Trafik boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Sama ada dalam bentuk berbayar atau tidak berbayar. Dengan perkongsian maklumat-maklumat menggunakan strategi content marketing begini, anda sebenarnya boleh mendapat trafik secara percuma dengan banyak. Sekaligus, menjimatkan kos pemasaran anda berkali-kali ganda.

 

2.  Brand Anda Semakin Dikenali

Disebabkan ramai orang mendapat pendedahan kepada kewujudan servis anda. Brand anda akan lebih mudah dikenali berbanding pesaing yang tidak muncul di halaman utama google. Bila brand anda dikenali, yang paling menarik adalah, mereka akan lebih mudah percaya semasa berurusan dan melakukan transaksi pembelian.

 

Jika isu trust ini dapat dikurangkan, makanya anda akan akan melihat, pertambahan pelanggan yang sangat banyak. Mereka akan menghubungi untuk mendapatkan servis atau produk anda. Salah satu caranya adalah dengan penggunaan strategi content marketing begini. “Keyword” penting disini adalah kongsi maklumat relevan yang memberi manafaat kepada bakal prospek anda.

 

3. Anda Akan Diiktiraf Sebagai Pakar Industri &  Berautoriti

Ini adalah keadaan dimana, pelanggan selesa berurusan dengan anda kerana menganggap anda  adalah pakar di pasaran. Sudah tentu, pakar akan dibayar lebih tinggi dan mahal. Pada ketika ini juga, jika anda mengenakan charge yang mahal sekalipon, mereka tidak akan membuat aduan disebabkan mereka menganggap anda  adalah autoriti yang pakar di pasaran.

 

Apa yang menariknya lagi, apabila menjadi pakar dipasaran. Anda mudah mendapat “influencer” berdamping dengan anda. Mereka-mereka ini , kebiasaannya mempunyai kenalan atau networking yang mampu memberikan “extra advantage” seperti, mudah mendapat kos membuat produk yang murah berbanding pesaing yang baru dipasaran.

 

Menarik bukan? Sebab itu, salah satu cara yang paling mudah untuk menjadi autoriti atau pakar dalam bidang anda,  dengan berkongsi maklumat yang relevan dan bermanaaf kepada bakal prospek anda.

 

4. Kos Iklan Bisnes Anda Dapat Dikurangkan.

Didalam sesuatu bisnes, kos pemasaran iklan sangatlah tinggi. Disebabkan itu, jika kita mampu memberi content yang menarik. Dan content yang diberikan itu juga mampu menyelesaikan masalah mereka. Mereka tidak akan teragak-agak untuk menghubungi kita untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Secara tidak langsung, kos iklan mencari murah disebabkan mereka ini merasakan content yang kita berikan bermanfaat, mereka akan melakukan Word Of Mouth Marketing(WOMM) kepada keluarga dan juga rakan-rakan mereka .

 

Kuasa pemasaran WOMM ini sebenarnya sangat berkesan dan mampu menghasilkan “impression” yang sangat baik kepada brand dan penjualan bisnes kita. Jika kita sendiri yang meminta pelanggan kita untuk memberikan referral kepada bisnes kita, kadang-kadang kita terpaksa memberikan sesuatu sebagai tukaran untuk mendapatkan  database bakal prospek.

 

Namun, dengan penggunaan content marketing yang menarik, relevan dan yang paling penting bermanafaat kepada pembacanya akan membuatkan mereka ini “willing sharing” secara automatik untuk bisnes kita. tanpa paksaan. Ini adalah sangat luarbiasa kepada bisnes.

 

 

Didalam artikel Content Marketing Mampu SkyRoketkan Sales Sehingga 370% -Part 1 ini, anda telah mengetahui serba sedikit dan mendapat gambaran pentingnya apa itu content marketing dan kepentingannya kepada bisnes anda.

 

Anda juga sudah jelas, mengenai kesan positif dan impak kepada jualan bisnes anda secara tidak langsung. Antaranya adalah:

  • Anda Mendapat Trafik Berkualiti Yang Tinggi
  • Brand Anda Semakin Dikenali
  • Anda Akan Diiktiraf Sebagai Pakar Industri &  Berautoriti
  • Kos Iklan Bisnes Anda Dapat Dikurangkan.

 

Diharapkan, bisnes anda akan jauh lebih maju dengan penggunaan content marketing ini. Jika anda ada sudah laksanakan dan menghadapai kesukaran dan masalah. Apa yang anda lakukan. Jangan  lupa kongsikan disini.

 

Sambung baca : Content Marketing Mampu SkyRoketkan Sales Sehingga 370% -Part 2