Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

7 Strategi Iklan Facebook Yang Mampu BOOSTKAN Keuntungan!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Sekiranya anda ingin mengetahui cara untuk meningkatkan hasil kempen pengiklanan di Facebook anda dengan cepat, tahniah! Anda berada di tempat yang betul!

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan kepada anda ‘7 STRATEGI IKLAN FACEBOOK YANG MAMPU “BOOST”KAN KEUNTUNGAN’ dengan mudah dan berkesan dalam masa yang singkat!

Macam best kan?

Ok, jangan tunggu lagi..

Jom kita tengok dan mulakan apa strategi-strategi iklan Facebook tersebut!

 

1. LAKUKAN SPLIT TEST PADA GAMBAR

Jika anda ingin mengurangkan kos iklan Facebook anda, adalah penting untuk anda mencari dan menggunakan gambar yang tepat untuk memukau audience anda.

Ini adalah ujian mudah yang anda boleh lakukan dalam masa yang singkat.

Anda buat 2 iklan yang sama tapi menggunakan 2 imej yang berbeza.

Copywriting juga haruslah sama.

Apabila anda jalan ujian begini, algoritma Facebook akan memilih dan memberikan keputusan iklan yang menggunakan gambar yang mana satu lebih berkesan.

  

 

2) LAKUKAN SPLIT TEST PADA BUTANG CTA (Call To Action)

Kadang-kadang butang CTA (Call To Action) yang hebat dapat meningkatkan conversion sehingga 10 – 15% pada iklan Facebook anda.

Anda boleh membuat ujian yang mudah dan berkesan dengan membandingkan dua iklan yang sama, yang berbeza hanya dari segi butang CTA untuk audience bertindak, untuk mengenal pasti mana satu yang terbaik.

      

 

3) GUNAKAN “CONTENT MARKETING” UNTUK ENGAGE DENGAN AUDIENCE

Bergantung kepada content yang anda sajikan, pastikan content anda memberi maklumat yang bermanfaat, supaya anda boleh menarik lebih perhatian audience untuk ber ‘engage’ dengan posting anda di Facebook atau juga webiste dan blog.

Untuk ianya sampai kepada lebih banyak orang, anda boleh memberikan maklumat dari sudut yang sedikit berbeza setiap kali anda hasilkan content. Sebagai contoh, jika anda menjual produk kurus, anda boleh hasilkan content untuk berkongsi “Tips Permakanan Untuk Diet Sihat”, kemudian untuk kali kedua, anda boleh pula hasilkan content yang sedikit berlainan seperti “10 Cara Workout Mudah Untuk Bakar Lemak”.

Ia membolehkan anda untuk menarik pelbagai jenis audience yang berbeza, tetapi masih dalam niche yang sama iaitu ‘kurus’.

 

4) GUNAKAN FUNGSI “LOOKALIKE AUDIENCE

Facebook ada menyediakan fungsi untuk anda menghasilkan audience secara automatik yang akan mencari orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan target audience anda yang sedia ada.

Ini adalah cara yang sangat mudah dan cepat untuk anda mencapai lebih ramai audience di Facebook dalam masa yang singkat.

Jika iklan anda masih tidak cukup berkesan, cuba gunakan “lookalike audience” yang berbeza dan lihat iklan mana yang lebih memberikan hasil.

Untuk menghasilkan “Lookalike Audience”, anda perlu ke bahagian ;

  1. Audience di dalam Ads Manager anda
  2. Kemudian pilih “Create Audience
  3. Dan akhir sekali pilih “Lookalike Audience

5) GUNAKAN FUNGSI “RETARGETTING” VIDEO

Data menunjukkan ramai pengguna Facebook sekarang lebih suka menonton video-video yang dipaparkan di Facebook.

Dan untuk itu, Facebook baru-baru ini mengeluarkan satu ciri yang membolehkan anda hasilkan audience tertentu atau lebih dikenali sebagai “Custom Audience” berdasarkan durasi atau situasi orang yang dah melihat iklan video anda.

Anda wajib cuba fungsi ini. Hasilnya pasti akan menguntungkan anda!

 

6) GUNA IKLAN FACEBOOK CANVAS

Facebook Canvas adalah satu ciri yang digunakan secara meluas oleh pengiklan Facebook yang profesional.

Ciri ini membolehkan anda mengurangkan kos pengiklanan secara mendadak.

Facebook Canvas adalah satu ciri yang mana anda boleh hasilkan iklan ala-ala “minisite” untuk iklan anda di Facebook.

Klik disini untuk belajar lebih lanjut tentang Facebook Canvas ini.

 

7) GUNAKAN FACEBOOK PIXEL

Facebook Pixel adalah satu fungsi yang hebat untuk meningkatkan keberkesanan hasil iklan Facebook anda.

Facebook Pixel membolehkan anda target kembali sesiapa sahaja yang pernah masuk ke website atau blog anda, dengan cara hasilkan “Custom Audience”.

Anda pernah melayari website seperti Lazada atau Booking.com? Anda mesti perasan, selepas anda keluar dari website mereka, kemudian anda buka Facebook, dan tiba-tiba keluar iklan dari pihak mereka yang memaparkan item yang sama seperti anda cari atau lihat di website mereka sebentar tadi.. Betul?

Untuk makluman, itu lah fungsi Facebook Pixel yang mereka telah gunakan.

 

KESIMPULAN

Di dalam dunia pemasaran secara digital atau online ini, sememangnya ada bermacam-macam strategi yang anda boleh apply dalam bisnes anda. Berkesan atau tidak, itu bakal terjawab sekiranya anda berani dan juga bijak untuk bertindak melakukan nya.

Oh ya, diharap perkongsian 7 strategi iklan Facebook dalam artikel di atas bermanfaat untuk anda.

Tapi, jika anda berminat untuk tahu lebih banyak lagi tentang strategi Integrated Online Marketing yang menggabungkan Facebook dengan medium pemasaran lain seperti Messenger, Google, Website & Email, anda boleh hadir dan belajar di seminar yang pihak kami anjurkan. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT.

Semoga ada rezeki untuk kita jumpa di sana nanti. =)

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!