Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

5 Prinsip Jualan Yang Ramai Usahawan Terlepas Pandang!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

 

Setiap hari, makin ramai usahawan stress. Mana taknya, makin lama makin susah pula nak close sales. Marketing online dah buat, pelanggan dah mula masuk tapi susah betul nak minta diorang ni serahkan duit pada kita.

 

Adakah anda salah seorang yang menghadapi situasi begitu?

Whatsapp kita pelanggan tak reply, call pula tak tahu nak cakap apa? Aduh buntunya!

 

Kita perlu faham bahawa jualan adalah satu usaha untuk menukar prospek kepada pelanggan.

 

Jualan (sales) sangat berkait dengan komunikasi yang berkesan dan hubungan yang baik dengan pelanggan. Jadi hari ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 prinsip jualan macam mana nak close sales dengan pelanggan anda, InsyaAllah jualan akan berlaku dengan baik.

Nak tahu, teruskan membaca ya… 

5 prinsip menjual yang perlu anda kuasai untuk tingkatkan sales adalah seperti berikut :

 

1. Sikap yang Betul

 

Jangan hanya fokus kepada duit. Duit adalah motivasi kering yang tidak menjadikan seorang usahawan itu berdaya saing. Fokuskan diri kepada sikap  Suka Membantu. Membantu menyelesaikan masalah pelanggan. Pelanggan sanggup bayar berapa sahaja harga janji produk atau servis itu menyelesaikan masalah mereka. Percayalah!

 

Contoh 1

Produk: Sabun Muka Organik

Sikap yang betul: Ingin membantu wanita dapatkan kulit muka yang sihat dan selamat dari bahan kimia berbahaya.

 

Contoh 2

Servis: Kedai Basuh Kereta

Sikap yang betul: Ingin membantu mereka yang tiada masa nak bersihkan kereta sendiri tapi sukakan kebersihan.

 

Kata kuncinya adalah ‘membantu’ bukan ‘menjual’. Namun, sebelum kita mahu pelanggan membeli dari kita, kita sendiri dulu perlu berani dan yakin akan hasil(result) yang produk dan servis kita mampu berikan kepada mereka! Barulah senang nak close sales dengan mereka. Mana mungkin kita boleh jual suatu yang kita sendiri tak percaya manfaatnya. Betulkan?

 

 >>> KLIK SINI UNTUK BELAJAR LEBIH LANJUT CARA BUAT SALES<<<

 

2. Komunikasi Efektif

 

Apabila anda bertemu pelanggan, pastikan anda tahu apa yang ingin disampaikan. Apa yang paling penting adalah Lancar. Bercakap pun pastikan anda mengikut kesesuaian umur. Jadi, jangan main pukul sama rata untuk semua pelanggan anda. Jika pelanggan anda adalah wanita, gaya bahasanya hendaklah berbeza berbanding pelanggan lelaki. Selalunya, pelanggan yang berumur, lenggok bahasanya sangat berbeza dengan pelanggan yang lebih muda dan pastikan lebih berbudi bahasa.  Jadi, bagaimana anda berkomunikasi sekarang, betul atau tidak gaya bahasanya?

 

Jika betul gaya bahasanya, pelanggan anda pasti akan tertarik dan lebih sayang dengan anda. Dari situ, kita akan lebih mudah buat untuk close sales dengan mereka dan lebih mudah untukmereka membeli produk atau servis anda bila anda buat sesuatu iklan atau promosi.

 

>>> KLIK SINI UNTUK BELAJAR LEBIH LANJUT CARA BUAT SALES<<<

 

3. Bina Hubungan yang Baik 

 

Percayalah sebelum nak menjual, pastikan anda perlu bina dahulu TRUST dan keselesaan di kalangan pelanggan anda. Kenali mereka terlebih dahulu dan anda akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan mereka.

Antara cara mudah yang anda boleh kenal mereka yakni dengan formula :

 

F – O – R – M – H – D

  • F – Family           : Cuba tanya tentang keluarga mereka. Ibu ayah mereka. Anak mereka dan pasangan mereka. Jika orang itu suka   bercerita tentang keluarga lagi-lagi tentang kejayaan ahli keluarga. Raikan mereka.
  • O – Occupation : Apa pekerjaan mereka? Berapa lama sudah bekerja?
  • R – Recreation  : Selalu ke berjalan-jalan?Biasa pergi cuti kemana?
  • M – Money          : Biasa ke pergi shopping? Average spending untuk ubat-ubatan berapa?
  • H – Health          : Apa khabar kesihatan dirinya? Ada buat regular checkup ke?
  • D – Development : Biasa pergi seminar atau kelas-kelas ke? Suka dengan cikgu mana?

 

Bila anda kenal mereka secara mendalam, pasti ‘TRUST’ sudah dibentuk. Jadi, makin mudah untuk close sales produk atau servis anda. Jangan percaya apa saya cakap, buat dulu baru tahu. 🙂

 

>>> KLIK SINI UNTUK BELAJAR LEBIH LANJUT CARA BUAT SALES<<<

 

4. Sering Bertanya Soalan

 

Ingat lagi prinsip ketiga tentang FORMHD?

 

Apa tujuan anda bertanya soalan-soalan ‘simple’ sebegitu? Ada sebab sebenarnya iaitu apabila anda tahu latar belakang mereka, anda akan kelihatan begitu mengambil berat dengan mereka tetapi secara tidak langsung, anda boleh gunakan semua point tersebut sebagai point ‘CLOSING’ anda.

 

Selain dari FORMHD, anda juga boleh bertanyakan kepada pelanggan anda apa kehendak atau kesukaan mereka? Fokus kepada manfaat yang anda boleh berikan kepada mereka. Usah bercerita sesuatu yang anda tahu tetapi cerita tentang apa yang mereka mahukan.

InSyaAllah boleh close sales baik punya. 🙂

 

>>> KLIK SINI UNTUK BELAJAR LEBIH LANJUT CARA BUAT SALES<<<

 

5. WII.FM – “What Is It For Me”

 

Apabila berbicara dengan pelanggan, usah bercakap dari sudut pandangan anda sebagai penjual. Tetapi,  lihat apa manfaat dan hasil yang mereka akan dapat apabila membeli produk atau servis anda. Fokus kepada apa yang mereka dapat!

 

 

Contoh 1

 

Produk: Sabun Muka Organik

Ciri unik kandungan: 100% Argan Oil

Masalah pelanggan: Kulit muka kering, kusam dan rasa tak selesa.

Hasil pelanggan dapat (What Is It For Me): Kulit muka lembab, lembut dan rasa segar.

 

Contoh 2

Servis: Kedai Basuh Kereta

Ciri unik: Automatik

Masalah pelanggan: Sibuk. Tiada masa nak basuh kereta sendiri.

Hasil pelanggan dapat (What Is It For Me): Jimat masa. Kereta bersih dalam waktu yang singkat.

 

Fokus kepada apa hasil pelanggan anda dapat (What Is It For Me) berbanding hanya sekadar berkongsi ciri unik kandungan produk. Mereka kurang peduli tentang spesifikasi produk tapi mereka peduli sama ada produk atau servis anda mampu menyelesaikan masalah mereka ataupun tidak.

 

Jika anda berjaya yakinkan mereka yang produk anda tepat untuk mereka, mudah sahaja untuk anda close mereka nanti.

Ingat, anggap diri anda sebagai PERUNDING, bukan JURUJUAL.


Pegang kepada 5 prinsip ini, InSyaAllah akan membantu anda mencapai sales yang tinggi. Adakah anda mahu tahu lebih detail tentang strategi & langkah demi langkah (taktik) bagaimana nak naikkan closing rate anda melalui whatsapp dan juga closing melalui phone call?


Kami boleh bantu anda!

Klik link berikut untuk info penuh!

 

>>> KLIK SINI UNTUK BELAJAR LEBIH LANJUT CARA BUAT SALES<<<

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!