Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

5 Cara ‘Buat Duit’ Dengan DATABASE!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

 

“DATABASE IS KING!”

Pernah dengar? Pernah baca ayat tu?

Ya, database memang penting dalam bisnes. Tapi sayang, masih ramai usahawan yang belum nampak nilai nya.

Sebut sahaja nama company-company besar yang ada, mereka pasti akan mengutamakan database. CRM (Customer Relationship Management) berkait rapat dengan database ni.

APA JENIS DATABASE?

Pertama sekali anda perlu fikirkan, database yang macam mana prospek lebih senang dan selesa untuk bagi?

Sebagai contoh ;

  • Messenger
  • Email
  • No Phone
  • Alamat

Atau apa-apa bentuk data yang bila mana anda perlukan, anda boleh berinteraksi balik dengan mereka secara mudah.

Dan database ini pun anda boleh bahagikan kepada beberapa segmen ;

  1. Database pelanggan
  2. Database prospek
  3. Database agen
KENAPA DATABASE PENTING?

Okay, ada 5 sebab yang boleh saya kongsikan disini ;

#1 – Retargeting

Kalau anda ada database pelanggan atau prospek, anda boleh buat retargetting kepada mereka dengan lebih tepat! Nanti takkan ada lagi isu iklan “krik krikkk”, atau kos iklan membazir sebab target kepada audience yang salah.

#2 – Jimat Kos

Kalau anda ada database pelanggan seperti di Messenger atau Email, anda boleh hasilkan jualan yang berulang kali, tanpa perlu pun keluarkan kos marketing berulang kali.. Best kan?

#3 – Under Control

Selamatkan bisnes anda! Kenapa? Database ini milik anda, dan anda sendiri yang control. So tak perlu risau lagi dengan masalah kena flag ke, disapproved ke. Nak jual produk larangan sekali pun boleh kepada database pelanggan, prospek atau agen anda!

#4 – Engagement

Database dapat membina ENGAGEMENT, HUBUNGAN & KESETIAAN. Inilah rahsianya! Dengan ada database, anda pasti boleh buat.. MAIN FACTOR WHY PEOPLE BUY! Kesetiaan adalah faktor utama kenapa mereka membeli kerana kesetiaan adalah kayu ukur kepada percaya terhadap bisnes anda

#5 – Automatik dan Cepat

Kenapa anda nak susah-susah lagi nak buat followup, nak buat marketing, nak educate & menjual kalau anda dah ada ‘pembantu’ yang boleh lakukannya secara automatik, setiap saat tanpa gagal! Contoh, sistem automation seperti Messenger & Email, anda nak hantar mesej/email/sms tepat pada masa & tarikh yang anda nak? Waktu anda bercuti sekali pun nak followup jalan? Nak hantar info atau reminder kepada semua database anda dalam masa tak sampai 1-3 minit? Semua boleh!

SO.. MACAM MANA NAK KUMPUL DATABASE?

Image result for thinking image

Nah.. cuba anda cuba 5 cara kat bawah ni ye ;

1. CTA

Anda hasilkan satu posting dengan CTA (call to action) minta orang tinggalkan No Phone/Emel di ruangan komen. Nak lagi senang, anda boleh setting Messenger Bot (Manychat) siap-siap di posting tu.. nanti bila prospek komen, automatik mereka akan jadi subscriber anda di Messenger. Nanti kat situ senang lah kalau anda nak minta maklumat-maklumat lain sekali pun.

2. Offer

Hasilkan Offer untuk berikan sample atau tester secara percuma. Yang penting, anda perlu dapatkan details seperti nama, no phone, emel & alamat untuk anda poskan barang tersebut kepada mereka. Nanti lepas tu, standby untuk followup dan upsell mereka.

3. Opt-in Page

Sediakan satu opt-in page untuk offer something FREE contoh seperti Ebook, Video tutorial, atau voucher diskaun.. In return untuk prospek anda nak dapatkan tu, mereka perlu bagi database mereka. Nanti anda boleh juga promote opt-in page tersebut di mana-mana anda nak seperti di Facebook, Instagram, Whatsapp, di blog dll..

4. Offline Promotion

Anda ada kedai, butik atau gerai? Buka booth? Buatlah promotion untuk tarik orang datang.. Lepas tu anda minta mereka isikan borang dan minta detais untuk melayakkan mereka claim promotion yang anda buat tu. Yang penting, followup & upsell kena ada untuk target mereka balik selepas tu.

5. Aplikasi

Sekarang teknologi makin canggih, salah satu cara lain yang anda boleh gunakan adalah ‘aplikasi @ apps’ di dalam phone! Apps adalah cara untuk dapatkan database pelanggan yang sangat efisien, contoh seperti QR code! Anda akan miliki database apabila anda orang yang istall dan guna apps anda. Untuk tarik orang install dan guna apps anda, anda boleh promosikannnya di menggunakan FB Ads, Insta, website dll..

Haa… macam mana? Dah jelas kenapa pentingnya database dalam bisnes?

Dah dapat idea bagaimana cara untuk mula bina database bisnes anda sekarang?

KESIMPULAN

Anda perlu ingat, walaupun ada database yang banyak sekali pun, ianya tetap tak berguna jika tiada RELATIONSHIP @ HUBUNGAN antara anda dan database tersebut.

Jadi, cuba jaga database anda sebaik mungkin!

Database ini ibarat ‘nyawa’ kepada bisnes anda. Lebih banyak dan berkualiti database yang anda ada, lebih hebat dan lebih kukuh perniagaan anda.

Semoga bermanfaat! =)

 

P/s : Nak belajar bagaimana salah seorang student FunnelEvo buat jualan RM200,000 dalam masa 2 hari dengan database? KLIK SINI UNTUK TAHU RAHSIANYA!

 

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!