TikTok Shop Naikkan Yuran Komisen Dan Transaksi Bermula 5 September!

TikTok Shop baru je umumkan kenaikan Yuran Komisen dan Yuran Transaksi yang akan bermula pada 5 September 2024.

Lepas tarikh tu, Yuran Komisen akan berbeza untuk penjual di Mall dan penjual Pasaran. Yuran Komisen Mall hanya untuk penjual Mall, manakala Yuran Komisen Pasaran khas untuk penjual Pasaran.

Kadar Yuran Komisen Pasaran dan Mall, termasuk cukai, masing-masing akan naik sampai 10.8% dan 14.58%. Yuran Transaksi pun naik, dari 2.16% (termasuk 6% SST) kepada 3.78% (termasuk 8% SST).

TikTok Shop kata, kenaikan ni akan bantu mereka bagi perkhidmatan yang lebih baik untuk komuniti di Malaysia.

Pada masa yang sama, TikTok Shop juga akan buang Yuran Perkhidmatan dalam Program Yuran Penghantaran (SFP) 5%. Jadi, semua penjual (kecuali yang guna Sellers Own Fleet) boleh tawarkan Penghantaran Percuma Harian kepada pelanggan.

Untuk info lanjut, boleh check halaman Yuran Komisen dan Yuran Transaksi di TikTok Shop.

Sumber: TikTok Shop

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!