Nak tahu apa itu  ‘SALES FUNNEL’ dan bagaimana ianya boleh bantu anda tingkatkan jualan bisnes produk/servis perkhidmatan anda.

 

Pilihan 1 : Tonton Penerangan Video dibawah :

 

 

Pilihan 2 : Teruskan Membaca Artikel Ini :

Senario Bisnes Di Malaysia

 

Tahukah anda,rata-rata di Malaysia hari ini, ramai giler orang masih belum serius guna  ‘SALES FUNNEL’ ni. Paling best  ada yang tak tahu apa itu funnel? What..come on la. Dah masuk zaman 2017 dah kot. 3 tahun je lagi nak masuk 2020.

 

Betul, semua orang tak habis-habis asyik duk bercakap pasal Facebook Ads saja. Ada segelintir yang cerita pasal Google Adword saja. Ye la, dekat Malaysia topik ini sangat popular. Sebab tu la,  saluran pemasaran ini yang paling dikenali.

 

Mula-mula buat Facebook Ads, bila banyak halangan dan sekatan (flag, iklan tak lulus, kos makin mahal) dan tak dapat “result” seperti yang diorang nak, diorang mula pindah dan cari saluran pemasaran lain seperti Google Ads pulak.

 

Alik-alik benda yang sama je..Keep on cari dan tukar saluran pemasaran, sampaikan diorang ni tak nampak “GAME” sebenar yang syarikat besar guna untuk capa ” long term sustainability” dalam bisnes dengan hanya guna pelanggan yang sama saja tanpa keluarkan kos yang banyak

 

Sebab itu wujudnya, mazhab baru yang dipanggil Sales Funnel ni, sebab nak  bagi diorang ni nampak game sebenar, camne syarikat-syarikat besar ni guna untuk buat duit berganda-ganda dengan kos yang paling efektif.

 

Tiba-tiba je kan.. ada suara sumbang bunyi…” Dari mana datang mazhab ni… Dah berapa lama? Siapa pengasasnya? Ramai ke orang guna? Proven ke kat negara Malaysia ni? Sama je kot.. macam teknik-teknik yang hot-hot chicken dot…” Ala gelabah la ko ni..rilek laaaa…banyak betul soalan kan .. pahamkan dulu baru “judge” ok.

 

Nak bagi korang lebih paham konsep funnel, cuba tengok gambar rajah dekat bawah ni:

 

 

 

Sebelum cerita lebih panjang, ini definisi skema “Sales Funnel” dari Wikipedia yang telah ditukar kedalam bahasa Malaysia.

 

Definisi “Sales Funnel” atau “Corong Jualan”

  • Dikenali juga sebagai sistem atau proses untuk menghasilkan jualan secara bersistematik dengan memahami behavior pelanggan membuat keputusan dalam pembelian.

 

 

Apa yang korang boleh paham dari gambar rajah diatas ?

 

Jadi untuk hasilkan jualan, kaedah biasa adalah kita buat marketing tak kira secara online atau pon offline untuk tarik trafik. Betul kan? Kalau online tarik ke page atau website, kalau offline pulak tarik diorang datang kedai.  Tapi disebabkan banyak persaingan sekarang ni, so tak logik kalau saya bagitahu kita hanya bergantung kepada satu saja saluran pemasaran.

 

Sebab lain juga, bukan semua saluran pemasaran ni sesuai dengan niche bisnes dan bakal pelanggan kita. Sebab tu kena guna semua.

 

Masalah kita adalah, apabila kita buat marketing.. kita terpaksa keluar duit dahulu dengan harapan, ada orang akan beli produk atau servis kita. Tapi, last last yang biasa berlaku, tak ada orang pon nak beli produk atau servis kita( Sila sentap).

 

Settle! Duit keluar macam air. Tapi in return kita tak dapat apa-apa pulangan seperti yang diharapkan. Disebabkan ini lah Funnel Evo datang “in picture” untuk bantu anda. So apa dia langkah-langkah sebenar nak buat sale yang banyak sampai bertingkek-tingkek.(nogori yo)

 

Step yang pertama sebelum anda buat sales : Kumpul Lead

 

Anda kena dapatkan Lead/Data terlebih dahulu. Jangan kalut nak buat duit segera. Dapatkan data terlebih dahulu. Masalah orang kita adalah, diorg kalut nak buat duit dulu.

 

Contoh paling mudah nak tengok adalah, dia akan terus buat iklan dekat Facebook. Pom pang Pom Pang….. cerita pasal copywriting bagai then expect orang yang baru nampak iklan tu, untuk terus membeli. Takda nye, kalau ada pon.. sangat la sikit macam tak berbaloi jer buat iklan.

 

Kalau tanya diri kita pon, kalau kali pertama kita nampak iklan produk atau servis orang lain, soalannya…adakah kita akan terus membeli? Mesti teragak-agak kan.. sebab kita tak nampak benefit lagi. Kalau anda buat teknik ni tahun 2012 memang la laku keras produk anda, sebabnya tak ramai atau banyak persaingan lagi time tu.

 

Tahun 2013, 2014, dan 2015 masih boleh guna lagi teknik ni tapi sekarang ni… disebabkan banyak sangat produk dekat online. Orang dah jadi smart berbelanja dan semakin skeptikal nak beli barang… kalau tak nampak benefit susah diorang ni nak beli dan sangat berkira walaupon RM10 ringgit.  Paham!

 

Sebab itu kena kumpul data dahulu. Tanya sekali lagi ni, paham ke tidak ? Kalau paham teruskan pembacaan. Kalau masih belum paham. Sila skrol ke atas balik dan…ulang balik baca dari awal sekurang-kurangnya 3 kali.hehe( gurau jer..jangan marah nanti kena jual)

 

This is a new way and evergreen way untuk tingkatkan sales bisnes anda. Isu sekarang adalah soal TRUST. Tak ramai orang yang akan membeli terus pada saat pertama melihat iklan anda ( Semoga yang membaca terus diberi kefahaman)

 

Nak Kumpul Lead Yang Camne ?

 

So, soalan dia. Apakah bentuk lead yang sesuai untuk anda simpan untuk buat promosi di kemudian hari?

 

Sebagai contoh. Kita ambil kes studi Habib Jewel. Pada awal ramadhan baru-baru ni. mereka akan hantar kad raya dan juga brochure ke rumah/alamat bakal pelanggan mereka.

 

Soalan dia mcam mana, Habib Jewel dapat alamat kita? Actually orang yang dapat adalah orang yang pernah jejak kaki di Habib Jewel.  So,  mereka ni ada modus operandi funnel. (Kami tidak ada saham untuk promosikan barangan ini-sila jangan salah paham.hehe)

 

Tapi, mereka hanya boleh buat sebab… mereka dah kutip data awal-awal. Sama ada orang tu beli atau tidak jatuh no dua. Tak kisah, kena mintak data dahulu. Supaya kalau ko tak beli hari ni. Aku akan pastikan ko beli hari esok

 

Nampak tak?

 

Habib Jewel yang company besar giler tu pon buat cara camni, Kita yang Industri Halus Sangat (IHS) ni tak buat cara funnel ni. Sebab itu kita FAIL.

 

Ok. apa bentuk data yang kena dapatkan.?

 

In adalah 2 bentuk data paling minimum  wajib ada,iaitu:
1. Email
2. Messenger (Fb Page)

 

Ini pula tambahan, kalau anda boleh dapatkan. Anda memang power rangers(POWER) !.
3. No telefon
4. Alamat

 

Penting ke Data Ni?

 

Ada orang cakap penting ke data-data ni? heh…Data ni penting giler. Sebab anda nak follow up diorang nanti. Kalau diorg just like page kita. Tak boleh follow up balik diorang sebabnya kita tak ada data secara direct yang kita boleh terus contact dia.

 

Contohnya, kalau kita update status di page Facebook atau profile, tak semua akan nampak status kita. Tapi kalau anda ada email. Anda boleh terus broadcast kepada semua diorang unlimited.

 

“Hi Salam semua…. Saya nak bagi tahu ..saya ada satu video baru. …tengok lah ye…”.

 

Nampak tak? Email ni biasanya capaian dia min 20% dari database email anda. (Berdasarkan kajian experiment dari Funnel Evo Lab) Ini tak termasuk data yang kita resend balik kepada mereka yang tak bukak email pertama anda secara automatik. Konfem lagi tinggi capaian dia.

 

Gambarkan, anda ada 10,000 email database yang kenal anda. Biasa open rate min 20% =2000 orang kan tahu hebahan pasal video baru anda. Cuba compare dengan Facebook pula kalau ada ada 10,000 follower , agak-agak berapa kerat ke nampak status anda, By default, 1-3 % sahaja, What!!! Iyer..

 

Tak semua akan nampak posting hebahan anda sebab facebook nak jaga dia punya “relevancy” dan pengguna dia.

 

Kita buat lab test( macam ala-ala scientist pulak) messenger open rate pula hampir 90% akan terima dan bukak mesej anda. Wow…menarik kan..

 

Nak paham lagi secara terperinci pasal ini , boleh la datang ke Funnel Evo . This is new dekat market Malaysia. Fresh dari ladang yo.

 

 

Step yang kedua sebelum anda buat sales : Tapis prospek berkualiti

 

Prospek adalah mereka yang mempunyai minat untuk mendapatkan servis atau produk anda. Sebagai contoh, jika anda menjual produk atau servis. .

 

Dalam perniagaan online biasanya pada peringkat ini mereka akan mengisi borang opt in untuk mendapatkan sesuatu dari di minisite / landing page.  Jika di Facebook page pula, mereka ini pernah memberi komen untuk bertanya sesuatu mengenai produk atau servis yang ditawarkan.

 

Kita boleh bahagikan prospek kepada 3  bahagian:

 

Bahagian 1. Cold Prospek

Cold atau sejuk ni maksudnya adalah orang yang dingin atau tak kenal dengan kita/brand kita atau produk kita. Sangat sukar untuk membeli sebab “Isu Trust”. Mereka lebih selesa untuk membeli dengan kawan mereka walaupon produk kita jauh lebih baik.

 

Bahagian 2: Warm Prospek

Apa maksudnya? Warm ni pula, orang yang baru nak suka kita or kenal kita. Biasanya mereka ni akan Like Page kita atau jadi follower kita di facebook page. Mereka ni lebih mudah untuk diyakinkan untuk membeli produk kita berbanding cold prospek.

 

Bahagian 3: Hot Prospek

Hot atau bermaksud panas ni adalah orang yang kenal dengan kita. orang yang dah “engage” dengan brand kita. Mereka ini paling senang untuk membeli produk kita.

 

 

Sebab itu bila dapat data, tukarkan mereka menjadi prospek kita supaya mereka ni akan cenderung untuk membeli. Untuk dapatkan data ni anda kena bagi someting yang “irresistible”. Sesuatu yang sukar ditolak sebagai balasan untuk dapatkan database bakal pelanggan anda.

 

So jelas sekarang, apa itu Sales Funnel dan bagaimana ia boleh tingkatkan jualan bisnes anda. Gambar rajah dibawah adalah contoh ilustrasi bagaimana anda gabungkan sistem online menggunakan sales funnel.

 

Ye, Sekarang Masa Paling Sesuai Di Malaysia Untuk Praktikan Sistem Sales Funnel?

 

Melihat kepada keadaan dan situasi ekonomi Malaysia masa kini, adalah wajib bagi usahawan menggunakan sistem ini dan integrasikan dengan semua platform online yang ada untuk mengurangkan kos pemasaran dan dapatkan hasil yang efektif.

 

Nantikan sudutan seterusnya kisah bagaimana seoarang peniaga pakaian muslimah menggandakan jualan nya dari RM20,000++ ke RM100,000++ dalam masa tak sampai 3 bulan dengan sistem Funnel.