Masih “Struggle” Untuk Hasilkan Content Marketing?

 

Masih “Buntu” Nak Hasilkan Content Marketing Yang Berkualiti ?

 

“Pening” Nak Pikirkan Idea Untuk Hasilkan Content Marketing Yang Hebat?

 

 

Lihat Bagaimana Strategi Content Marketing Ini Boleh Bantu Sales Bisnes Anda!

Sebelum kita pergi lebih terperinci. Kita imbas kembali, pada bahagian pertama, kita sudah mengetahui apa itu content marketing dan bagaimana ia memberikan impak kepada jualan bisnes anda.

 

Bagaimana, sudah praktikkan dalam bisnes anda?

Atau masih belum buat?

content marketing- finger point

 

Jika belum.. jangan risau, pada kali ini, kita akan melihat bagaimana hendak membina content marketing dengan cara yang bersistematik.

 

Anda akan ditunjukkan langkah demi langkah, bagaimana membina content marketing yang sesuai dengan bisnes anda.

 

Jika.. anda membina content yang sebarangan, tidak relevan dan tidak memberi manafaat kepada bakal pelanggan anda. Ia adalah adalah sangat merugikan.

 

Malah bakal sasaran pelanggan anda akan tidak mengendahkan dan mengabaikannya. Sebab itu, adalah penting untuk mengetahui cara yang betul membina content yang sesuai dan relevan kepada prospek anda.

 

Persediaan Sebelum Merangka Strategi Content Marketing

 

Langkah pertama sebelum anda merangka strategi content marketing anda. Paling penting adalah, anda perlu ketahui dengan jelas kepada siapakah mesej anda hendak ditujukan.

 

kenal prospek

Betul, kena kenalpasti siapakah sasaran ” audience ” anda.

 

Tak kenal maka tak cinta. Pernah dengar pepatah ini kan. Betul, jika anda sudah kenal siapakah sasaran yang tepat sudah pasti mereka pon turut akan lebih mengenali dan jatuh jatuh cinta kepada bisnes anda.

 

Tidak kira apa juga strategi pemasaran anda. Langkah pertama adalah mencari audience yang tepat. Membina nama sebagai pakar dalam bidang sukan berbasikal adalah sia-sia jika anda mencari prospek dalam bidang permotoran”

 

Dalam membina mesej content marketing yang sesuai dan relevan kepada prospek anda. Ini antara soalan-soalan penting yang anda perlu ambil tahu mengenai mereka.

 

  1. Apakah masalah yang mereka hadapi.
  2. Apakah cabaran yang mereka terpaksa lalui setiap hari.
  3. Bagaimana mereka harungi dan selesaikan masalah mereka.
  4. Apakah yang membuatkan mereka beremosi dan sebagainya

 

Apabila kita sudah mengetahui, siapakah sasaran pelanggan kita. Amatlah mudah untuk kita, sampaikan maklumat yang tepat untuk membantu mereka.

 

Selain itu, amatlah penting juga, content marketing yang anda bakal hasilkan, menfokuskan kepada spesifuk prospek sahaja.

 

Langkah kedua pula.

Setelah mengetahui kepada siapa mesej anda hendak ditujukan. Anda kena fikrkan idea, content apakah yang sesuai dan relevan untuk mereka.

right content marketing

Ini antara strategi yang anda boleh gunakan untuk menjana idea untuk menghasilkan content marketing

 

Strategi 1:

Menggunakan senario kenapa pelanggan berinteraksi dengan bisnes

 

Menggunakan kaedah ini, terdapat dua cara untuk hasilkan idea content marketing. Yang pertama, adalah dengan memberi content yang bernilai kepada mereka yang pernah beli produk anda.

Cara yang kedua pula, adalah dengan memberi content kepada mereka yang belum mendapatkan produk anda, dan mereka ada minat untuk mendapatkannya. Jadi anda kena bantu mereka, dengan berikan maklumat yang tepat untuk memudahkan mereka membuat keputusan pembelian.

 

Sebagai contoh : Anda menjual pemaidani. Jadi apakah content yang anda boleh hasilkan.

content marketing. gambar mimpi-permaidani

Cara 1: Mereka yang PERNAH beli produk anda.

  1. Tip cara menjaga pemaidani untuk tahan lama
  2. Tip membasuh pemaidani dengan cepat
  3. Senarai koleksi pemaidani yang serasi dengan warna bilik tamu untuk tampil menawan

 

 

Cara 2: Mereka yang BELUM mendapatkan produk.

  1. Cara mengenalpasti pemaidani yang berkualiti
  2. Tip elak diitpu oleh penjual
  3. Lokasi-lokasi Hot mendapatkan pemaidani berkualiti dengan harga murah.

 

 

Dapat idea macam mana nak hasilkan content untuk bisnes anda ? Sabar dulu, jom kita tengok cara yang seterusnya

Idea_images- content marketing

 

 

Strategi 2:

Menggunakan bantuan applikasi carian di pasaran.

 

Antara salah satu applikasi carian yang terdapat dipasaran yang terbukti adalah Buzzsumo Applikasi yang disediakan ini, mampu mengenalpasti content yang paling popular, paling viral dan paling banyak di kongsi dilaman sesawang dengan cepat mengikut negara pilihan anda.

Secara tak lasngsung, ia telah memudahkan kerja kita untuk mencari maklumat yang relevan dengan prospek kita.

 

Langkah 1: Masukkan keyword Buzzsumo. Anda akan nampak paparan sepeti dibawah.

buzzsumo 1-content marketing tool

buzzsumo 1-content marketing tool

 

Langkah 2 : Taip sahaja apa-apa keyword yang berkaitan dengan produk atau pelanggan anda.

buzzsumo 2-content marketing tool

buzzsumo 2-content marketing tool

 

Langkah 3 : Senarai content yang berkaitan keyword itu akan keluar mengikut urutan yang paling popular.

buzzsumo 3-content marketing tool

buzzsumo 3-content marketing tool

 

Sebagai contoh  (kes studi diatas ): Saya telah memasukkan perkataan “KULIT”

 

Dengan menggunakan kaedah ini, anda pasti akan dapat banyak inspirasi dan idea, untuk hasilkan content yang berkualiti dan terbukti disukai oleh prospek anda.

 

 

 

Strategi 3:

Inovasi dari “Engagement” Dekat Rumah Pesaing.

 

Rumah pesaing diatas merujuk kepada laman web (blog) atau Facebook page atau laman sesawang yang membolehkan prospek meninggalkan komen atau membuat “engagement”.

Dari situ anda akan lihat, prospek ini memberikan feedback atau komen tentang masalah mereka. Anda boleh gunakan itu sebagai pencetus idea untuk hasilkan content yang berkualiti.

Cumanya, untuk lakukan strategi ini, sebaiknya anda zoom terus  “market leader” didalam industri anda untuk menjimatkan masa anda. Sekarang, cuba perhatikan bagaimana kita boleh mencari idea untuk hasilkan content marketing yang berkualiti.

 

 

Strategi 4:

Carian Menggunakan Keyword di Google & Facebook

 

Contoh Kes Studi Menggunakan Google : Keyword Cara Nak Kurus

nak kurus- content marketing

Dari gambar diatas, diketahu ada beberapa tempat yang anda boleh dapatkan maklumat dan idea untuk membuat content marketing. Tetapi, adalah tidak beradab, jika anda meniru bulat-bulat content yang dihasilkan.

Berdasarkan carian “Nak Kurus” juga, anda boleh baca posting dilaman-laman web diatas untuk mendapatkan idea. Jika carian anda muncul dihalaman pertama google, itu bermakna, content yang diberikan itu adalah berkualiti dan relevan dengan apa yang anda cari.

 

Contoh Kes studi Menggunakan Facebook : Keyword Cara Nak Kurus

nak kurus -page

Jika di Facebook pula, boleh taip diatas bahagian search. Anda akan ditunjukkan senarai page yang mempunyai keyword “nak kurus”.

Untuk memastikan mutu dan keberkesanan content, cari posting yang mendapat engagement yang banyak. Tidak kira dari segi Like, Komen atau Share.

Dari situ akan akan nampak banyak idea, apa content marketing posting yang anda boleh lakukan untuk naikkan kredibilit bisnes anda. Selepas mengenalpasti content yang berkualiti, relevan dengan pelanggan sasaran anda. Sekarang anda boleh merangka strategi untuk content marketing untuk bisnes anda.

 

Sudah Sedia Untuk Pecut Buat Content Marketing?

startandgo - content marketing

 

Jom, Sekarang Kita Rangka Strategi Hasilkan Content Marketing Yang Tepat!

 

Sebelum tu.Ingat…

“Jangan disebabkan terlampau banyak idea. Anda pulak yang mengalami “Mental Block”. Susun mengikut urutan dan pelbagaikannya untuk nampakkan menarik dan bermakna” 

 

Sekarang anda dah berjaya kenalpasti, topik-topik yang berpotensi memberi manafaat kepada bakal pelanggan anda.

 

Ini adalah ” 4 Framework” jenis-jenis format content marketing yang anda boleh hasilkan.

 

Format Yang Pertama : Dalam Bentuk Tulisan.

content marketing framewordk

 

Ini adalah bentuk format yang mudah untuk dihasilkan. Cara paling mudah adalah, wujudkan blog /website untuk berkongsi maklumat anda. Disana, anda boleh masukkan semua maklumat dan artikel yang relevan kepada sasaran pelanggan anda.

Blog yang dihasilkan mestilah “mobile friendly”, kerana ianya disukai oleh google. Ada juga yang berkongsi format tulisan dalam bentuk ebook (versi pdf).

Posting di Facebook page dan Facebook peribadi anda juga merupakan content marketing buat bisnes anda.. Jangan terus membuat posting yang menjual kerana bakal pelanggan kurang gemar dan kadang-kadang menyebabkan mereka tidak mengendagkan posting anda.

 

Format Yang Kedua : Dalam Bentuk Video

content marketing framewordk

Sekarang untuk merekodkan video, amatlah mudah. Anda hanya perlukan mobile phone anda sahaja. Terdapat banyak video applikasi di android mahupon os masa kini.

Di google play phone anda, taip sahaja Video Editor. Ada bermacam-macam jenis yang anda boleh gunakan mengikut keserasian anda. Ini pula adalah sofware yang anda boleh gunakan untuk edit gambar.

Setelah anda rekodkan video anda, Uploadkan di youtube untuk lebih mendapat hasil yang luarbiasa.

 

 

Format Ke-Tiga: Dalam Bentuk Audio

 

content marketing framewordk

Sama juga seperti video, ada sesetengah orang yang lebih suka mendengar audio saja. Anda boleh gunakan applikasi ini(clipconverter) untuk tukarkan video anda kepada mp3 di online sahaja.

Anda boleh turut rekodkan audio melalui applikasi audio recorder di phone anda. ianya lebih mudah dan cepat.

 

 

Format Ke-Empat : Dalam Bentuk Info+Grafik

content marketing framewordk

 

Ini biasanya memerlukan kepakaran dalam membuat design. Infografik biasanya memerlukan data statistik, gambar rajah, chart dan maklumat info. Info grafik biasanya berwarna-warni bertujuan untuk memudahkan orang untuk memahami data yang cuba disampaikan.

Anda juga boleh hasilkan sendiri infografik melalui applikasi ni : canva

 

 

Jadi, macam mana sekarang?

Sudah boleh buat content marketing untuk bisnes anda sendiri?

 

Pasti boleh! Sebab anda dah tahu strategi dan tool yang diperlukan untuk create content marketing.

 

 

Didalam artikel Content Marketing Mampu SkyRoketkan Sales Sehingga 370% -Part 2 ini, anda telah mengetahui dengan lebih lanjut persedian membuat dan strategi yang digunakan untuk menghasilkan content marketing yang berkualiti.

 

Anda juga sudah jelas, mengenai langkah step by step persediaan sebelum merangka strategi content marketing yang berkualiti:

1.Kenal pelanggan

2.Dapatkan Idea popular yang relevan dan bermanfaat

  • Menggunakan senario kenapa pelanggan berinteraksi dengan bisnes
  • Menggunakan bantuan applikasi carian di pasaran.
  • Inovasi dari “Enagement” Dekat Rumah Pesaing.
  • Penggunaan keyword di Google & Facebook

 

Anda juga, sudah diterangkan langkah demi langkah strategi :

Merangka Strategi Content Marketing Yang Sesuai dengan 4 Format Framework :

 

1.Format Yang Pertama : Dalam Bentuk Tulisan.

2.Format Yang Kedua : Dalam Bentuk Video

3.Format Yang Ketiga: Dalam Bentuk Audio

4.Format Yang Keempat : Dalam Bentuk Info+Grafik

 

Diharapkan, kini anda makin yakin untuk praktikann content marketing dalam bisnes anda. Kongsikan juga pendapat anda mengenai strategi content marketing ini. Jika sudah laksanakan, bagaimana kesannya kepada kredibiliti dan sales bisnes anda.

Sambung baca bahagian terakhir : Content Marketing Mampu SkyRoketkan Sales Sehingga 370% -Part Akhir