Malaysia Juara Berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024!

Kalau Nak Buat Sesuatu, Buat Sungguh-Sungguh! Tahniah tim Sepak Takraw Malaysia kerana berjaya memecahkan dominasi 20 tahun Thailand. Juara berganda dalam acara double dan regu di Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Malaysia mencipta kejutan apabila muncul juara acara double Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menundukkan Thailand dalam perlawanan akhir yang cukup mendebarkan pada Rabu.

Sebaliknya, duo Thailand, Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut yang agak goyang pada set pertama dengan beberapa servis tersangkut di jaring menyaksikan mereka ketinggalan terutama pada tujuh mata pertama.

Namun, Thailand bangkit mengejar sebelum Aidil Aiman dan Noraizat mengesahkan kemenangan set pertama dengan kiraan mata 17-16.

Set kedua menyaksikan gandingan negara mengekalkan momentum cemerlang untuk terus memberikan tekanan kepada Thailand pada ketika lawan mereka memerlukan kemenangan untuk mengheret aksi ke set ketiga.

Persembahan bertenaga Aidil Aiman dan Norizat memastikan skuad negara berjaya meraih kemenangan bersejarah 15-13.

Mempertaruhkan gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin, pasukan negara memulakan set pertama dengan keyakinan tinggi dibantu sorakan ribuan penyokong di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Piala Dunia Takraw kita yang punya! Tahniah kepada skuad sepak takraw Malaysia atas kejayaan yang gemilang di Piala Dunia Sepak Takraw 2024. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan, tetapi juga membuktikan ketangkasan, semangat dan dedikasi tinggi yang dimiliki oleh setiap anggota pasukan.

#TeamFunnelEvo

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!