KITA KENA BOIKOT BAZAR RAMADAN SEBAB HARGA MAHAL?

Saya ada terbaca perkongsian salah satu portal utama tentang harga bazar ramadan terlalu mahal tahun ni. Soalnya, betul atau tidak?

Team FunnelEvo sempat ke beberapa gerai di bazar ramadan, Kota Damansara baru-baru ni dan bertanya kepada peniaga-peniaga bazar. Terkesan atau tidak tahun ni? Pelanggan tahun lepas atau tahun ni lebih ramai?

Mengejutkan!

Rata-rata peniaga kata tahun ni jauh lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelum ni!

Dalam keadaan peniaga memang terkesan teruk dengan kos harga barang yang melambung, tapi mereka juga perlu cuba lebih kreatif dalam hadapi situasi ini sebab bukan saja mahu untung, tapi yang paling penting mahu jaga perasaan pelanggan juga.

Salah seorang peniaga berkata

“Memang harga barang naik, tapi nak tak nak kami kena jaga hati pelanggan kami. Mereka dah bertahun-tahun setia bukan saja di bazar malah bila kami berniaga harian. Apa yang kami boleh tambah adalah menu istimewa yang lebih menarik untuk tarik pelanggan-pelanggan membeli.”

Ini antara sebab jualan peniaga bazar meningkat :

1/ Boikot terhadap franchise nama-nama besar yang menyokong atau menyumbang kepada keganasan saudara seislam kita. Boikot ini melibatkan jumlah jualan yang sangat besar. Contohnya secara keseluruhan, boikot yang dijalankan telah menyebabkan kemerosotan dan kehilangan 9.4% daripada nilai pasaran Starbucks, penurunan hampir USD12 billion.

2/ Kesedaran peniaga menggunakan platform digital sebagai platform pemasaran. Seperti kita semua sedia maklum, sekarang zaman content. Kebanyakkan pelanggan datang kerana melihat video viral lalu mereka berkunjung ke Bazar Ramadan.

3/ Faktor perubahan gaya bekerja di mana pekerja kembali bekerja seperti sedia kala sepenuhnya. Jika sebelum ini pengunjung Bazar Ramadan berkurang disebabkan ramai orang bekerja dari rumah menyebabkan mereka mempunyai masa dan memilih untuk memasak di rumah. Tahun ini pekerja mula bekerja di pejabat menyebabkan mereka terpaksa membeli di Bazar Ramadan.

Jadi usahawan, apa kesimpulan semua ini?

Ya ekonomi sedang perlahan, tapi sejak bila pernah laju pun 🤣

Setiap tahun kita dapat berita ekonomi teruk, tapi sebelum kita bercakap tentang ekonomi dunia kita sendiri perlu berusaha upgrade ilmu sebagai peniaga.

Hakikatnya duit masih ada di pasaran! Cuma pelanggan memilih dengan siapa mereka membeli.

Dalam dunia bisnes sekarang, siapa yang paling pandai BUAT ORANG NAMPAK akan menang dan mampu tarik lebih ramai pelanggan.

Itu pentingnya STORY TELLING. Bercerita.

Cuba kongsi satu bisnes paling menarik yang anda kerap tengok di TikTok atau platform Social media puasa kali ni?

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!